Selesai Shopping Baju Raya Di Pusat Pakaian Hari-Hari

Selesai Shopping Baju Raya Di Pusat Pakaian Hari-Hari | Mengenangkan sambutan Aidilfitri pada tahun lepas, membuatkan Yaya sedikit tidak bersemangat untuk menyediakan pesiapan untuk raya pada tahun ini. Dalam keadaan angka positif Covid 19 semakin meningkat setiap hari, Aidilfitri tahun ini nampaknya masih tidak boleh rentas negeri dan aktiviti kunjung mengunjung yang terbatas. Itu yang jadi hilang mood nak raya. 

Sebelum puasa Yaya ada bercakap dengan anak-anak, ''Abang, adik..baju raya pakai yang tahun lepas je lah ye. Baru pakai dua tiga kali, elok sangat lagi tu..''

Tapi bila Yaya mengenangkan anak-anak yang cemerlang berpuasa, mudah bangun sahur dan waktu berbuka puasa yang ditunggu-tunggu mereka. Setiap hari mereka lalui Ramadhan dengan penuh keterujaan. Sekurang-kurangnya biarlah anak-anak turut merasa perasaan kemenangan di hari raya setelah sebulan berpuasa.

Akhirnya, kami suami isteri sepakat kena cari juga baju raya untuk anak-anak. Dalam kepala dah set dah nak pergi Pusat Pakaian Hari-Hari cawangan Jalan Masjid Abidin, Kuala Terengganu. Dekat situ kebiasaannya banyak pilihan. Kawasan parking pun luas, tapi berbayarlah..yang penting dapat parking depan kedai. Tak perlu nak menapak jauh-jauh. Yaya pergi malam, bawak anak-anak berjalan siang waktu puasa ni cabaran, kan ada yang minta air. Hihi.


Banyaknya pilihan baju raya di Pusat Pakaian Hari-Hari

Sewaktu nak melangkah masuk, macam biasalah dah bersedia staff Hari-Hari berdiri menyambut kedatangan kami dengan ucapan selamat datang. Kami bagi tahu nak cari baju melayu dan terus di tunjukkan ke ruangan berkenaan.

Banyaknya Koleksi Raya Hari-Hari 2021. Jom cari baju raya untuk kaum adam dulu. Mana nak menang 3 lelaki dengan ibu sorang. Anak-anak dah excited sangat dah tu. Pilih la mana yang berkenan. Nak warna apa ikut lah. Yang penting nanti semua mesti sedondon. 

Beli baju raya di Hari-Hari


Kurta atau Baju Melayu?

Banyak pilihan untuk anak-anak dan suami. Boleh plih baju melayu ataupun kurta. Kurta pun ada banyak jenis. Ada yang kurta labuh separa lutut. Tapi tiga beranak ni berkenan dengan kurta paras punggung pulak. Aishh.. tadi masa kat rumah kata kata nak cari baju melayu. Kalau dah banyak pilihan lawa-lawa macam ni lah, rambang mata jadinya.

Lama betul la mereka memilih. Tak apalah biar dorang pilih nak pesen apa, warna apa. Baju kurta warna biru tu lawa, tapi merah pun lawa, warna gold tu pun lawa. Haish..ibu tak nak pening.  Nanti warna baju ibu follow je lah dengan warna baju yang anak-anak dah pilih.

Ada kurta jenis lengan loose, ada yang jenis berbutang. Yang pasti material kain jenis lembut, kain sejuk, tak mudah berkedut dan senang nak gosok. Koleksi baju melayu sepasang pun murah-murah, didatangkan siap dengan butang baju melayu.

Baju Kurta

Baju Raya 2021


Baju Raya Family Set

Baju Melayu Murah 2021 Online


Nak Padankan Baju Dengan Songkok Pulak...

Adik Wazif dah macam apa je tengok songkok bersusun tingi macam ni. Dia nak ambil sendiri tak sampai. Haha. Semangat tau dia cari lilitan songkok yang sedondon dengan warna baju melayu pilihan dia. Minta ayahnya ambilkan. Satu persatu dia cuba. Abang Wafiq tak nak songkok yang ada lilitan tu, lagi prefer songkok hitam kosong. 

Songkok Raya Persiapan Raya

Persiapan Baju Raya

Beli Baju Raya


Amacam, sedondon tak baju dan songkok adik Wazif? Kena mood lah tu...senyum sampai telinga.


