Cara Bayar Zakat Fitrah Online Menggunakan Maybank2u
13
Cara Bayar Zakat Fitrah Online Menggunakan Maybank2u | Tahun kedua kita berpuasa sambil berdepan ujian Covid-19. Ramadhan bakal berakhir beberapa hari sahaja lagi. Beberapa daerah di Selangor pula dikenakan PKP bermula 6 Mei sehingga 17 Mei 2021. Rakyat tidak dibenarkan untuk rentas daerah bagi mengawal penularan dan nampaknya Aidilfitri tahun ini lagi sekali disambut dengan SOP yang perlu dipatuhi. Alhamdulillah kalau ibu bapa dan sanak saudara tinggal berdekatan, duduk sekelompok. Tapi sekiranya tinggal berlainan negeri? Sedihnya, tak dapat bersama di pagi raya.
Yaya doakan semoga anda semua tabah dan sama-sama kita berdoa semoga virus Covid-19 terus lenyap dari muka bumi. Apa yang berlaku hari ini ada hikmah tersembunyi. Walaupun kita meneruskan kehidupan yang berbeza dengan norma serba baharu tapi di bulan Ramadhan yang penuh keberkatan ini, tetap wajib kita sebagai umat Islam berpuasa dan menunaikan zakat bagi yang mampu.
Zakat - sedikit bagi anda, segalanya buat mereka
Membayar zakat dapat membersihkan dan menyuburkan harta pemberi zakat sekaligus dapat menghindarkan diri dari sifat tamak. Duit zakat yang dikutip akan disalurkan kepada yang memerlukan. Jadi tidaklah harta kekayaan berputar kepada golongan tertentu sahaja. Orang kata yang kaya bertambah kaya, dan yang miskin kekal miskin.
Sekurang-kurangya dengan bantuan zakat dapatlah meringankan beban kesusahan yang ditanggung. Semoga asnaf-asnaf yang dibantu dapat mengubah nasib mereka dengan zakat yang diterima. Dan akhirnya mampu berdikari dan berdiri di atas kaki sendiri.
Yaya tertarik untuk berkongsi program-program dan bantuan yang telah dianjurkan oleh Lembaga Zakat Selangor (LZS) melalui perkongsian di Facebook LZS.
Program Dapur Ramadan Asnaf Selangor (DRAS 2.0) Daerah Gombak 2021. Seramai 138 keluarga asnaf telah menerima sumbangan barangan dapur ini bagi keperluan sepanjang Ramadan. Program dengan kerjasama Masjid Al-Khairiyah Seri Gombak ini dijalankan dengan penuh pematuhan SOP oleh semua hadirin.
Zakat Selangor bersama beberapa gabungan NGO hadir menyampaikan sumbangan kepada masyarakat orang asli di Kuala Kerling, Hulu Selangor. Sumbangan adalah seperti serahan pakaian, set belajar anak- anak, barangan keperluan harian dan kotak makanan.
Ini pula perkongsian dari seorang bekas asnaf yang dahulu menjadi penerima zakat dan kini menjadi pembayar zakat. Ini lah yang Yaya maksudkan bagaimana akhirnya asnaf mampu mengubah nasib diri dan tidak lagi bergantung pada zakat.
Jom, tunaikan kewajipan rukun Islam dengan mengeluarkan zakat. Sekarang dah penghujung Ramadhan, dah bayar zakat fitrah ke tu?
Yaya akan kongsikan mengenai zakat fitrah dan utamanya sesuai dengan keadan pandemik, zakat fitrah boleh bayar online. Sekarang ni kan semua dah di hujung jari. Klik-klik je selesai.
Kewajipan Menunaikan Zakat Fitrah
Zakat Fitrah adalah zakat yang diwajibkan ke atas setiap individu lelaki dan perempuan Muslim yang berkemampuan dengan syarat-syarat yang tertentu.
Kadar dan jenis zakat fitrah ialah segantang makanan asasi penduduk negeri tempat seseorang mukallaf itu bermukim.
Syarat Wajib Zakat Fitrah
Orang Islam yang merdeka wajib mengeluarkan zakat fitrah untuk diri dan keluarga atau tanggungannya ialah:
Islam
Seseorang yang meninggal selepas terbenam matahari akhir Ramadhan
Anak yang lahir sebelum matahari terbenam pada akhir Ramadhan dan hidup hingga selepasnya
Mempunyai lebihan makanan atau hartanya dari keperluan tanggungannya pada malam dan pagi hari raya
Kadar Zakat Fitrah 2021
Di Malaysia ni, makanan asasi kita adalah beras. Jadi zakat fitrah boleh dibayar dengan beras ataupun wang tunai yang mempunyai nilai yang sama dengan harga beras namun ianya bergantung juga mengikut jenis-jenis beras yang kita makan.
