Menu Simple Pada 1 Ramadhan | Anak-anak masih menyesuaikan diri berpuasa pada hari pertama. Dorang terkenang puasa pada thun lepas, puasa masa PKP. Tak perlu pergi sekolah. Puasa duduk rumah je memang lah seronok.
Abang Wafiq yang dah banyak tahun puasa penuh pun nampak letih hari ni. Adik Wazif lagi lah, asyik mengadu lapar. Tapi dia bertahan juga sampai berbuka.
Sahur Yaya buatkan nasi goreng telur untuk anak-anak. Digoreng dengan butter, sebiji telur, sosej dan sedikit cukup rasa. Letak sedikit je butter, takut kering tekak makan makanan berminyak untuk sahur. Ibu ayah bersahur nasi putih dan gulai ayam, lauk balance malam semalam.
Kelakarnya, adik Wazif darjah 2, balik sekolah rehat sekejap. Lepas tu solat zuhur sambil duduk. Adik tak larat dah dia kata. Hihi. Siap buat gaya berenang merangkak atas lantai sebab tak larat sangat dah nak bangun berjalan. Adik kata berbuka nanti dia nak makan untuk 11 hari, biar tak lapar lepas tu. Haha. Macam-macam lah dia punya cerita.
Lauk Berbuka Hari Pertama Puasa
Beberapa hari lepas nampak Kak
Ana Jingga masak ikan siakap masak kengsom. Yaya tak pernah buat siakap masak kengsom ni. Setiap minggu pun beli siakap tapi suami yaya kalau tak masak 3 rasa dia suruh goreng macam tu je. Alang-alang dah ada ikan siakap dalam peti ais, balik kerja terus defrost. Sebelum sampai rumah singgah kedai dulu beli nanas, tapi sayur kangkung tak ada la pulak.
>> Ikan Siakap Masak Kengsom
Yaya letak sini resepi untuk kegunaan Yaya masa akan datang. Tq kak Ana untuk resepinya.
Resepi Ikan Siakap Kengsom
Bahan-bahan:
1 ekor ikan siakap - potong keping
1/2 biji nenas - potong nipis
Kangkung
2 batang serai - ketuk
1 biji limau nipis
Garam
Gula
Bahan kisar:
2 tangkai cili merah
8 tangkai cili padi
1 biji bawang besar - sederhana besar
6 ulas bawang putih
Sedikit belacan
1 inci kunyit hidup
Cara Masak Ikan Siakap Kengsom
1. Masukkan bahan kisar dan air secukupnya ke dalam periuk. Masak hingga mendidih.
2. Masukkan nanas dan serai. Masak hingga mendidih seketika, sebelum dimasukkan ikan.
3. Masukkan ikan siakap dan tunggu hingga masak, rasakan dengan gula dan garam.
4. Tutup terlebih dahulu api baharulah masukkan daun kangkung yang di potong pendek-pendek untuk mengekalkan kerangupan nya.
5. Akhir sekali perahkan jus limau dan sedia untuk dihidang.
>> Roti Sosej Gulung Nestum
Roti sesej gulung nestum ni sekali sekala yaya buat juga sebagai bekal ke sekolah. Suka sangatlah kalau dapat bekal roti sosej gulung ni. Bila disalut dengan nestum lagi sedap dan berbau wangi berbanding salut dengan serbuk roti.
Hari pertama anak-anak dah minta roti sosej gulung. Kebetulan ada baki sosej buat wantan popia beberapa hari lepas untuk job review. Nak buat pun mudah je ni. Sosej tu Yaya akan rebus dulu sekejap, nanti masa menggoreng tak lama sebab isi dalam dah masak.
Resepi Roti Sosej Gulung Nestum
5 batang sosej
5 keping roti
1 biji telur
1 sudu gandum dibancuh dengan sedikit air - untuk dijadikan pelekat
Nestum secukupnya
Cara penyediaan roti sosej gulung nestum
1. Gelekkan kedua dua permukaan roti menggunakan kayu pencanai sehingga leper. Hari ni Yaya tekan-tekan guna tapak tangan je. Nak cepat.
2. Letak sosej dan gulung. Lekatkan dengan tepung gandum.
3. Golekkan roti kedalam telur dan kemdian golek pula dalam nestum
4. Goreng sekejap dengan api perlahan.
>> Popia Sosej + Isi Ketam + Cheese
Popia ni Yaya dah buat 2 hari lepas. Baki buat wantan popia wantan tapi yang ini versi gulung. Inti sama je. Rebus sosej dan crabstick, potong kecil-kecil, cheese keping tu pun potong kecil-kecil.Mudah je nak membuatnya.
>> Ayam Goreng RM1
Siap masak dalam 5.50 petang. Encik suami ajak round bazar Ramadhan pula. Sampai je terkejut tengok manusia. Manusia padat dan sendat. Haha. SOP ke laut dalam. Tak jadi kami nak redah. Start motor blah macam tu je. Dalam perjalanan balik, pusing kampung dulu. banyak je gerai tepi jalan. Berhenti beli ayam 5 ketul RM5. Nak sos cheese kena tambah RM 1.
>> Nasi goreng butter dan telur
Ini untuk sahur. Sahur hari pertama da tak tahu nak masak apa. Last goreng nasi jer lah sikit untuk anak-anak. nasi goreng paling simple Yaya buat.
Resepi Nasi Goreng Butter dan Telur
Bahan-bahan;
1 mangkuk nasi
sedikit butter
1 batang sosej
1 biji telur
1/2 sudu besar cukup rasa
Cara penyediaan nasi goreng butter dan telur
1. Panaskan kuali. Masukkan butter dan goreng sosej sekejap.
2. Masukkan nasi dan sebiji telur.
3. Gaul rata.
4. Masukkan cukup rasa. Siap
Berakhir sudah 1 Ramadhan. Semoga setiap hari Ramadhan berlalu dengan penuh makna. Esok nak masak apa pula ye? Boleh tengok
resepi lauk pauk sepanjang Ramadhan. Mana tau dapat idea nak masak apa untuk keluarga.
Selamat berpuasa.
sedap2 nya menu dia...
ردحذفroti sosej tu bkn kata budak, k ret pun suka hahaha
sedap2 makanan. salam ramadhan
ردحذفSihat lauk tu kak yaya...tapi sedap lauk gitu
ردحذفFirst time nampak orang guna nestum instead of serbuk roti. Menarik.
ردحذفYa Allah...sedapnya siakap masak kengsom. Tuang kuah bagi nasi banjir....adeeehhh!
ردحذف