Sambal Nyor Kacang Botol | Ada panggil kerabu. Tapi mak yaya selalu sebut sambal nyor. Kerabu kacang botol campur kelapa mesin memang menjadi kegemaran. Yaya tak boleh nak makan kacang botol mentah macam tu je. Ulam kacang botol memang tak lah. Tak tahu lah kenapa sampai sekarang tak terliur langsung dengan ulam-ulaman. Mengalahkan budak kecik dah ni memilih sayur. Tapi kalau kacang botol tu dihiris nipis, campur dengan sambal nyor ni, fuhhh memang terangkat. Regu pula dengan kuah singgang tenggiri. Helok ngam dia.
Ni cerita Jumaat lepas tau buat kerabu kacang botol. Satu Pasar Chabang Tiga tu melilau mata mencari kacang botol. Masa nak beli ni lah susah nak jumpa. Kalau masa tak nak, rasa semua gerai sayur-sayuran kat pasar tu ada kacang botol.
Dua kali pusing baru jumpa. Tu pun bukan segar bugar. Boleh lah dari tak ada. RM2 seikat beli dua ikat. Seikat tu adalah dalam 10 batang, beli satu je memang tak cukup. Kelapa parut muda beli RM 2 bukan main banyak lagi. Baki kelapa boleh buat lempeng nyor pulak keesokannya. Nape semua klasik benor menu ni, sambal nyor, lempeng nyor, haha. Sebelum puasa gitu lah kan. Rasa nak makan semua yang teringin tapi sebelum ni malas buat.
Ok lah, meh tengok resepi sambal nyor kacang botol. Orang Terengganu sebut nyor, utara sebut nyoq. Yaya bila mak tanya masak apa hari ni. Yaya jawab 'buat kerabu kacang botol je mak dengan kuah singgang'... dia dah blur lur dah..kerabu? Ala mak..yang sokmo mak buat tu lah, tumbuk nyor gaul dengan kacang botor. Itu sambal nyor lah dia kata bukan kerabu! Ye eh? Apa-apa lah..Ok lah, meh tengok resepi sambal nyor kacang botol atau sambal kelisa orang sana cakap..haha.
Resepi Sambal Nyor Kacang Botol
Bahan-bahan:
20 batang kacang botol
2 senduk kelapa parut muda
1 biji cili merah
5 biji cili padi
1 biji perahan limau nipis
Sedikit belacan - tak letak
Garam dan gula secukup rasa
Cara penyediaan sambal kelapa kacang botol
- Kacang botol dihirs nipis, hiris macam bintang, tak perlu hiris serong, tapi ikut korang lah..haha
- Cili padi dan cili merah Yaya blend kasar, sebab tak berapa rajin nak menumbuk lama-lama.
- Tumbuk kelapa parut, tumbuk sekali dengan cili blend kasar tadi.
- Kemudian tumbuk belacan, garam dan gula. Gaul rata semua bahan tumbuk.
- Dalam bekas, gaul rata bersama kacang botol. Masukkan air perahan limau nipis. Dah siap.
Namapak sedap kejadiannya
ردحذفSaya selalunya panggil kerabu. Tapi tahu yang nyor tu maksudnya kelapa. Baru tahu sambal nyor tu kerabu sebenarnya.
ردحذفSedappppppp, first time makan terus fall in love!
ردحذفSlmt menyambut ramadhan😁
ردحذفsedapnya Yaya kak ana suka makan kerabu dah tua2 ni hehe :)
ردحذف