5 Staycation Best Di Kuala Lumpur | Lamanya tak pergi bercuti. Rakyat Malaysia masih lagi terikat dengan arahan #StayAtHome yang tak nampak penghujungnya buat masa ini. Semoga ada sinar juga nanti dan kes positif harian akan berkurang. Rasanya kita perlu menerima hakikat yang kita akan menjalani kehidupan dengan adanya virus Covid-19 di sekeliling kita. Namun dengan peratusan mereka yang menerima vaksin semakin meningkat, harapnya penularan virus ini dapat dibendung.
Rindu nak berjalan, bawa anak-anak bercuti. Sebelum pandemik melanda, bila tiba cuti sekolah macam-macam rancangan nak dibuat. Pergi berkelah, bawa keluarga staycation rehatkan minda, rehatkan tubuh. Sekarang cuti sekolah pertengahan tahun, itu jadi yang teringat sangat nak pergi bercuti. Tapi apakan daya, kat luar sana virus masih mengganas.
Bukan Yaya je yang bosan terkurung, korang pun sama juga kan. Throwback memori lama je lah mampu. Teringat kenangan menikmati Pemandangan Indah Kuala Lumpur Dari Hotel The Red By Sirocco. Dalam kepala ni sekarang macam-macam nak buat. Nak staycation ke situ, ke sana..ambil gambar cantik-cantik..haha..berangan kan free jer..
Staycation adalah perkataan bahasa Inggeris hasil gabungan Stay (menginap) dan Vacation (percutian). Dalam bahasa Melayu pula istilah yang sesuai digunakan ialah 'Percutian Inap'.
Staycation bermaksud percutian singkat. Destinasinya pula tidak perlu terlalu jauh, tak perlu sampai ke luar negara. Asalkan kita dapat merehatkan badan dan menenangkan fikiran.
Yaya pernah rancang nak bawa anak-anak staycation di hotel sekitar Kuala Lumpur yang ada kolam renang. Anak-anak kalau jumpa kolam renang, dorang punya teruja dan gembira tu berganda-ganda jadinya.
Sekiranya mencari hotel untuk menginap, sebolehnya Yaya cuba untuk mencari hotel yang mesra keluarga. Kelebihan mengenai kolam renang lah terutamanya. Kolam renang yang sesuai dan selamat untuk anak kecil. Yaya dah survey, baca review dan nak share dengan korang hotel in Kuala Lumpur yang best untuk staycation.
Staycation Best Di Kuala Lumpur - Hotel Mesra Keluarga Dengan Kolam Renang
1. Berjaya Times Square Hotel
Hotel yang terletak di dalam Berjaya Times Square Mall ini pasti memberikan keselesaan yang diperlukan sepanjang penginapan. Tak perlu menapak jauh, semuanya ada di dalam satu bangunan. Dah melayan anak mandi kolam, giliran ibu pula untuk shopping. Penat shopping, boleh balik bilik berehat.
2. Hotel Somerset Kuala Lumpur
Hotel Somerset Ampang, Kuala Lumpur adalah hotel bertaraf empat bintang yang terletak di tengah-tengah Kuala Lumpur. Dengan hanya 1.9km dari KLCC. Konsep hotel adalah dalam bentuk pangsapuri servis, dilengkapi dengan dapur.
3. Oakwood Hotel
4. Ibis Kuala Lumpur City Centre
Terletak di tengah-tengah Pusat Bandaraya Kuala Lumpur, lokasi strategik yang pastinya memudahkan untuk menuju ke teapat-tempat menarik. Korang boleh berjalan kaki sekiranya ingin ke Menara Berkembar Petronas, Suria KLCC, stesen LRT KLCC dan banyak tempat menarik disekitarnya.
Rindu nak stay kat hotel...
ردحذفKalau dapat staycation yang dekat-dekat pun dah bersyukur sangat rasanya.
ردحذفLepas baca sharing ni, seronoknya kalau dapat pergi bercuti. Memang betul² rindu kehidupan sebelum covid
ردحذفbestnyaaaa Allahuuuu x sabar nak merentasssss yaya..huwaaaa
ردحذفbest nya dpt brcuti.. rindu sngt!
ردحذف