Kaedah Pelaksanaan Vaksinasi Dan Langkah Berjaga-jaga | Seperti masyarakat sedia maklum, Malaysia memperoleh 66.7 juta dos vaksin COVID-19 melalui Fasiliti COVAX daripada lima pengeluar. Vaksin berkenaan ialah Pfizer-BioNTech, AstraZeneca, Sinovac, CanSinoBIO dan Sputnik V.
Tarikh serta masa untuk menerima vaksin masih tertakluk kepada fasa yang ditetapkan sebelum ini, iaitu Fasa 1 untuk petugas barisan hadapan; Fasa 2 untuk warga emas berusia 60 tahun ke atas dan individu berisiko tinggi dan Fasa 3 bagi penduduk Malaysia berusia 18 tahun ke atas.Proses Vaksinasi
Proses Pelaksanan Vaksinasi di bawah program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan merangkumi proses dari enrolmen kumpulan sasar mengikut keutamaan bagi setiap fasa yang terlibat sehinggalah pemberian dan pemantauan kesan vaksinasi.
Ia mengguna pakai aplikasi MySejahtera dan Laman Sesawang Khas atau secara manual bagi masyarakat yang tidak mempunyai akses aplikasi MySejahtera.
Kaedah Pendaftaran Vaksin Covid-19
Pemberian vaksin Covid-19 adalah secara sukarela tetapi sangat digalakkan bagi memboleh sasaran pembentukan imuniti kelompok dapat dicapai.
Pendaftaran untuk orang ramai akan bermula pada 1 Mac 2021 menerusi kaedah berikut:
1) menerusi aplikasi My Sejahtera
2) talian hotline (akan dimaklumkan)
3) program bantuan (outreach) bagi kawasan luar bandar & pedalaman
4) menerusi laman sesawang www.vaksincovid.gov.my bermula 5 Mac 2021
5) pendaftaran di fasiliti kesihatan kerajaan dan swasta
Pendaftaran Vaksin Covid-19 Menerusi aplikasi MySejahtera
5 Langkah Mudah Pendaftaran Vaksinasi MySejahtera
Temujanji Vaksinasi
Setelah membuat pendaftaran, maklumat temujanji seperti tarikh dan tempat vaksinasi akan dimaklumkan menerusi aplikasi MySejahtera, panggilan telefon atau SMS.
Langkah Berjaga-Jaga Bagi Penerimaan Vaksin Covid-19
Vaksin Covid-19 adalah selamat bagi majoriti masyarakat. Namun begitu beberapa kumpulan masyarakat memerlukan pertimbangan lanjut bagi penerimaan vaksinasi ini:
- individu dengan alahan teruk
- individu hamil dan ibu menyusu
- individu yang positif Covid-19
- individu yang mempunyai masalah sistem imun
semoga ianya sebagai asbab untuk kita kembali ke norma fitrah kehidupan azali,in shaa allah
ردحذفassalamualaikum
ردحذفsinggah selasa petang
harap semua dipermudahkan
Jom terima vaksin!
ردحذف