Program Kawal Kencing Manis Percuma Di KawalKencingManis.Com | Kencing manis atau diabetes adalah pembunuh senyap di Malaysia selain penyakit kanser dan jantung. Purata 100 rakyat Malaysia meninggal dunia setiap hari akibat kencing manis. Manakala hampir 35,000 orang meninggal dunia setiap tahun akibat kencing manis. Mengejutkan, statistik juga menunjukkan bahawa Malaysia adalah di antara negara yang mempunyai angka pesakit kencing manis tertinggi di dunia.
Malaysia ni negara kecil je pun. Tapi kenapa ramai sangat rakyat Malaysia menghidap kencing manis? |
Yaya nak kongsikan punca-punca serta tanda-tanda sekiranya anda adalah penghidap kencing manis. Bukan apa, sekiranya anda mempunyai tanda-tanda diabetes atau kencing manis dan masih lagi diperingkat awal, anda boleh cegah dan sembuh sepenuhnya. Setiap penyakit ada ikhtiarnya, Jangan ambil mudah sekiranya ada tanda-tanda awal penyakit kencing manis.
Seterusnya Yaya akan kongsikan juga sebuah organisasi yang tidak berasaskan keuntungan, terdiri daripada Doktor Perubatan, Dietitian dan Nutritionist yang akan memberikan pemantauan kesihatan secara PERCUMA kepada mereka yang menghadapi masalah kencing manis
Punca Berlakunya Kencing Manis
- Berlebihan berat badan atau kegemukan.
- Tidak bersenam dan gaya hidup tidak aktif.
- Pemakanan - pengambilan makanan tinggi lemak dan kurang serat.
- Keturunan - diabetes mempunyai perkaitan yang kuat dalam keluarga.
- Peningkatan umur.
- Bangsa – kaum India mempunyai lebih risiko mendapat diabetes.
Kencing Manis Ada 2 Jenis: Diabetes Jenis 1, Diabetes Jenis 2
Diabetes Jenis 1
- Biasanya didiagnosis dalam zaman kanak-kanak
- Tidak semestinya dikaitkan dengan berat badan yang berlebihan
- Biasanya dikaitkan dengan kadar keton yang tinggi
- Dirawat dengan suntikan atau pam insulin
- Tidak dapat dikawal tanpa pengambilan insulin
Diabetes Jenis 2
- Biasanya didiagnosis pada umur 30 tahun ke atas
- Biasanya dikaitkan dengan berat badan yang berlebihan
- Biasanya dikaitkan dengan tekanan darah dan/atau tahap kolesterol yang tinggi
- Rawatan awal adalah tanpa perubatan atau pil
- Berkemungkinan dirawat tanpa perubatan diabetes
Tanda-Tanda Atau Simptom Kencing Manis
KAWALKENCINGMANIS.COM, PROGRAM PERCUMA 100% YANG MENGEMBALIKAN SENYUMAN KEPADA PENGHIDAP KENCING MANIS
Menurut Kajian Kesihatan dan Morbiditi Kebangsaan 2019 (NHMS 2019), 1 daripada 5 orang dewasa di Malaysia adalah penghidap Kencing Manis iaitu terdiri daripada kira kira 3.9 juta rakyat Malaysia.
Statistik yang membimbangkan ini turut menunjukkan bahawa Malaysia adalah di antara negara yang mempunyai angka pesakit kencing manis tertinggi di dunia.
Dalam situasi pandemik COVID-19 ini, 83% kematian adalah terdiri daripada mereka yang mempunyai sekurang-kurangnya satu masalah kesihatan. Pesakit kencing manis merupakan penyumbang terbesar kepada kematian COVID-19 iaitu sebanyak 70%. Manakala 64.9% kematian pesakit COVID-19 mempunyai masalah darah tinggi (Statistik Kematian COVID -19 di Malaysia, 11 Oktober 2020).
Kawal Kencing Manis, Jom Sertai Program Atas Talian Secara PERCUMA
- Jadual pemakanan bagi menurunkan tahap bacaan gula dalam darah
- Akitiviti senaman tanpa perlu keluar rumah,
- Latihan pengawalan stress,
- Kaedah tidur lena tanpa rasa dan gangguan ingin ke tandas setiap malam
- Kaedah dan cara pengambilan nutrisi yang berkesan dari sumber alam semulajadi.
Kesan Sekiranya Kencing Manis Tidak Dikawal
Kencing manis juga boleh menyerang orang muda, jaga kesihatan anda dan mula bersenam sekarang!
Bagus ada program mcm ni..percuma lg.
ReplyDeleteOh, bagusnya ada laman web macam ni. Free pulak tu, wajib follow social media tu..
ReplyDeletebagus program nii... Sha pun golongan berisiko...seriau
ReplyDeleteperkongsian yang sangat bermanfaat..
ReplyDeletebila usia meningkat..risau juga dengan kencing manis ni...
ReplyDeletebagus program nya..teringat masa mak mertua memula nak detect kencing manis tahap tak terkawal tu..memang teruk sangat simptom dia..sekarang alhamdulillah semakin sihat dah..gula pun terkawal..mana taknye kena cucuk insulin setiap hari..hihi..
ReplyDelete