Untuk penduduk bagi negeri Selangor, kadar zakat fitrah 2021 yang telah ditetapkan adalah:
RM7 seorang - Beras Super Special Tempatan (5% Hancur)
RM14 seorang - Beras Super Import / Beras Perang / Beras Pulut / Herba Ponni / Beras Wangi
RM21 seorang - Beras Basmathi / Beras Jepun / Beras Merah
Kadar Zakat Fitrah Setiap Negeri (2021)
Berikut ialah kadar bayaran bagi setiap individu seluruh negeri di Malaysia untuk tahun 2021 bersamaan 1442 Hijrah sepertimana yang telah ditetapkan oleh Majlis Agama Islam Negeri:
Perlis - RM7.00
Kedah - RM5.00 / RM7.00 / RM14.00 RM21.00
Pulau Pinang - RM7.00 / RM12.00 / RM16.00
Perak - RM7.00 / RM14.00 / RM21.00
Selangor - RM7.00/ RM14.00 / RM21.00
Negeri Sembilan - RM7.00
Melaka - RM7.00 / RM14.00
Johor - RM7.00 / RM10.00
Pahang - RM7.00
Terengganu - RM7.00
Kelantan - RM7.00 / RM14.00 / RM21.00
Sarawak - RM7.00
Sabah - RM6.00 / RM7.50
Kuala Lumpur / Putrajaya / Labuan - RM5.00 / RM7.00 / RM14.00
Kempen JOM ZAKAT CASHLESS
Sebagai galakan dan insentif untuk menunaikan zakat kepada semua golongan yang layak, Lembaga Zakat Selangor menganjurkan kempen Jom Zakat Cashless. Hadiah keseluruhan bernilai RM15,000.00.
Sebenarnya tersangatlah mudah membuat bayaran zakat fitrah secara online ni. Lebih-lebih lagi dalam keadaan sekarang yang memerlukan kita untuk sentiasa menjaga jarak dan mengurangkan sentuhan fizikal.
Membuat bayaran zakat menggunakan saluran bayaran tanpa tunai, online banking Maybank 2u contohnya, melayakkan anda untuk menyertai kempen Jom Zakat Cashless.
Cara Bayar Zakat Online Guna Maybank2u
Cara bayar zakat fitrah online
Yaya nak tunjukkan cara membayar zakat onlline menggunakan handphone sahaja melalui aplikasi Maybank2U.
Sebelum tu, kena pastikan dahulu jenis beras yang di makan. Katalah beras yang digunakan Beras Super Special Tempatan (5% Hancur), jadi kadar zakat RM7 seorang, jangan pula lupa tangungan di bawah diri sendiri contoh isteri dan anak-anak pun kena bayar juga. Katalah 4 orang, jadi jumalah zakat perlu dibayar adalah sebnayak RM28.
Langkah 2: Scroll senarai payee.. cari LEMBAGA ZAKAT SELANGOR dan klik
Langkah 3 : Pilih jenis zakat.
Langkah 4: Masukkan jumlah zakat yang hendak bayar
Langkah 5: Klik PROCEED untuk membuat pembayaran
Sebelum buat pembayaran jangan pula lupa lafaz akad zakat fitrah.
>> Lafaz Akad Zakat Fitrah Untuk Diri Sendiri
"Inilah wang bagi menggantikan Beras Fitrah sebanyak RM XX wang wajib bagi diriku pada tahun ini kerana Allah Ta'ala."
>> Lafaz Akad Zakat Fitrah Untuk Diri dan Tanggungan
"Inilah wang bagi menggantikan Beras Fitrah sebanyak RM XX wang wajib bagi diri dan tanggunganku pada tahun ini kerana Allah Ta'ala."
>> Lafaz Akad Zakat Fitrah Untuk Bagi Pihak
"Inilah wang bagi menggantikan Beras Fitrah sebanyak RM XX wang wajib bagi ..... dan tanggungannya pada tahun ini yang diwakilkan kepadaku kerana Allah Ta'ala."
Memang mudah bila bayar zakat secara online ni, tak perlu keluar rumah, Dengan hanya beberapa langkah dah selesai. Maka lunaslah satu tanggungjawab anda terhadap agama pada tahun ini.
Sekiranya ada pertanyaan boleh terus hubungi Lembaga Zakat Selangor.
Dan Allah telah melebihkan sebahagian dari kamu atas sebahagian yang lain pada rezeki yang dikurniakanNya; dalam pada itu, orang-orang yang diberi kelebihan itu tidak mahu memberikan sebahagian dari kelebihan hartanya kepada hamba-hamba mereka, supaya orang-orang itu dapat sama mempunyai harta. Maka mengapa mereka tergamak mengingkari nikmat Allah itu dengan perbuatan syirik? - Surah An-Nahl Ayat 71
Dan pada harta-harta mereka ada hak untuk orang miskin yang meminta dan orang miskin yang tidak mendapat bahagian. - Surah Az-Zariyat Ayat 19
alhamdullilah
ReplyDeletemudah betul sekarang. Alhamdulillah
ReplyDeleteAlhamdulillah mudah untuk membayar zakat dgn menjimatkan masa
ReplyDeleteBagusnya ada cara yang senang nak bayar zakat sekarang, tak perlu bersesak lagi nak bayar zakat.
ReplyDeleteSgalanya d hujung jari..sngnya kan skg hihi if lupa bole guna online
ReplyDeleteterbaiklah cara nak bayar zakat online di musim PKP nih memang sangat membantu tak senang dan mudah byr online shj
ReplyDeleteSekarang semua petik2 je, hujung jari belaka. Takde lagi alasan. Siapa yang belum jelaskan tu, cepat2 la bayar untuk bantu saudara Islam yang lain.
ReplyDeleteSha pun bayar zakat mak adik2 pakai MaE tahun nii
ReplyDeleteskrg dah mudah tinggal nak atau tidak je
ReplyDeleteMudah sekarang dah boleh bayar online. Alhamdulillah settle dah :)
ReplyDeletealhdmdllh makin mudah
ReplyDeletetest
ReplyDeleteMudahkan sekarang semua dihujung jari..
ReplyDeleteTq sharing yaya :)