30 Top Malaysia Lifestyle Blogger 2021

30 Top Malaysia Lifestyle Blogger 2021 | Setiap blogger pasti ada ada niche atau topik khusus tersendiri. Niche blog yang dipilih selalunya berdasarkan minat blogger tersebut. Ada yang suka travel. Maka penulisan beliau pasti majoriti perkongsian mengenai travel. Blogger masakan pula sah-sah kita tahu memang suka memasak dan berkongsi resepi di blog.

Takkan lah kita nak menulis mengenai sesuatu yang kita tak minat. Contohnya nak buat blog dan menulis mengenai review game. Tapi game pun tak minat. Tak perlu paksa diri untuk bermain game semata-mata untuk content. Memang tak lama lah macam tu. Menulis dari hati barulah sedap dibaca.

Buat perkara yang kita suka. Pasti enjoy!

Macam blog Yaya ni hah. Awalnya memang banyak perkongsian mengenai anak-anak. Kemudian ada tambah beberapa niche seperti resepi, lepas tu mengenai travel pun ada.

Bila dah bercampur beberapa niche ni, dia jadi satu niche khas tau. Lifestyle blogger namanya..semua benda dia nak cerita. Hahaha..  


A lifestyle blogger creates content inspired and curated by their personal interests and daily activities. Lifestyle bloggers share a broad variety of content centered around and inspired by their personal lives — most notably family, home, travel, beauty, food, recipes, fashion, makeup, design and decor.


Yaya akan senaraikan blogger Malaysia 2021 yang terbaik, blogger yang aktif dan famous di Malaysia. Senarai ini untuk lifestyle blogger jer tau. Kiranya senarai di bawah ni merupakan blogger  top Malaysia lifestyle blogger yang terkenal dan Yaya ikuti blog mereka.


Blogger terkenal Malaysia 2021


30 Top Malaysia Lifestyle Blogger 2021

#1. Yaya Azura - www.yayaazura.com

Senarai pertama haruslah blog sendiri. Yaya mula berblog pada Jan 2010. Suka berkongsi pelbagai info parenting, tips danjuga resepi. Pada mulanya blog adalah diari menceritakan hal anak-anak namun dalam 2 tahun kebelakangan ini Yaya mula menjadikanblog sebagai medium untuk menambah pendapatan.

#2. Siti Awadah - www.sishawa.com

Sis Awa mula berblog pada 2017. Blogger famous Malaysia ini banyak berkongsi pelbagai maklumat termasuklah lifestyle, parenting dan ilmu blogging. Ibu kepada 6 anak. Suka kongsi pelbagai info dan panduan sebagai rujukan

#3. Eyqa Hasnan - www.eyqahasnan.com

Eyqa dari Terengganu mula berblog 11 tahun yang lepas. Blog niche lifestyle, tips dan personal. Berkeyakinan dalam pelbagai bentuk untuk membina networking bersama.

#4. Ciktom - www.ciktom.com

Pengalaman dalam dunia blog selama 11 tahun. Blog Ciktom banyak berkongsi kisah lifestyle, parenting dan tips. Blog Ciktom ni banyak juga berkongsi tutorial mengenai blog.

#5. Ardini Humaira - www.ilhamdini.com

Blogger Ardini mula berblog pada 13 tahun yang lepas, bermula pada tahun 2008. Blog lifestyle, beauty, parenting, personal, tips, review dan masakan.

#6. Azlinda - www.azlindaalin.com

Mula berblog pada tahun 2012. Merupakan lifestyle blogger yang suka menulis tentang dekorasi rumah, make over rumah, travel, masak-masak, pengalaman yang pelbagai aspek'

#7. Nabiha Mohd Mashut (Bie Mohd) - http://www.nabihamashut.com

Pengalaman selama 14 tahun, bermula 2006. Blog Islamic Fashion & Parenting Lifestyle sebagai Wanita bekerjaya dan ibu kepada 3 orang anak yang suka berkongsi aktiviti DIY, fesyen dan aktiviti kekeluargaan sebagai panduan ibu moden masakini yang selalu meletakkan "Family First" dalam hidup dan kekal cantik bergaya dalam apa jua keadaan.

