Jarang sekali tengok jenjuang berbunga | Pokok jenjuang sering dijadikan tanaman hiasan kerana daunnya yang cantik dan mempunyai pelbagai warna. Ada warna hijau dan merah. Yang ditanam dihalaman rumah ni jenjuang merah.
Jarang sekali Yaya nampak pokok jenjuang ni berbunga. Terus telefon mak, sebab halaman rumah mak pun banyak pokok jenjuang. Mak kata, dah selalu dah tengok pokok ni berbunga. Pulak dah..tak cakna persekitaran rupanya aku ni. Haha
Pokok jenjuang sangat mudah untuk ditanam. Pembiakan menggunakan keratan batang atau pucuk yang berdaun. Cara penjagaan pun sangat mudah kerana pokok ini sangat tahan lasak. Korang yang selalu kata tangan panas, tanam pokok selalu tak hidup, cuba mulakan dengan menanam pokok hiasan ni. Pasti hidup subur. Tak adalah korang patah semangat nak bercucuk tanam lagi. Hihi.
Cuba korang tengok kembali gambar pertama? Nampak tak pokok tinggi di celah-celah pokok jenjuag tu?
Pokok jiran sebelah. Di punya tinggi tu dah lebih kabel elektrik. Batang tak berkayu dan berbunga kuning. Apalah nama pokok ni? Ada siapa-siapa yang tahu? Nak tanya jiran tak tertanya lah pulak...
Pertama kali saya dengar pokok jenjuang dan pertama kali juga tengok bunganya. Pernah nampak pokok tinggi tu tapi sayang saya pun tak tahu namanya. huhu
ReplyDeleteMusim panas ni semua pokok nak berbunga
ReplyDeleteFirst time dengar nama pokok jenjuang. Selalu nampak tapi tak tahu nama. Rupanya pandai berbunga pokok ini ye.
ReplyDelete