Kain sampin pun ada


Sibuk nak mencuba sampin. Lupa ke tadi dah pilih kurta. Takkan pakai kurta pun nak pakai sampin. Haha. 

Eh, apa pulak ibu, tak kan tak tau, pakai kurta dengan seluar slack pun boleh pakai sampin tau. Yelah kan, ramai je yang pakai macam tu. Dan dan tu jugak Yaya teringat fesyen raya TMJ. 

Sampin Raya

Sampin Raya


Giliran ibu pula nak pilih baju raya

Sebelum sampai ke ruangan baju perempuan dewasa, sempat Yaya melilau mata tengok baju raya untuk anak perempuan. Ada pelbagai design dan saiz. Murah-murah, lawa, berkualiti pulak tu.  

Baju Raya Perempuan dan Kanak-Kanak Online

Bestnya ada design baju yang sedondon satu keluarga. Memudahkan kalau ada yang mencari baju melayu untuk ayah dan anak, emak dan anak perempuan pula boleh dapat warna sama. Semua dalam satu kedai.

Walaupun anak-anak dan suami Yaya pilih kurta, Alhamdulillah jumpa juga baju kurung warna sedondon dengan kurta.

Baju Raya Online

Baju Kurung 2021 Sedondon

Baju Kurung Lace 2021


Yeay, dah selesai shopping baju raya! Dapat freegift la...

Alhamdulillah, rezeki dapat beli baju raya sedondon satu keluarga di Hari-Hari. Rupa-rupanya setelah selesai buat pembayaran dapat free gift. Dapat paket raya dan woven bag. Paket raya pun  cutenya lahai..

Pusat Pakaian Rari-Hari


>> Freegift paket raya untuk pembelian RM 100 dan ke atas bermula 23 April
>> Freegift beg purple untuk pembelian RM200 dan ke atas bermula 23 April

selagi stok masih ada ye..

Harga macam mana? Mahal ke?

Bercakap mengenai harga baju raya di Pusat Pakaian Hari-Hari, serius harga sangat berbaloi dengan kualiti. Harga jauh labih murah jika nak dibadingkan dengan pasaraya lain. Bukan hanya baju raya, malahan barangan lain seperti kelengkapan sekolah pun murah. Yaya pun ada beli baju sekolah di Hari-Hari. Korang boleh tengok sendiri harga barang-barang di website Hari-Hari. Ntah nanti bukan setakat tengok harga, terus korang tersangkut shopping terus! Hihi

Bagi Yaya sekeluarga, Pusat Pakaian Hari-Hari Memang kedai pilihan kami. Di bawah satu bumbung semua keperluan ada. 


Banyaknya cawangan Hari-Hari di seluruh Malaysia!

Sekarang ada 85 cawangan pasaraya Hari-Hari.  Tak lama lagi akan akan di buka 5 lagi cawangan iaitu di Klang, Kajang, Tampin, Bukit Mertajam dan Kedah dalam tahun ini. korang boleh check di website Hari-Hari untuk check cawangan mana yang berdekatan dengan kediaman korang.


Shopping Raya 2021

Alhamdulillah..dah selesai part baju raya. Korang dah ke belum? Cepat-cepat ke cawangan Pusat Pakaian Hari-hari yang berdekatan atau korang boleh buat pembelian secara online di www.ehari.com atau Shopee Hari-Hari dan nikmati diskaun 15%.


Untuk maklumat lanjut layari:

Facebook :

Instagram : 

Pembelian atas talian di:



Yaya Azura

Yaya | Blogger Since 2010 | Email : yayaazura82@gmail.com

3 Comments

Terima kasih sudi baca. Komen membina sangat dihargai. Komen yang mengandungi 'link', menggunakan unknown profile tidak akan disiarkan. Harap maklum.

  1. Dni pun semalam shopping di pusat pakaian hari-hari. Selesai sedondon 1 family. Yeayyyy raya onzzz

    ReplyDelete
  2. Alhamdulillah. Dah beli dah lega dan selesai satu bab. Rezekia anak-anak. Raya tetap raya cuma sedari tahun lepas ketara berbeza suasananya.

    ReplyDelete
  3. best jugak macam ni, ada banyak pilihan baju raya nya..selalu kalo last minute sangat, memang ciksun cari kedai gini..

    ReplyDelete
Post a Comment
Previous Post Next Post