Cara Masak Nasi Lemak Mudah Dan Pantas Tapi Sedap!

Juadah hari ini, nasi lemak seberapa pantas. Hari ni cuti umum sempena memperingati peristiwa Israk dan Mikraj. Seharian hari ni di rumah sahaja. Semalam dalam group whastapp kelas Kafa adik Wazif uztazah dah maklum kelas Kafa akan bermula Isnin ini. 

Jadi sedang elok cuti 3 hari ni, adik kena juga siapkan kerja sekolah Kafa ustazah bagi masa Pdpr sebelum buka sekolah. Bukan salah dia pun, ibu ni hah yang tak pass homework bagi adik. Homework sekolah pagi tu pun semput duk guide dia, almaklumlah ibunya bekerja. Mujurlah siap semua kerja sekolah sebelum sekolah buka.

Abang Wafiq pula sibuk siapkan online challenge dia. Harap sempat lah siap, dapat submit sebelum dateline. Sayang kalau tak sertai, sebab minat tu ada, dia tahu buat dan dapat sijil penyertaan peringkat negeri. 

Hari ni Yaya puasa, pagi tadi budak berdua ni dah sarapan roti canai. Plan nak masak awal untuk tengah hari. Konon belah petang nak siapkan plan tergendala, nak kemas buku-buku lama dan pakaian lama masuk storage box. Tapi ni macam tak ada mood pulak nak buat semua tu. Haha.

Untuk makan tengah hari, duk fikir lah nak masak apa. Tinggal ayam je dalam peti ais. Esok Jumaat baru nak ke pasar. 

Sediakan nasi lemak dengan pantas tapi sedap

Akhirnya Yaya masak nasi lemak seberapa pantas kah kau untuk ku tunggu yang boleh. Memang pantas lah sediakan nasi lemak ni. Cuma tinggal masak nasi, rebus telur dan goreng ayam. Sambal dah ada, bilis goreng pun dah ada. Mudah kerja ibu.

Yaya ni tak reti nak masak sambal nasi lemak sikit-sikit. Mesti akan jadi banyak juga cukup untuk 2 kali hidangan, itu pun ada yang lebih. Tapi buat untuk dua kali makan je lah. Setiap kali masak sambal nasi lemak, Yaya akan bekukan sebahagian sambal. Simpan dalam deep freezer memang tahan. 

Tapi sambal tu tak adalah simpan berbulan. Dalam dua minggu dah rotate sarapan nasi lemak. Ikan bilis tu pula sekali goreng memang goreng banyak terus. Senang kalau nak guna bilis goreng, dah tersedia.


nasi lemak simple, mudah dan sedap
Ini kalau ada kacang tanah goreng dan kangkung celur lagi sedap ni.


Rahsia sambal nasi lemak bertambah sedap

Seronok tengok suami dan anak makan bertambah-tambah. Bercakap pasal sambal nasi lemak ni kan..sebelum ni lain cara Yaya masak sambal. Selepas tengok video Che Nom, Yaya ikut cara dia. Che Nom tambah dalam segenggam ikan bilis ke dalam blender. Sebelum tu kisar dulu bawang, selepas tu masukkan ikan bilis dan kisar kasar. Wallaweh..sedap betul.

Bawang hiris tak dapat nak letak, si abang Wazif tu bukan boleh nampak bawang dalam makanan. Bawang hiris ke, bawang dadu ke, semua dia kais letak tepi. Sebelum ibu geram tengok dia kais mengais baik tak payah letak. Hihi..

Tapi itulah..kadang geram jugak, nak masak mee, nasi goreng semua nak kena blend. Kadang kalau tak teringat dah habis tok bawang mesin,  subuh hari dah bising duk blend bawang nak siapkan bekal sekolah. Maaflah jiran tetangga. Hihi

Untuk buka puasa nak makan apa ye? Nasi lemak je lah..nak keluar cari makan pun malas. Tapi si adik duk berzikir dari petang semalam lagi nak makan Pizza...hmmm...


Resipi nasi lemak simple dan sedap

Bahan-bahan untuk nasi:

  • 1 kotak kecil santan
  • 1 inci halia dihiris
  • 3 pot beras
  • 2 helai daun pandan
  • sedikit garam kasar

Bahan-bahan untuk sambal nasi lemak:

  • 1 labu bawang besar - dikisar
  • 2 biji bawang merah - dikisar
  • 3 ulas bawang putih - dikisar
  • 2 inci halia - dikisar
  • segenggam ikan bilis - dikisar
  • 3 sudu besar cili boh
  • gula melaka secukupnya
  • air asam jawa @ 1 sudu kecil pes asam jawa
  • garam
  • minyak untuk menumis
  • air seckupnya

Bahan-bahan tambahan:

  • Telur rebus
  • Timun
  • Kacang tanah goreng
  • Ikan bilis goreng

Cara-cara masak nasi lemak :

  1. Bilas beras sehinga air beras jernih. 
  2. Masukkan air seperti tanak nasi biasa.
  3. Masukkan halia, garam, santan dan daun pandan.
  4. Tanak nasi seperti biasa.

Cara-cara masak sambal nasi lemak :

  1. Tumis bahan-bahan yang telah dikisar. Biarkan kering sikit.
  2. Masukkan cili boh. Tumis sampai sambal berwarna merah gelap dan pecah minyak.
  3. Bila sambal dah kering, tambah sedikit air dan masak lagi sehingga kering.
  4. Ulang proses minimum sebanyak tiga kali untuk pastikan bawang dan cili betul-betul masak.
  5. Masukkan air asam jawa, gula melaka sedikit demi sedikit.
  6. Masukkan sedikit air supaya gula melaka senang cair.
  7. Perasakan dengan garam.


Sekian resipi nasi lemak paling simple. Selamat mencuba!
Yaya Azura

Yaya | Blogger Since 2010 | Email : yayaazura82@gmail.com

3 Comments

Terima kasih sudi baca. Komen membina sangat dihargai. Komen yang mengandungi 'link', menggunakan unknown profile tidak akan disiarkan. Harap maklum.

  1. Samalah anak-anak saya, mesti kuis bawang kalau terjumpa dalam pinggan. Tu pasal kalau masak lauk, tumbuk halus atau kisar saja segala bawang.

    ReplyDelete
Post a Comment
Previous Post Next Post