Resepi Cekodok Pisang Rangup | Orang Terengganu panggil Jemput Pisang. Ikutlah jemput-jemput pisang ke, coq pisang ke, tapi PKPD ni memang lapar je. Antara kuat tak kuat je nak melawan nafsu makan. Alaa..setakat jemput pisang tu apa lah sangat kan. Makan dulu, tambah kilo dulu, nak kurangkan kilo tu bab lain pulak. Hihi
Zaman remaja dulu kala, mak bagi tugas suruh goreng cekodok pisang ni. Sampai hangus legam jadinya. Haha. Mana lah nak tahu cekodok pisang ni nak menggoreng api tak boleh terlalu kuat. Nak dapatkan warna hitam cantik tu jangan pulak tunggu cekodok tu bertukar warna dalam kuali. Bila dah angkat tu, masih panas dan proses memasak masih lagi berlaku.
Rupa-rupanya nak dapatkan cekodok yang rangup dan warna cekodok pun memikat dan tak pucat ada petuanya. Sebelum ni nak buat cekodok pisang resepi main campak-campak je. Tak ada sukatan. Pastu mula lah tak kena selera, orang buat sedap, kenapa cekodok haku jadi tak sedap, cekodok serap minyak? Bila ikut resepi Che Nom baru menjadi, kena dengan selera. Simple sangat resepinya pun..
Sekarang dah terer dah buat cekodok pisang rangup di luar lembut di dalam. Hihi. Tapi satu lah, sampai sekarang Yaya tak mahir nak guna jari, jemput adunan letak dalam minyak. Tengok mak buat senang je..Guna sudu bagi Yaya lagi mudah dan cepat.Tapi kalau guna jari, dapatlah hasil cekodok yang bulat comel.
Resepi cekodok pisang rangup diluar lembut didalam
Bahan-Bahan Cekodok Pisang:
- 500 gram pisang emas (anggaran 15 hingga 20 biji pisang bersaiz kecil)
- 1 cawan tepung gandum
- 1 sudu teh garam halus
- 2 sudu besar gula
Cara Penyediaan Cekodok Pisang:
- Lenyek pisang sehingga hancur dan tidak berketul
- Masukkan garam, gula dan tepung gandum sedikit demi sedikit, jangan masukkan tepung gandum sekaligus kerana tahap serapan tepung adalah berbeza beza dan bergantung pada kuantiti pisang.
- Jika adunan masih lembik, tambah lagi tepung sedikit demi sedikit.
- Jemput adunan menggunakan hujung jari dan jatuhkan ke dalam minyak panas.
- Goreng dan kacau dengan sudip dengan cara membalik-balikkan cekodok sehingga bahagian luar perang dan rangup.
- Angkat dan hidangkan.
Tips Cekodok Pisang Rangup:
>> Pastikan jemput tidak berlalu besar untuk mendapatkan saiz cekodok yang kecik, rangup dan sedapMemang laku cekodok pisang ni setiap kali buat. Laju Wafiq danWazif makan. Cuba buat cekodok bawang, cekodok bilis ke, budak berdua tu tak pandang pun. Lagi satu cekodok yang dorang suka cekodok ikan selayang. Dua jenis cekodok ni je lah yang duk ulang buat. Ikan selayang ni viral tau sebab orang Terenganu buat kuah laksa guna ikan selayang. Pelik sangat eh? Ikan selayang ni isinya manis. Harga pun bukanlah terlalu murah. Mingu lepas pergi pasar, ikan selayang saiz sedang RM16 sekilo. Ikan wajib beli ni setiap minggu. Buat masak asam ikan selayang sedap, goreng saja pun sedap.
Terkeluar pulak topik ikan selayang. :)
Balik semula ke kisah cekodok. Hihi. Jarang lah Yaya buat cekodok pisang guna pisang emas. Selalu encik suami beli pisang berangan. Kalau buat cekodok pisang menggunakan 1 cawan tepung gandum, lenyeklah pisang berangan saiz sederhana dalam 7 atau 8 biji.
Buat 1 cawan tepung gandum tu hasilnya tak banyak. Kalau anak ramai kena gandakan adunan lah. Kadang bila tambah gandum, pisang pula tak cukup. Tekstur pun dah berubah. Ala..tak apalah, kita sesuaikan ikut keadaan. Nak jamu keluarga, biar semua dapat merasa. Kita yang buat dia, apa kesah. Kan?
P/S : Stay safe semua, patuh SOP.
Ok.. Kena sep ni.. Sbb kita bab2 cucur ni selalu failed big time 😭😭😭
ReplyDeletelama wehhh tak makan jeput pisang ni sis... terliur tengok
ReplyDeletesedapnya
ReplyDeleteaida pun kerap goreng cekodok pisang, yaya.
ReplyDeleteanak-anak suka. kebetulan, kedai dekat dgn rumah, sentiasa ada stok pisang yg masak ranum tu. alahai sedapnya buat cekodok!
aida biasa buat cukup2 utk sekali makan. makan panas2 dgn kopi o. wow!
Pertama kali dengar tentang cekodok ikan selayang. Cekodok pisang dah biasa makan.
ReplyDeleteKuih yang paling sedap cucok kodok pisang, dah lama tak makan.
ReplyDeletememang kesukaan , kalau goreng laku keras
ReplyDeletecekodok ni
Yang ni PC memang suka sangat..kawankan dengan air milo. Fuhhhh nikmat. Cekodok pisang dan air milo.
ReplyDeleteMemang sesuai dimakan waktu hujan. Feeling habis!
ReplyDeletesedapnya, lama tak buat cekodok pisang..tapi time PKP mmg slalu lapar pun hehe
ReplyDeleteLama betul x maknq cekodok. Sedap, Kita pun suka.
ReplyDeletewow boleh simpan resepi ni.. sebelum ni mya buat cekodok pisang, tak berapa jadi.. terlebih tepung la, pisang tak cukup laa.. senang bila dah sukat siap2
ReplyDeleteCekodok pisang memang sedap! Makan pagi buat sarapan boleh, makan petang buat minum petang pun boleh.
ReplyDeleteHahahaa shida failed buat cokodok kahkahkah ^_^
ReplyDeleteyaya.. ahhaha kak azni tak pernah buat cekodok pisang tau ... kadang suka makan kadang tak suka kalau kena yg berminyak2 nih .. hahaha.. haru kan
ReplyDeleteOh wow, looks so deliciouso.
ReplyDelete