26 Best Mommy Blogger Malaysia 2021 | Kali ini Yaya nak senaraikan 26 best mommy blogger yang Yaya ikuti blog mereka. Di kalangan mereka ada yang menjadi suri rumah sepenuh masa. Ada juga yang bekerja di pejabat. Namun kerana minat terhadap dunia penulisan, masa kami diselitkan juga dengan menulis melalui medium blog.
Yaya sendiri mula menulis blog pada 11 tahun yang lepas. Ketika yaya buat blog, usia anak sulung genap 6 bulan. Masih terkenang bagaimana Yaya membuat sendiri blog, menerokai setiap inci blogspot satu persatu. Melalui fasa turun naik dunia blogging. Setelah hampir sedekad barulah Yaya mula membuat kelainan.
Sendiri tak menyangka, www.yayaazura.com yang dahulunya hanya berkongsi kisah anak-anak, kisah keluarga kecil kami dan kini hampir dua tahun yaya mula menjadikan blog sebagai medium untuk menambah pendapatan.
Mula mencipta 'network', mengenali rakan blogger walau hanya di dunia maya. Berkongsi idea dan saling membantu. Manjadi ibu, blogger dan bekerja di pejabat bukanlah sesuatu yang mudah. Jadi kali ini yaya nak berkongsi 26 blog yang dimiliki oleh mommy-mommy hebat yang semangat juang mereka sentiasa menjadi pembakar semangat untuk Yaya kekal menulis.
26 Best Mommy Blogger Popular Malaysia 2021
Usia blog: 4 tahun, bermula 2017
Ibu kepada 6 anak. Surirumah sepenuh masa, jana income dengan Adsense.
#2. Ardini Humaira - www.ilhamdini.com
Usia blog: 13 tahun, bermula 2008
Ibu kepada 2orang cahaya mata, keguguran 5x, berhenti kerja untuk keluarga ketika mengandung anak kedua (selepas 5x keguguran), minat menulis sejak zaman sekolah. Buat blog sekadar suka suka macam diari awal 2008, serius berkecimpung dalam bidang blogger sejak 2010.
#3. Nabiha Mohd Mashut - www.biemohd.com
Usia blog: 14 tahun, bermula 2006
Blog ini bermula dengan perkongsian sebagai BRIDE-TO-BE, hingga MAMA-TO-BE kepada 3 orang cahaya mata yang masih suka dengan aktiviti DIY bersama keluarga dan anak-anak untuk menjimatkan kos. Sekaligus memberikan inspirasi kepada ibu bapa diluar sana yang sedang mencari idea untuk aktiviti DIY (hari jadi, akikah,dll) untuk anak-anak mereka.
#4. Mrs Pip - www.mrspip.com
Usia blog: 6 tahun, Bermula 2015
Ibu kepada 3 anak, surirumah sepenuh masa, suka layan KDrama, berhenti kerja untuk jaga anak sejak tahun 2013.
#5. Lea Razali - www.eksplorasilea.com
Usia blog: 7 tahun, bermula 2013
Ibu kepada 2 orang anak,suri rumah dan mula ingin jana pendapatan melalui blog. Blog perkongsi resipi, travelog, info-info kesihatan dan panduan blog
#6. Azlinda - www.azlindaalin.com
Usia blog: 8 tahun, bermula 2012
Mummy kepada 3 orang anak. Bekerjaya sebagai financial consultant AIA, business online dan menulis blog sebagai hobi. Seorang yang pentingkan keluarga, gemar habis kan masa lapang denganaktiviti bersama keluarga
#7. Fuzy Rahamah Hamid - www.iamfuzy.com
Usia blog: 15 tahun, bermula 2006
Umi kepada 6 anak, surirumah sepenuh masa, mulanya menulis di blog sebagai diari berkongsi pelbagai cerita, kisah kehamilan, tugas sebagai agen pelancongan, resepi masakan dan mengambil upah sebagai penulis upahan, penulis konten dan pegawai media sosial (PMS)
#8. Mamy Syu - www.annursyuhadah.com
Usia blog: 8 tahun bermula 2012
Mamy Syu merupakan Mommy Blogger Malaysia. Ibu kepada 3 orang anak. Naufal, Nufael dan Hawraa. Syu berkongsi pengalaman menjaga anak sendirian kerana PJJ dengan suami.
