Ikan Tenggiri Masak Asam Cuka

Ikan Tenggiri Masak Asam Cuka | Resepi ringkas yang sangat sedap. Tempoh penyediaan pun tak lama. Agak-agak tak berapa rajin nak memasak, resepi sebeginilah yang menjadi pilihan Yaya. Asalkan kenyang sudah lah ye. Anak-anak pun biasa ambil isi sahaja, makan ikan je. Sayur-sayur yang kita campak dalam masakan tu memang dorang susah betul nak makan.

Yaya selalu juga masak ikan masak asam ni, tapi resepi sebelum ni masak asam cuka guna ikan selayang. Nak guna ikan kembong pun sedap. Kerap je masak asam ni togel tak ada sayuran. Haha.. Yang ada cuma hirisan bawang. Dah tak ada stok sayur nak buat macam mana kan. Guna apa yang ada je lah. 

Kali ni sempena untuk juadah berbuka puasa, tak kan lah nak masak togel jugak. Masak bewarna-warni sikit, biar nampak meriah dalam bekas tu. Hihi. Suami Yaya kalau ada tomato dan bendi banayak-banyak memang dia suka sangat lah. 

Masak asam kali ni letak biji sawi. Biji sawi yang tak pernah beli tu pun Yaya minta suami pergi beli. Haha. Sebab tengok resepi Maria JJCM tu dia masukkan biji sawi. Tak tau la beza rasa kut mana..haha..

Ikan Masak Asam
Ikan Tenggiri Masak Asam Cuka



Bendi tu pula suka masuk kedian lepas tutup api. Nak mantain crunchy. Tomato pun sama masuk kedian jugak. Masak asam cuka ni kalau masak awal lagi sedap. Baru ikan dan kuah tu betul-betul mesra meresap. Hampir waktu berbuka baru panaskan semula.


Masak Asam Cuka Mudah Dan Sedap
Ikan Tenggiri Masak Asam Cuka


Resepi Ikan Tenggiri Masak Asam Cuka


Bahan-bahan:

3 keping ikan tenggiri
1 biji bawang besar
3 ulas bawang putih
4 batang bendi
1 biji tomato
1 biji cili merah
6 biji cili padi
2 inci halia
200 gram asam jawa 
2 Sudu besar cuka makan
1 sudu kecil biji sawi
Serbuk kunyit untuk menggoreng ikan
Garam secukup rasa
Gula secukup rasa

Cara memasak ikan tengiri masak cuka

  1. Perap ikan seketika dengan serbuk kunyit dan garam kemudian goreng. 
  2. Hiris bawang, cili dan halia. Tumis sehingga naik bau di dalam minyak lebihan menggoreng ikan tadi. Masukkan juga biji sawi.
  3. Masukkan ikan, air asam jawa, cuka dan sedikit air.
  4. Biarkan mendidih seketika baru lah dimasukkan bendi dan tomato. 
  5. Perasakan dengan garam dan gula. Siap.


Yaya Azura

Yaya | Blogger Since 2010 | Email : yayaazura82@gmail.com

8 Comments

Terima kasih sudi baca. Komen membina sangat dihargai. Komen yang mengandungi 'link', menggunakan unknown profile tidak akan disiarkan. Harap maklum.

  1. Anak bujang kakak suka sangat ikan masak cuka. Sanggup dia masak sendiri di dapur kalau teringin makan.

    ReplyDelete
  2. Terbyg rasa nya.. First time plk dgr ke ako yg x tau haha... Sbb slalu klu masak tenggiri ni masak kicap je 😅

    ReplyDelete
  3. First time dgr jgak. Cari cuka dalam resepi tapi tak jumpa hehe

    Nampak senang menu ini. Boleh cuba nanti :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. eh..ada letak cuka..nati edit tambah semula. Acaner lah boleh terlupa..haha

      Delete
  4. Tak pernah lagi makan atau masak ikan tenggiri masak cuka. Btw, saya ada email untuk proceed hadiah. Mungkin boleh check nanti untuk proceed next batch next week.

    ReplyDelete
  5. sedap ni yaya, shida suka ikan tenggiri ni buat sambal hehee

    ReplyDelete
  6. wah nampak mcm sedap . halal resepi ye

    ReplyDelete
Post a Comment
Previous Post Next Post