Resepi Keropok Lekor Terengganu - Langkah Demi Langkah | Banyak hari dah tak jejak tanah. Hari ni PKPD hari yang ke-11. Bila dah duduk rumah ni mula lah rasa nak makan itu ini. Ni rasa nak makan keropok lekor pula. Gigih cari resepi, kut ler terajin nak buat sendiri.
Keropok Lekor Terengganu ni sebenarnya banyak yang sedap-sedap. Antara yang terkenal dan menjadi tumpuan ialah keropok lekor di Losong dan keropok lekor di Bukit Tok Beng. Kawasan lain pun tak kalah juga sedap sebenarnya. Di daerah Marang, Setiu Dan Kemaman pun ramai yang berniaga keropok. Pendek kata memang tak susah nak cari keropok yang sedap kalau datang ke Terengganu.
Teringat Yaya pernah ternampak gerai menjual keropok lekor taapi bukan di Terengganu. Peniaga tersebut labelkan keropok rebus sebagai keropok Losong. Ramai yang salah faham, Losong tu nama tempat di mana keropok tu dihasilkan. Bukan nama sejenis keropok. Di Losong memang terkenal dengan gelaran Perkampungan Keropok Lekor. Di sepanjang kiri dan kanan jalan ada pelbagai pilihan gerai keropok. Kalau musim cuti, bas rombongan memang berderet lah disepanjang jalan.
Yaya nak kongsikan resepi membuat keropok lekor Terengganu langkah demi langkah. perkongsian dari Facebook Masakan Terengganu ni Yaya dah olah gaya penulisan. Yang asal menggunakan loghat Ganu kiter. Kan tercengang pulak orang luar Terengganu nak fahamkan.
Resepi Keropok Lekor Terengganu
- 20 ekor isi ikan pelaling / anak ikan kembung
- Air limau kasturi/limau nipis - Buang biji supaya senang nak bilas ikan
- 2-3 sudu makan tepung sagu separuh kering
- 2 sudu kfc garam
Cara-cara penyediaan keropok lekor Terengganu
- Potong kepala ikan dan ekor. Buang isi perut.
- Kemudian kerat sisik kiri dan kanan, pakai pisau boleh nak guna gunting pun boleh.
- Dengan menggunakan hujung pisau, siat kulit ikan.
- Keluarkan isi ikan dengan hujung pisau. Kalau reti guna jari pun ok.
7. Tumbuk isi ikan. Nak guna food processor pun boleh.
8. Masukkan 2-3 sudu makan tepung sagu separuh kering. Jangan terlebih letak nanti keropok jadi keras.
9. Masukkan 2 sudu kfc garam, rasa sikit dengan hujung lidah..kalau dah ok..sambung tumbuk.
10. Tumbuk sehingga lumat.
12. Kepal-kepal dengan tangan isi ikan tadi, bulatkan.
13. Gentel isi ikan menggunakan kedua-dua telapak tangan. (sekiranya semasa proses menggetel isi ikan tu pecah-pecah, kepal lagi isi ikan tu bagi padat..lepas tu hempuk-hempuk sikit pada dulang tu.
14. Dapat 8 batang keropok lekor. Saiz ni besar sedikit berbanding yang dijual dikedai. Kalau buat saiz kecil dapat lah banyak.
Resepi Sos Keropok Terengganu
- 3 sudu makan cili boh
- 2 sudu makan cuka
- 2 sudu makan gula
- Sedikit nisan kerek / gula melaka
- Secubit garam
Cara-cara penyediaan sos keropok Terengganu
- Masak cili boh dengan api perlahan. Pastikan cili betul-betul masak.
- Kemudian masukkan cuka, gula. Kacau sebati.
- Masukkan nisan kerek. Tujuannya untuk dapatkan warna yang sedikit gelap.
- Perasakan dengan garam. Siap
sedapnya keropok lekor
ردحذفSedapnya boleh simpan stok banyak-banyak.
ردحذفthanks share resepi.
ردحذفada masa nak try belajar buat sendiri.
Nak try juga nnt belajar buat sendiri.
ردحذفTak pernah lagi masak lekor.. hari tu pernah nampak org jual keropok lekor terengganu.. rugi pula tak beli
ردحذفSedapnya keropok lekor! Dulu pernah buat beberapa kali, tapi sekarang malaslah pulak.
ردحذفadui rajinnya buat .... tapi mesti sedap sbb home made
ردحذف