5 Staycation Best Di Kuala Lumpur

5 Staycation Best Di Kuala Lumpur | Lamanya tak pergi bercuti. Rakyat Malaysia masih lagi terikat dengan arahan #StayAtHome yang tak nampak penghujungnya buat masa ini. Semoga ada sinar juga nanti dan kes positif harian akan berkurang. Rasanya kita perlu menerima hakikat yang kita akan menjalani kehidupan dengan adanya virus Covid-19 di sekeliling kita. Namun dengan peratusan mereka yang menerima vaksin semakin meningkat, harapnya penularan virus ini dapat dibendung.

Rindu nak berjalan, bawa anak-anak bercuti. Sebelum pandemik melanda, bila tiba cuti sekolah macam-macam rancangan nak dibuat. Pergi berkelah, bawa keluarga staycation rehatkan minda, rehatkan tubuh.  Sekarang cuti sekolah pertengahan tahun, itu jadi yang teringat sangat nak pergi bercuti. Tapi apakan daya, kat luar sana virus masih mengganas. 

Staycation Di Kuala Lumpur

Bukan Yaya je yang bosan terkurung, korang pun sama juga kan. Throwback memori lama je lah mampu. Teringat kenangan menikmati Pemandangan Indah Kuala  Lumpur Dari Hotel The Red By Sirocco. Dalam kepala ni sekarang macam-macam nak buat. Nak staycation ke situ, ke sana..ambil gambar cantik-cantik..haha..berangan kan free jer..

Staycation adalah perkataan bahasa Inggeris hasil gabungan Stay (menginap) dan Vacation (percutian). Dalam bahasa Melayu pula istilah yang sesuai digunakan ialah 'Percutian Inap'.

Staycation bermaksud percutian singkat. Destinasinya pula tidak perlu terlalu jauh, tak perlu sampai ke luar negara. Asalkan kita dapat merehatkan badan dan menenangkan fikiran.

Yaya pernah rancang nak bawa anak-anak staycation di hotel sekitar Kuala Lumpur yang ada kolam renang. Anak-anak kalau jumpa kolam renang, dorang punya teruja dan gembira tu berganda-ganda jadinya. 

Sekiranya mencari hotel untuk menginap, sebolehnya Yaya cuba untuk mencari hotel yang mesra keluarga. Kelebihan mengenai kolam renang lah terutamanya.  Kolam renang yang sesuai dan selamat untuk anak kecil. Yaya dah survey, baca review dan nak share dengan korang hotel in Kuala Lumpur yang best untuk staycation.


Staycation Best Di Kuala Lumpur - Hotel Mesra Keluarga Dengan Kolam Renang


1. Berjaya Times Square Hotel

Berjaya Times Square Hotel


Hotel di Kuala Lumpur Mesra Keluarga




Hotel yang terletak di dalam Berjaya Times Square Mall ini pasti memberikan keselesaan yang diperlukan sepanjang penginapan. Tak perlu menapak jauh, semuanya ada di dalam satu bangunan. Dah melayan anak mandi kolam, giliran ibu pula untuk shopping. Penat shopping, boleh balik bilik berehat. 

Terdapat 14 jenis bilik yang terdiri daripada  pelbagai kemudahan dan perkhidmatan iaitu bilik jenis Studio, Pemandangan Menara Berkembar Studio, Superior, Deluxe 2-Bilik Tidur, Pemandangan Menara Berkembar Deluxe 2-Bilik Tidur, Premier, Pemandangan Menara Berkembar Premier, Suite 2-Bilik Tidur, Club Premier, Pemandangan Menara Berkembar Premier, Club Premier Suite, Penthouse Klasik, Penthouse Empress dan Penthouse Ambassador.


2. Hotel Somerset Kuala Lumpur

Hotel Somerset Kuala Lumpur


Kolam Renang Untuk Kanak-Kanak



Hotel Somerset Ampang, Kuala Lumpur adalah hotel bertaraf empat bintang yang terletak di tengah-tengah Kuala Lumpur. Dengan hanya 1.9km dari KLCC. Konsep hotel adalah dalam bentuk pangsapuri servis, dilengkapi dengan dapur. 

Kolam renang terletak di bahagian atas bumbung (rooftop) yang menghadap pemandangan bandaraya Kuala Lumpur. Kolam renang khas untuk kanak-kanak juga tersedia.





3. Oakwood Hotel

Oakwood Hotel


Hotel In Kuala Lumpur

Oakwood Hotel terletak di Jalan Ampang, kurang 2 km dari KLCC. Bilik yang luas dan selesa.  Semua bilik dilengkapi dengan dapur mini dan beberapa perkakasan dapur seperti periuk nasi, pembakar roti dan peti sejuk mini. 

Sesuai sangat kalau korang nak staycation KL untuk tempoh lama. Kolam renang pula tersedia untuk kanak-kanak dan juga orang dewasa.


4. Ibis Kuala Lumpur City Centre

Ibis KLCC best hotel in Kuala Lumpur


Kolam Renang Kanak-Kanak



Terletak di tengah-tengah Pusat Bandaraya Kuala Lumpur, lokasi strategik yang pastinya memudahkan untuk menuju ke teapat-tempat menarik. Korang boleh berjalan kaki sekiranya ingin ke Menara Berkembar Petronas, Suria KLCC, stesen LRT KLCC dan banyak tempat menarik disekitarnya.

Kolam renang yang terletak di aras 31 dibuka dari jam 7 pagi hingga 10 malam dengan pemandangan yang menakjubkan.


5. The Robertson Kuala Lumpur

The Robertson Kuala Lumpur


Staycation in Kuala Lumpur

Ini bukan hotel, tapi penginapan apartment persendirian yang terletak di pinggir Bukit Bintang.  Yaya tertarik dengan apartment ni kerana berkonsepkan mesra keluarga. 

Kolam renang yang luas dan terbahagi kepada dua khas untuk kanak-kanak dan juga orang dewasa. Playground pun turut disediakan. Bertambah gembira lah anak-anak.


Putuskan Rantaian Covid -19, Patuh SOP


Masing-masing jaga diri sendiri. Keluar rumah bila perlu sahaja. Dan bila keluar tu, patuh lah SOP. Pakai mask dan sentiasa bawa hand sanitizer. Kalau berada di tempat sesak berisiko tinggi, pakai double face mask (pelitup muka kain di atas pelitup muka perubatan) dan face shield.

Sama-sama juga kita berdoa semoga Covid-19 ni lenyap dari muka bumi. Kesian anak-anak tak dapat ke sekolah. Kita ibu ayah ni nak bekerja dari rumah pun banyak juga dugaannya. 

Rindunya kehidupan sebelum Covid-19. Semoga kes positif semakin berkurang, tiada lagi sekatan untuk rentas negeri. Dapatlah mereka pulang ke kampung halaman dan semoga angan-angan Yaya nak bawa keluarga staycation KL menjadi kenyataan. Aamiinn...






Yaya Azura

Yaya | Blogger Since 2010 | Email : yayaazura82@gmail.com

5 Comments

Terima kasih sudi baca. Komen membina sangat dihargai. Komen yang mengandungi 'link', menggunakan unknown profile tidak akan disiarkan. Harap maklum.

  1. Kalau dapat staycation yang dekat-dekat pun dah bersyukur sangat rasanya.

    ReplyDelete
  2. Lepas baca sharing ni, seronoknya kalau dapat pergi bercuti. Memang betul² rindu kehidupan sebelum covid

    ReplyDelete
  3. bestnyaaaa Allahuuuu x sabar nak merentasssss yaya..huwaaaa

    ReplyDelete
Post a Comment
Previous Post Next Post