Kali ni Yaya nak share cara Yaya masak ayam masak kicap. Jadi kiranya ini menu pertama yang dimasak selepas tamat tempoh kuarantin. Lamanya Yaya cuti memasak untuk family. Seronok pun ye juga. Hahaha.
Ayam masak kicap memang kegemaran dari kecil lagi. Mak Yaya suka masakkan menu ni. Ye lah, menu yang sesuai untuk seisi keluarga, tak pedas sangat, anak-anak yang kecil boleh makan sekali. Jimat masa dah tak perlu masak lauk lain.
Kalau panaskan lauk ni, aromanya memang memikat selera. Adik Wazif lah suka sangat ayam masak kicap ni. Abang Wafiq suka masakan yang pedas-pedas macam ayam goreng nestum pedas ni. Kalau buat ayam goreng Korea lagi lah. Makan nasi bertambah-tambah.
Ayam Masak Kicap Kayu Manis ... aromanya membangkit selera |
Bila dah kahwin, Yaya google cara masa ayam masak kicap. Resepi mudah pun cari kat google. Tak nak tanya mak sendiri. Hihi. Bila dah masak tu rasanya lain sangat. Lain tu bukan tak sedap tau..sedap sangat nih..Haha. Masuk bakul angkat sendiri kekdahnya.
Lepas tu baru sembang dengan mak. Tanya mak cara dia masak ayam masak kicap ni macam mana. Kemudian dah sembang tu barulah Yaya tau kat mana bezanya. Siap suggest lagi kat mak cuba lah sekali masak ayam masak kicap letak 4 beradik. Terangkat rasa dan aromanya. Gitu hah eksyen si anak. Sekali sekala eksyen tak apa. Haha.
Resepi Ayam Masak Kicap Sedap Letak 4 Beradik (kayu manis, bunga lawang, pegaga dan cengkih)
Bahan bahan:10 ketul bahagian ayam
2 batang cengkih
1 batang kayu manis
2 biiji pelaga
Kicap lemak manis seckupnya
1 sudu besar sos tiram
Bahan Tumbuk:
4 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih
1 inci halia
Bahan Hiasan:
1 biji bawang besar Holland - belah 6
1 biji tomato - belah 6
1 tangkai cili merah
Cara Memasak Ayam Masak Kicap Kayu Manis
- Bersihkan ayam. Gaul ayam dengan kunyit dan garam. Goreng sehingga kekuningan atau 3/4 masak.
- Buang sedikit minyak di dalam kuali. Dengan baki minyak yang sama, masukkan kayu manis, bunga lawang, pegaga dan cengkih.
- Kemudian masukkan bahan tumbuk dan tumis sehingga wangi.
- Masukkan cili kisar dan tumis sehingga pecah minyak. Tambah sedikit air kalau nampak kering.
- Kemudian masukkan kicap, sos tiram dan air asam jawa dan juga ayam yang telah digoreng.
- Masak sehingga semuanya sebati. Boleh tambah air jika inginkan ayam masak kicap yang berkuah.
- Akhir sekali, masukkan bahan hiasan dan gaul rata.
Ayam Masak Kicap |
ohhhh resipi ni letak sos tiram dengan asam jawa. Okay nanti nak try jugak lah sebab sebelum ni buat tak letak dua bahan ni
ReplyDeletememang pun..beza kalau letak 4 sekawan tu hehee :)
ReplyDeleteshida pn masak ayam kicap cara camni..yes! buh tomato juga hehee