#8. Fuzy Rahamah Hamid - www.iamfuzy.com

Telah berpengalaman selama 15 tahun bermula 2006. Lifestyle blog berkongsi pelbagai cerita tentang kerjaya, keluarga dan masakan.

#9. Alia Farhan - www.aliafarhan.com

Alia telah berblog selama 13 tahun bermula 2008. Lifestyle blog. Sharing about everything from cooking, parenting, travelling, deco and DIY.

#10. Wan Rokiah (Wawa) - www.mommywawa.com

Blog Mommy Wawa berkisar mengenai lifestyle, parenting, personal tips, tips kesihatan dan kecantikan.

#11. Chaza Xiaojie - www.cxopportunities.com

Lebih dikenali dengan panggilan Cx. Mula berblog pada Jun 2011.Blog Lifestyle, parenting, food, beauty. Suka berkongsi pengalaman hidup, resipi, keluarga dan tips kesihatan. Kini minat tertumpu kepada photografi. Suka ambil gambar cantik-cantik agar orang suka tengok hasil kita dan boleh kongsi di blog sendiri. Cx juga berkongsi review produk dan drama juga filem.

#12. Bonde Zaidalifah - www.bondezaidalifah.com

Bonde telah berpengalaman selama11 tahun, bermula 2010. Blog mengenai lifestyle ,travel, resepi, review novel, review drama dan review produk.

#13. Sii Nurul - www.siinurul.com

Pengalaman dalam dunian blog selama 6 tahun bermula 2015. Blog perkongsian lifestyle, blogging, tips dan panduan kerjaya, review dan pengalaman hidup

#14. Meksah - www.meksah.com

Mula berkecimpung dengan dunia blog 8 bulan, bermula 2020. Lifestyle blog, berkongsi pengalaman dan informasi. Ibu kepada seorang anak Lelaki berumur 3tahun.

#15. Messarah - www.messarah.com

Mula berblog pada 2013. Seorang peminat tegar local skincare (#supportlocal) berumur 20an yang suka menulis tentang skincare tips (beauty), banyak menghabiskan masanya di Twitter, gemar menonton Netflix dan anime, dan adakala berkongsi hasil lukisannya di instagram @/saraewyd. Pernah berkongsi pengalaman belajar di universiti, bekerja di kafe, panduan membeli-belah dan sebagainya.

#16. Abang Rock - https://www.abangrock.com

Berblog pada 4 tahun yang lepas, bermula Mei 2017. Blog lifestyle dari pandangan seorang lelaki dan suami. Berkongsi kisah semasa dan panduan tentang kehidupan, gaya hidup lelaki, perhubungan dan perkara berkaitan Islam

#17. Marina Bashah - www.marinabashah.com

Mula bergiat aktif 2 tahun yang lepas, pada tahun 2019. Lifestyle, parenting, food, beauty, hotel, travel. seorang wanita yang bekerjaya. kerja hakiki kadang kala kena travel. Alang-alang travel pergilah bercuti sekali dan share tempat makan, hotel dan tempat bercuti.

#18. Rozita - www.ceritaita.com

Telah berpengalaman selama 13 tahun, bermula pada tahun 2008. Blog lifestyle. Banyak cerita pasal personal life, kisah anak-anak, pendapat tentang isu semasa, tempat bercuti, kisah masakan dan resepi, kerjaya, dan petua

#19. Fadzi Razak - www.fadzirazak.com

Pengalaman selama 6 tahun, bermula 2014. Blog Malaysian Family Lifestyle termasuk tentang kekeluargaan, parenting, resipi, travel, organization, how to, tips dan review.