Tak lokek berkongsi tip penyusuan susu badan,review,resepi serta lifestyle suami isteri jarak jauh. (PJJ selama 9 tahun)
#9. Alia Farhan Said - www.aliafarhan.com
Usia blog: 13 tahun bermula 2008
Mom of 2 princesses... Love cooking.. Travelling.. Mula berblog utk suka2.. Meluahkan perasaan n stress masa belajar dulu2
#10. Wan Rokiah (Wawa) - www.mommywawa.com
Usia blog: 8 Bulan bermula May 2020
Ibu kepada seorang anak. Surirumah sepenuh masa, dalam masa yang sama jana income bersama shaklee dan adsense.Juga seorang youtuber @wanrokiahwanismail & @vitaminwawa.
#11. Chaza Xiaojie - www.cxopportunities.com
Usia blog: 10 Tahun, June 2011
Mak kepada tiga orang anak. Mommy blogger sepenuh masa. Suka sangat menulis sejak kecil. Azam sejak muda untuk dapat bekerja dari rumah sambil mendidik sendiri anak membaca dan mengaji
#12. Nurul Aleya - www.apakatamommy.com
Usia blog: 10 bulan - bermula March 2020
Mommy kepada seorang anak. Sebenarnya sudah lama jadi blogger, 10 Tahun yang lepas dengan blog www.secantikmanis.com. Selepas tamat pengajian, mula bekerja blog pun semakin tertinggal. Tetapi minat menulis sentiasa ada, cuma tiada masa. Bila mula berpindah ke Jb, terus join jdt blogger dan buat blog baru. start baru dengan niche lebih kepada mommy blogger dan resepi.
#13. Nora (Izarra) - www.ummizarra.com
Usia blog: 13 tahun, bermula 2008
Mak kepada 3 orang cahaya mata. Bekerja di sektor kerajaan (sekolah), asal ada blog suka2 update kisah peribadi, madah, dan macam dairy, dan sekarang banyak entri pelbagai perkongsian.
Dulu aktif join event tapi bila dah berpindah blog pun kurang update sebab masih sayang pada blog maka masih ada www.ummizarra.com
#14. Ciktom - www.ciktom.com
Usia blog: 11 tahun, bermula 2010
Ibu kepada sepasang cahaya mata. fulltime mommy blogger. awal berblog byk share tips, tutorial blogging & cara buat duit online. sekarang lebih banyak create awareness pasal parenting,homeschooling & emas sebagai hobi 😂
#15. Rozita - www.ceritaita.com
Usia blog: 13 tahun, bermula 2008
Ibu kepada 5 orang anak, 4 lelaki 1 perempuan, kerja sebagai pegawai veterinar di sektor kerajaan, suka membaca dan menulis sejak dari zaman sekolah, menulis blog bermula sebagai hobi, menulis semua cerita pengalaman hidup, kisah suka memasak dan mencuba resepi baru, pengalaman membesarkan anak-anak terutamanya melibatkan penyusuan susu ibu dan penyakit yang dihadapi anak anak, suka juga berkongsi kisah travel dengan perkongsian tempat yang diinap semasa bercuti, tempat makan best dan tempat menarik untuk dikunjungi.
