Cara Melaksanakan Sedekah Subuh Dengan Istiqamah | Begitu istimewanya sedekah Subuh. Waktu-waktu lain tak pula dinamakan dengan nama yang khas. Boleh je korang nak bersedekah pada bila-bila masa, hari Jumaat atau hari lain. Tak ada halangan dan kita memang digalakkan bersedekah. Tapi sedekah Subuh ni sangat istimewa kerana termasuk dalam sedekah yang terbaik. Kata Rasulullah, setiap Subuh Allah turunkan malaikat untuk mendoakan mereka yang bersedekah Subuh. Sesungguhnya doa malaikat mustajab di sisi Allah SWT.
Jadikan Amalan Setiap Hari Mesti Bersedekah
Biasalah manusia, ada hari ingat dan ada hari terlupa untuk bersedekah. Dan tanpa sengaja berlalulah satu hari tanpa bersedekah. Sebelum ni kalau nampak orang memerlukan baru hulur duit, kalau nampak ada tabung kemanusiaan atau tabung surau di pasaraya atau kedai makan baru lah kita bersedekah. Tak pun tungu hari Jumaat je masukkan sedekah dalam tabung masjid.
Dari Abu Hurairah RA, berkata bahwa Nabi Muhammad SAW bersabda:
Ketika hamba berada di setiap pagi, ada dua Malaikat yang turun dan berdoa, “Ya Allah berikanlah ganti pada yang gemar berinfak (rajin memberi nafkah pada keluarga).” Malaikat yang lain berdoa, “Ya Allah, berikanlah kerosakan bagi yang enggan bersedekah (memberi nafkah).
(HR Bukhari dan Muslim).
Jadi, kita diberi dua pilihan. Mahu didoakan yag baik-baik (bersedekah), ataupun didoakan kehancuran atau kerosakan (menahan harta / enggan bersekah)
Jika menginginkan pintu rezeki dibuka setiap hari, bersedekahlah bermula dari waktu Subuh. Tak perlu menunggu menjadi seorang yang kaya untuk bersedekah, Biasa kita nampak kan, semakin kaya semakin kedekut. Nak bersedekah mula berkira. Akhirnya semakin banyak pintu rezeki tertutup. Jangan fikir duit dan harta akan bertambah kerana semua itu akan ditarik Allah bila-bila masa sahaja dalam pelbagai bentuk seperti kecurian, kerugian dalam perniagaan dan ditipu.
Apa Yang Dimaksudkan Dengan Sedekah Subuh
Maksud sedekah Subuh ialah sedekah yang diberikan pada waktu subuh (bermula daripada fajar menyingsing hinggalah terbit matahari) dan dilaksanakan sebaik-baiknya selepas seseorang itu solat Subuh. Tempoh masa bermula dari waktu Subuh sehingga sebelum masuk waktu Syuruk.
Sedekah subuh ini sangat istimewa kerana ia boleh dilakukan setiap hari. Ia juga di anggap satu sedekah yang terbaik di antara sedekah yang lain.Rasullullah S.A.W pernah berkata bahawa, akan turun malaikat ke bumi untuk mendoakan mereka yang melakukan sedekah subuh. Seperti yang kita sedia maklum, doa malaikat adalah antara doa mustajab.
Setiap pagi, dua malaikat turun mendampingi seorang hamba. Yang satu mendoa: Wahai, Tuhan! Berikanlah ganti rugi bagi dermawan yang menyedekahkan hartanya. Dan yang satu lagi berkata: Wahai, Tuhan! Musnahkanlah harta si bakhil.
Cara Melaksanakan Sedekah Subuh
1. Sediakan satu tabung yang dilabel dengan 'Sedekah Subuh' dan selepas solat Subuh masukkan duit ke dalam tabung. Jumlah tak kisah lah berapa mengikut kemampuan walaupun hanya RM1.
2. Setiap kali bersedekah ke tabung Sedekah Subuh, berdoalah dan pohon hajat dengan spesifik dan tenang. Berdoalah untuk kebaikan di dunia dan akhirat.
Contoh doa sedekah subuh
4. Lakukan sedekah subuh dengan Istiqamah. Sekiranya berada jauh dari rumah (luar kawasan), masih boleh sedekah Subuh. Asingkan duit sedekah Subuh kemudian masukkan je ke dalam tabung di rumah. Kalau nak bersedekah terus ke tabung masjid atau surau pun boleh.
5. Bila dah cukup sebulan atau 40 hari, tiba masa untuk buka tabung. Masa untuk mengagihkan sedekah kepada yang selayaknya seperti anak yatim, fakir miskin, ahli keluarga atau sahabat yang dalam kesusahan. Boleh juga disedekahkan kepada pihak masjid atau maahad tahfiz.
Agihkan Sedekah Kepada Yang Selayaknya, JANGAN Guna Duit Sedekah Subuh Untuk Tujuan Lain
Sedekah Subuh Online
Sedekah Subuh secara online lagi satu alternatif mudah nak bersedekah. Tak perlu buat tabung sedekah Subuh. Install je online banking di handphone. Nak buka komputer atau laptop satu hal pula kan. Kemudian set favourite mana-mana akaun yang hendak diberi sedekah. Akaun orang yang kita kenal ataupun pertubuhan yang berdaftar.
Yaya kongsikan di sini 10 pertubuhan / yayasan / tahfiz berserta nombor akaun bank untuk memudahkan sahabat semua untuk sedekah online.
Kelebihan Bersedekah, Fadilat Sedekah Subuh
Tidak Akan Miskin Orang Yang Bersedekah
- Memudahkan kematian
- Meringankan azab kubur
- Menyambung pahala selepas kematian
- Mendekatkan kita dengan Rasulullah di padang mahsyar
- Mudah melalui titian sirat
- Syurga menanti orang yang bersedekah
kadang² culas dan lupa , thank you sbb highlightkan
ردحذفtq sharing yaya :)
ردحذفAlhamdulillah perkongsian yang baik...tq sharing yaya.Semoga Allah merahmati yaya selalu ;)
ردحذفalhamdulillah aminn.,,
ردحذفbagus kumpul sekali tempat-tempat yang kita boleh bersedekah. terima kasih sis.
ردحذفYa, bagus amalkan sedekah Subuh ni..bos saya pun selalu suruh buat tabung sedekah ni..Hehe..
ردحذفSekarang senang,,.boleh sedekah online je kan. Tapi nak masuk dalam tabung khas pun boleh, Cukup bulan, keluarkan dan bagi pd yang layak.
ردحذف