Nasi Arab Set Dulang Di Sumai Hotel Apartment | Hidangan Timur Tengah seperti nasi Arab, shawarma mahupun kebab ada peminatnya yang tersendiri. Alhamdulillah semalam dapat berkumpul dengan kawan-kawan blogger, kami lunch nasi arab di Sumai Hotel Apartment. Di sini, agak terkenal dengan masakan dan makanan yang sedap-sedap dengan harga yang berpatutan.
Kalau dah berjumpa dengan geng blogger Terengganu ni riuhnya lain macam. Ada antara kami ni duduknya tak la jauh mana antara satu sama lain. Tapi jarang betul berjumpa. Tahu perkembangan dari alam maya jer lah kekdahnya.
Nasi Arab Dalam Dulang @ Talam
Dulang atau talam sama je. Nak dengar sebutan 'Talang' meh jemput datang Terenganu. Haha. Talang tu talam lah.. hihi. Orang Arab sana kan dorang makan dalam talam. Makan dalam talam ni sunnah Rasulullah SAW. Dapat pahala berlipat kali ganda kalau buat perkara-perkara sunnah ni.
Di Sumai Hotel Apartment, Kuala Terengganu ada menyediakan nasi arab dalam dulang. Seronok tau makan berjemaah ni. Sambil makan, sambil berborak. Cerita itu ini. Sedar tak sedar habis satu dulang.
Hidangan dalam dulang ni kan mula-mula pandang tu nampak macam sikit je. Entah cukup entah tidak nak makan ramai-ramai. Sebenarnya lebih dari cukup. Kekenyangan kami. Nak gerak balik pun malas. Haha.
Ok lah, Yaya nak cerita pasal nasi Arab di Sumai Hotel Apartment ni. Sumai Hotel Apartment ni lokasinya berdekatan dengan Pantai Batu Buruk. Kalau nak ke Pantai Batu Buruk memang akan nampak tempat ni, bersebelahan dengan Hotel Primula. Mudah je nak tuju sini, parking pun mudah.
Kalau korang nak tahu, Sumai Hotel Apartment ni hak milik sepenuhnya bumiputera Melayu anak jati Terengganu. Nama Sumai tu sendiri akronim dari 3 gabungan nama iaitu SUlaiman, MAhyuddin dan Iskandar. Wah, hebat! Bukan hal mudah untuk anak Melayu bertahan dalam bisnes industri pelancongan dan perhotelan yang turun naik, lagi-lagi masa pandemik ni.
Set Nasi Arab Dulang
Boleh pilih nak Nasi Arab Standard atau Nasi Arab Premium. Nak makan berlaukkan ayam ke, kambing ke atau nak dua-dua ayam dan kambing pun boleh. Yang membezakan set dulang standard dengan set premium ni adalah kuantiti nasi dan bahagian daging kambing. Kalau yang premium tu ada tambahan kari dalca.
NASI ARAB STANDARD - Kuantiti Nasi sederhana & lamb shoulder
Nasi Arab Ayam : RM36
Nasi Arab Kambing : RM56
Nasi Arab Kambing & Ayam : RM48
Set 6 orang
Nasi Arab Ayam : RM54
Nasi Arab Kambing : RM84
Nasi Arab Kambing & Ayam : RM72
Set 10 orang
Nasi Arab Ayam : RM90
Nasi Arab Kambing : RM140
Nasi Arab Kambing & Ayam : RM120
Set Dulang Nasi Arab Standard Kambing Bakar, Acar Mentah, Sambal Tomato Dan Sup. |
NASI ARAB PREMIUM - Nasi banyak & lamb shank
Nasi Arab Ayam : RM44
Nasi Arab Kambing : RM76
Nasi Arab Kambing & Ayam : RM64
Set 6 orang
Nasi Arab Ayam : RM66
Nasi Arab Kambing : RM114
Nasi Arab Kambing & Ayam : RM96
Set 10 orang
Nasi Arab Ayam : RM110
Nasi Arab Kambing : RM190
Nasi Arab Kambing & Ayam : RM160
Set Dulang Nasi Arab Premium Ayam+Lamb Shank Bakar, Dalca, Sup, Acar Mentah Dan Sambal Tomato |
> Ayam Special : RM12
> Lamb Shoulder : RM19
> Lamb Shank : RM30
Penghantaran disediakan
Grand Buffet Ramadhan di Sumai Hotel
Grand Buffet Ramadhan akan diadakan di Sumai Hotel selama 5 hari terakhir puasa. Untuk penjimatan korang digalakkan untuk membuat tempahan awal. Menu utama semestinya nasi arab dan ada juga nasi bukhari daging Pelembang.
Untuk tempahan : Tel: 09-6310099 | Whatsapp: 019-9833236
terbaik
ردحذفselamat menyambut ramadhan yang akan tiba
sana sini blog dok tunjuk nasi Arab...huhuhu...nak kena cari ni
ردحذفNampak sedap nasi arab tu. Kuantiti pun macam banyak.
ردحذفTerliurr dah ni, nak kena cari jugak ni nasi arab hahaha
ردحذفMurah sangat harganya tuu kann.. kena repeat nii
ردحذف