Nametag dah ada tapi | Minggu ni anak-anak dah mula belajar online. Kelas akademik, kelas KAFA dan juga kelas taekwondo semuanya secara online. Pelaksanaan Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR) tahun ini berbeza sedikit dibandingkan tahun lepas. Tahun lepas guna Whatsapp je, tapi tahun ni tambah lagi satu, Telegram. Pening kepala mak, banyak group, banyak channel, sekejap Google Clasroom, sekejap Google Meet. Nak tak nak kena hadap juga lah ye norma pembelajaran serba baharu ni.
Semalam cikgu kelas luah perasaan betapa kecewanya ada pelajar yang tak hantar kerja sekolah untuk sekian-sekian subjek. Anak Yaya lah salah seorang tak hantar kerja sekolah pendidikan seni. Untuk subjek PSV ni biasalah si Wafiq tu, kedian sekali lah dia buat..sempat melukis je, belum apply beberapa teknik yang perlu ada pada lukisan tu. Teknik gosokan, tenik kolaj macam tu lah.
Kesian dan sedih juga bila cikgu luah macam tu kan. Pagi ni Wafiq baru je selesai Google Meet untuk subjek Sains. Sekarang paksa juga dia siapkan PSV tu. Kami ni ibu bapa yang bekerja walaupun PKP. Kalau PdPR sebelum ni, Yaya listkan semua kerja sekolah anak-anak. Mana kerja sekolah yang mudah mcam kuiz online anak-anak akan selesaikan dengan segera. Kalau yang payah nak buat, nak kena bimbingan dari ibu bapa juga. Nak tak nak anak kena tunggu malam atau hujung minggu baru dapat selesaikan semua kerja sekolah. Kami hantar juga walaupun lambat, tapi memang akan dipastikan sebelum masuk minggu baru semua kerja sekolah dah selesai
Laporan Pengajaran Sebelum 6 Petang
Cikgu kena hantar laporan pengajaran sebelum 6 petang setiap hari. Itu yang cikgu kelas bagi tahu bila pelajar tak hantar kerja sekolah. Maknanya, untuk kelas pada hari tersebut kena selesaikan juga latihan dan hantar segera.
Pening dah dengar statement cikgu.
Yes, pening-pening pun kena hadap juga, walaupun balik kerja jam 6 baru sampai rumah. Untuk darjah 2 tak ada pula cikgu bagi tau kena hantar segera. Ni Wafiq darjah 6 begitu lah rules nya.. pelajar yang akan UPSR agaknya.
Positif, Positif
Cikgu kata, ambil 'positif' dengan perasan kecewa seorang guru dan nanti hasilnya akan 'positif' juga. Cikgu kata kalau begini sikap anak murid jangan persalahkan guru kerana mereka bekerja lebih dari biasa untuk sesuaikan keadaan dengan kaedah pengajaran baru ni.
Yaya setuju semua apa cikgu tu.
Yaya dan suami sebagai ibu bapa pun cuba atasi segala halangan sepanjang belajar online ni. Payah memang payah. Bayangkan nak monitor anak-anak dari tempat kerja. Dugaan lain tak payah cerita panjang lah, ramai je ibu bapa lain ada masalah kan. Kalau nak cerita susah payah ibu bapa, nanti sikit-sikit perasaan negatif tu menjelma. Kita elak segala halangan, tak mampu nak elak telan pelan-pelan untuk kemajuan anak-anak juga. Fuhhhh...
Sebelum Covid-19 ni menyerang pun, kami bukan jenis lepas tangan dengan hal sekolah anak-anak. Setiap malam teman buat kerja sekolah. Setiap akhir tahun dah belikan buku latihan tambahan untuk semua mata pelajaran tahun depan. Kami juga belajar dulu sebelum mengajar anak-anak. Anak-anak sekolah rendah boleh lah mak pak ni cari ilmu online. Kalau dah sekolah menengah dorang belajar apa pun kita tak paham mana dah.
Kami pun bekerja lebih dari biasa.
Sama-sama kita ambil peranan, semoga proses pembelajaran di rumah berjalan lancar. Semoga semua pihak tak terasa payahnya. Semoga semua pihak dapat manfaatnya. Untuk kejayaan anak bangsa juga.
Baju sekolah dah ada, kasut sekolah pun dah ada, ni nametag dah sampai. Nametag sulam ni buat kat Shopee je..kemas kan font dan jahitan tu. Ada dua jenis, jenis kena jahit dan satu lagi yang guna gam.
Tapi bila sekolah nak buka? Jujur mak gerun dengan jumlah mereka yang positf covid mencecah dua angka setiap hari suatu ketika dulu. Ni 4 angka lagi la...
Pdpr mmg mencabar..shida pn duk tgk anak buah buat keje skolah. Nasib jenis berdikari..
ReplyDeletewafiq ke wazif ke? terkonpius pulak wak
ReplyDeletekan kak yaya..sebenarnya semua terkesan..kesian kat cikgu..kesian juga kat ibu bapa terutamanya yang bekerja..cikgu tu pun salah satu ibu bapa yang bekerja juga..
ReplyDeletekesian kat anak-anak juga..bukan semua ada kemudahan untuk belajar online..
semoga semua ni akan cepat berlalu..