Tinggal ku sendiri dengan seribu calar ungu | Letak tajuk dengan sebaris ayat macam tu mesti ramai yang tahu itu lirik lagu apa. Lagu berjudul 'Semalam' nyanyian Aina Abdul ni betul-betul menusuk jantung. Sebak bila dengar lagu ni walau tak ada kena mengena dengan hidup ini. Rasa sakit amat walau tak berdarah.
Malam ni Yaya buka youtube, nak tengok react di channel Yazik Reaction. Tapi tiba-tiba pula teringat Yazik pernah react lagu Aina, itu yang jadi terus search lagu Sumpah Aina Abdul.
Setiap lirik memberi maksud yang sangat mendalam....
Terbayang-bayang penderitaan seorang wanita/isteri. Penderitaan yang tak tertanggung, cuba untuk menjauhkan diri, namun langkah terhenti memikirkan nasib anak (jasad). Tapi akhirnya ditinggalkan suami dengan seribu calar ungu yang membawa maksud kesan lebam akibat dipukul atau perasaan isteri yang kecewa.
Lirik Lagu Semalam - Aina Abdul
Komposer: Aina Abdul Lirik: Aina Abdul Penyanyi: Aina Abdul
Semalam
Diri ini bagai daun gugur
Lemah tak berkaki tak dipeduli
Terus engkau pergi tinggalku sendiri
Ditemani jasad ini
Berkali kali ku cuba
Untuk pergi jauh darimu
Setiap langkah ku terhenti
Kerna jasad ini
Engkau pergi jua
Tinggal ku sendiri
Dengan seribu calar ungu
Semalam
Diri ini bagai daun gugur
Lemah tak berkaki tak disayangi
Terus engkau pergi biar ku sendiri
Hilang sepi tak berbunyi
Berkali kali ku cuba
Untuk pergi jauh darimu
Setiap langkah ku terhenti
Kerna jasad ini
Engkau pergi jua
Tinggal ku sendiri
Dengan seribu calar ungu
Mana pergi janji dulu
Mana cinta sayangmu
Mana semua itu
Ohhh mana pergi janji dulu
Mana cinta sayangmu..uhhuuuu
Berkali kali ku cuba
Untuk pergi jauh darimu
Setiap langkah ku terhenti
Kerna jasad ini
Engkau pergi jua
Tinggal ku sendiri
Dengan seribu calar ungu
Yaya doakan kepada ibu tunggal di luar sana, semoga anda semua terus tabah. Kuatkan diri demi diri dan anak-anak. Insya Allah pelangi indah akan menyusul kerana semua orang berhak untuk merasa bahagia.