#16. Bonde Zaidalifah - www.bondezaidalifah.com
Usia blog: 11 tahun, bermula 2010
Bonde kepada seorang puteri, Menulis Blog adalah separuh masa mengenai lifestyle travel, resepi, review novel, review drama, review produk kecantikan dan produk kesihatan dan juga fesyen
#17. Meksah - www.meksah.com
Usia blog: 8 bulan, bermula 2020
Ibu kepada seorang anak lelaki berumur 3 tahun. Kerjaya di Sektor Swasta bidang Essential Services. Mula membina Blog Jun 2020 untuk berkongsi informasi dan pengalaman.
#18. Fadzi Razak - www.fadzirazak.com
Blog Malaysian Family Lifestyle termasuk tentang kekeluargaan, parenting, resipi, travel, organization, how to, tips dan review.
#19. Maesarah - www.mysarahstories.com
Usia blog: 13 tahun, bermula 2007
Mama anak 3. Asal menulis blog sekadar suka suka dan update tentang penyusuan anak, then jadi blog bisnes kejap. Pastu sharing tentang aktiviti seharian dan sekolah
#20. Atul Hamid - www.atulhamid.com
Usia blog: 5 tahun, bermula Sept 2016
Merupakan Ibu kepada sepasang cahaya mata. Perkongsian blog mengandungi topik berkaitan business, kecantikan, kesihatan, lifestyle, dan personal.
#21. Zaza Azman - www.zazaazman8.com
Usia blog: 1 tahun, bermula Jan 2020
Kembali berblog setelah 12 tahun berhenti. Mengguna samaran sebagai Mama monsta, mama utk sepasang anak2 monsta comel. Full Time housewife, part time blogger. Blog berbahasa Inggeris. Blog lifestyle yg mengisarkan perkembangan anak2
#22. Marina Bashah - www.marinabashah.com
Usia blog: 2 tahun, Feb 2019
Ibu berkerjaya kepada 3 anak dara. Selalu kongsi mengenai persekolahan anak. Tentang program sekolah anak, aktiviti pembelajaran di rumah dan kelas online yang dihadiri oleh anak-anak
#23. Aida Hanafiah - www.adianiez.com
Usia blog: 11 tahun 9 bulan
Ibu kepada 3 orang anak yang sempurna. Bekerja sepenuh masa. Menulis blog secara separuh masa untuk berkongsi kisah hidup berkeluarga, aktiviti keluarga, bercuti ke sana ke sini, dekorasi dan susun atur rumah serta isu semasa. Suka menulis blog kerana ia satu cara meluahkan rasa dan idea dari kacamata seorang wanita, ibu dan isteri.
#24. Siti Rohaida - www.kisahsidairy.com
Usia blog: 11 tahun bermula 2010
Ibu kepada 2 orang anak perempuan, berkongsi cerita tentang kekeluargaan, kecantikan dan apa jua yang rasa ingin dikongsi.Menjadikan blog sebagai sumber pendapatan sampingan yang paling disukai.
#25. Norhana Rosmida - www.hannamaruku.com
Usia blog: 14 tahun, bermula 2017
Ibu kepada 2 orang anak, sorang HR practitioner di pejabat dan part time blogger. Hobi suka menulis dari zaman University dan banyak blog pasal resipi, travel dan anak-anak. Seorang Young Living Distributor juga, suka share pasal pengalaman sendiri guna natural remedies untuk wellness anak-anak.
terima kasih yaya ada nama blog sis di situ. terus menulis yaya!! kipidap dan moga terus sukses, aamiin
ReplyDeleteWow hebat list Mommy Blogger. terbaik..
ReplyDeletehebat2 smuanya..:)
ReplyDeleteTahniahh semuaa
ReplyDeleteTahniah yaya. Semua blog nie memang best :)
ReplyDeleteTahniah yaya. Semua blog nie memang best :)
ReplyDeletehi Yaya...akak singgah petang kat sini
ReplyDeletewahhh..ada yang dah lama dalam dunia blog..ada yang baru..tapi semua hebat2..
ReplyDeletehttps://thepicisanguyblog.blogspot.com/ hye im new here :)
ReplyDelete