Sedapnya Nabila Razali Nyanyi Lagu Peluang Kedua Masa Rehearsal | AJL35 yaya tengok dari awal sampai habis. Tapi jujur tak ada feel mana sebab tengok sorang-sorang. Suami memang tak layan lah rancangan nyanyi-nyanyi ni. Anak-anak lagi lah..kecik lagi.
Teringat dulu-dulu masa muda remaja, satu rumah layan Anugerah Juara Lagu. Yaya rasa satu kampung kut tertunggu-tunggu AJL. Haha. Jalan raya pun boleh lengang. Arwah ayah tiba jer balik kerja awal, nak tengok AJL katanya sebab ada Siti Nurhaliza. Haha. Mak pula memang sejenis mak yang suka merai. Hihi. Pantang ahli keluarga berkumpul mengadap tv mesti ada juadah. Kalau ada game bola pun mak buat makanan. Makan mee rebus tengok bola. Hihi..Indahnya memori dulu-dulu....
Tapi berjodoh pula dengan encik suami romantik tapi layan lagu heavy metal dan tak minat bola. Hahaha..
Yaya berharap Semalam dari Aina Abdul merangkul juara AJL35. Tapi dah rezeki lagu Gila...gila betul. Haha. Begitulah, setiap lagu ada kekuatan tersendiri.
Berbalik pada kisah Nabila dengan Peluang Kedua, jujur Yaya terletak tangan didada. Berdebar tengok dia menyanyi. Ye lah, kita tau kisah dia Nabila Razali terkucil sebelum ni kan..jadi memang berdebar. Akhirnya rasa tak sedap hati tu terjadi juga.
Ya Allah masa tu kat Twitter bukan main lagi netizen. Terus trending! #AJL35 pun jatuh nombor dua. Macam mana lah perasaan dia kan.
Tapi kalau korang dengar Nabila nyanyi masa rehearsal, sedap sangat weh. Tenang je dia menyanyi. Sedap sungguh suara dia. Bagi Yaya, Peluang Kedua masa rehearsal ni lagi sedap dari Hael nyanyi masa separuh akhir AJL. Hihi..
Betul lah kata Hael,
Peluang Kedua dilahirkan untuk Nabila dan bersifat 'Nabila Razali'
Bangga dengan Nabila. Tabah dan kuat semangat. Dengan segala kritikan netizen sebelum AJL, bukan senang tau nak berdiri di atas pentas yang gah. Memang nampak dia gemuruh masa perform. Tekanan kiri kanan weh.. kalau terjadi kesilapan memang teruklah dia akan kena. Dia dah cuba yang terbaik tapi terjadi juga. Nak buat macam mana dah. Yang mengecam macam dah tak ingat bahawasanya ada alam lain selepas alam dunia ni. Geram pulak kita..
Tengok Instagram Nabila, ramai rakan artis memberi komen penuh semangat dan dorongan. Macam tu lah adab berkawan satu arena. Saling menyokong.
For Nabila, good luck with your future endeavors!
kebetulan tgh dengar peluang kedua ni.. tapi versi hanbyul.. sedap giler
ReplyDeleteSuara Nabilla memang sedap. Maybe dia nervous sangat. Sian kat dia bila baca komen2 netizen. Moga dia kuat dan come back stronger :)
ReplyDeletePC selalu fikir macam ni... sangat ramai orang yang berjaya hari ini yang mereka satu masa dulu pernah gagal dan dikritik teruk. Dengan syarat bangkit cepat-cepat, belajar lagi dan mulakan semula.
ReplyDeleteKesian Kak Nab mental dikecam netizen
ReplyDeleteDah tgk you tube yg ni..mmg sedap yg rehearsal punya versi. rasanya masa live ahad lepas, NR ni tertekan sebab dia tahu ramai duk kecam dia. so dia terlampau fokus + nervous..
ReplyDelete