#20. Zati Salim - www.zatisalim.com

Mula berblog pada 10 tahun yang lepas,bermula Disember 2011. Blog lifestyle , berkongsi tentang isu semasa, tips, resepi dan tutorial blog.

#21. Hawa Hassan - www.hawahassan.com

Telah berblog selama 3 tahun, bermula 2018. Blog lifestyle. Suka kongsi tentang susun atur, projek DIY, aktiviti berkebun, resipi mudah serta pelbagai tips dan panduan kehidupan.

#22. Eswati Azni - http://modernmumthingy.com

Berpengalaman selama 4 tahun bermula pasa tahun 2017. Merupakan blogger Lifestyle, Travel, kesihatan, beauty dan drama

#23. Bonda Chanteq - www.bondachanteq.com

Mula menulis pada  Mac 2018. Blog Lifestyle, info kesihatan, tips, resepi dan kisah benar.

#24. Aida Hanafiah - https://www.adianiez.com


Aida berpengalaman selaama 11 tahun 9 bulan dalam dunia blog. Blog tentang kehidupan, kesihatan, makanan, keluarga dan hobi. Tidak kurang juga menulis tentang dekorasi rumah, berkebun dan percutian.

#25. Norhana Rosmida - www.hannamaruku.com

Telah berpengalaman selama 14 tahun, semenjak 2017. Ibu kepada 2 orang anak, sorang HR practitioner di pejabat dan part time blogger. Hobi suka menulis dari zaman University dan banyak blog pasal resipi, travel dan anak-anak. Seorang Young Living Distributor juga, suka share pasal pengalaman sendiri guna natural remedies untuk wellness anak-anak.

#26. Sharina (opzzpinky) - opzzpinky.com

Pengalaman blog selama 11 tahun, bermula September 2010. Ibu kepada sepasang anak, Edan dan Eshal, Dahulu blog tempat meluah, sekarang jadi tempat mengaut rezeki. Alhamdulilah. Merupakan lifesytle blogger, berkongsi ilmu, pengalaman dan pelbagai tips.

#27. Zaza Azman - www.zazaazman8.com

Mula berblog pada Jan 2020. Dikenali sebagai Mama Monsta. Blog berbahasa Inggeris. Gemar berkongsi resipi simple, tempat makan yang menarik. Suka review barang kecantikan dan kesihatan. Suka share pasal hal anak-anak, general knowledge dan tips. Blog niche lifestyle, parenting, beauty and food.

#28. Azhafizah - www.azhafizah.com

Telah berpengalaman selama 12 tahun dalam dunia blogging, bermula pada Nov 2009. Perkongsian resepi mudah dan enak masak cara tersendiri. Terdapat juga tip-tip dan petua masakan yang boleh diguna pakai. Resepi tidak terhad pada resepi sendiri, ada juga perkongsian masakan orang lain.

#29. Bella Jamal - www.bellajamal.com

Pengalaman selama5 tahun, bermula April 2016. Writes about a wide variety of reviews and information about food, pet and travel. Product reviews are provided for the public to read about and you can check out some tips from the homecooking recipes.

#30. Abam Kie - www.zukidin.com

Merupakan blogger lifestyle dan personal yang berasal dari Kelantan.


Sekian senarai 30 blogger lifestyle di Malaysia. Yang tak tersenarai jangan berkecil hati.  Sebenarnya ramai sangat blogger lifestyle yang hebat-hebat di Malaysia ni. 

Apalagi, blogwalk lah ke blog-blog yang tersenarai di atas. Boleh follow blog mereka semua. Pasti info yang dikongsikan memberi manfaat.



Yaya Azura

Yaya | Blogger Since 2010 | Email : yayaazura82@gmail.com

4 تعليقات

Terima kasih sudi baca. Komen membina sangat dihargai. Komen yang mengandungi 'link', menggunakan unknown profile tidak akan disiarkan. Harap maklum.

إرسال تعليق
أحدث أقدم