Wahai Pencinta Burger, Inilah Yang Anda Cari

Wahai Pencinta Burger, Inilah Yang Anda Cari | Dulu semasa Yaya kecil, kalau nak beli burger memang kena tunggu hari ada pasar malam. Walaupun burger pasar malam, tetap ada kelasnya yang tersendiri. Yaya suka sangat makan burger daging lembu. Pernah terbeli burger ayam..penjual tu yang silap bagi. Tak habis Yaya makan..tekak ni tak boleh terima langsung burger ayam. 

Masa berlalu, bila dah habis sekolah, terbalik pula jadinya. Dah tak boleh langsung makan burger daging lembu. Yaya start makan burger ayam. Eh sedap la pula burger ayam ni. Sampai la sekarang ni, Yaya pilih burger ayam je.


Burger, Western Food Yang Menyihatkan

Teringat Yaya semasa belajar mata pelajaran Kemahiran Hidup. Yaya salah jawab soalan. Soalan kena pilih beberapa menu yang tidak sihat. Yaya pilih burger antara jawapannya. 

Rupanya jawapan Yaya salah. Bila cikgu Yap Bee Yong (nama cikgu pun ingat lagi..hihi) terangkan baru Yaya faham. Sebiji burger cukup dengan sumber karbohidrat, protein,vitamin dan kalsium. Jadi burger boleh dianggap sebagai makanan sihat.

Namun sihat atau tak bergantung kepada ramuan dan kaedah penyediaannya. Kalau guna daging yang dah diproses, sos pula pelbagai dan melimpah ruah..hmmm..tak tahulah Yaya kalori banyak mana dah tu. 

Sekali-sekala layan burger yang meriah ni tak salah pun, cuma jangan di amalkan selalu. Macam Yaya, ada hari tak rasa nak makan nasi. Rasa nak makan western food,  nak makan pasta, kadang tu rasa nak makan burger. Layan je lah anak tekak ni kan sekali sekala.

Pencinta Burger


Wahai Pencinta Burger, Inilah Yang Anda Cari

Kalau dah namanya pencinta burger, semua kedai atau gerai jual burger orang cakap sedap mesti rasa nak try kan. Nak rasa sendiri betul ke rasanya sesedap yang dikatakan.

Yaya nak share dengan korang semua kedai burger yang sedap berhampiran Yaya. Burger homemade semestinya menjadi pilihan. Penyediaan patty yang berbeza memberi kelainan pada burger. Jadi tak lah rasa burger tu datang dari campuran pelbagai sos semata-mata. Kalau dapat burger yang menggunakan sos yang dibuat sendiri lagi lah padu. Makan tak pandang kiri kanan dah...betul tak?

7 Kedai Jual Burger Sedap Di Kuala Terengganu

1. Kaytea Patty


Kaytea Patty menyediadan homemade cheese burger. 100% daging lembut yang cair dimulut. Roti burger pula gebu dan dibuat menggunakan resepi sendiri. Sos yang digunakan juga homemade. Lapisan daging juga tebal seberat 120gm. Semuanya home made, nampaknya pemilik Kaytea Patty betul-etul beruasaha untuk menghasilkan burger yang terbai menepati citarasa pelanggan.

Lokasi : Selekoh Primula Hotel di Pantai Batu Buruk
Waktu Operasi: 2.30 pm - 10.30 pm. Buka setiap hari kecuali Selasa

2. The Burgeritos

Di Theburgeritos, anda oleh pilih mahukan burger daging homemade yang dibuat tanpa MSG ataupun burger ayam goreng yang sangat rangup. Rata-rata pelanggan puas hati. Harga pun berpatutan.

Lokasi : Jalan Kamarudin (bersebelahan kedai Donut Siya)
Waktu Operasi: 6.00 pm - 11.00 pm. Buka setiap hari kecuali Jumaat

3. Kedai Koffie

Kedai Koffee menyediakan pelbagai jenis menu termasukah western food. Dan semestinya menu burger juga menjadi tarikan pengunjung yang datang ke sini. Ada pelbagai jenis burger. Pilih saja mahu makan burger apa. Burger daging kambing pun ada.

Lokasi: No.9 Kg Losong Haji Long, Kampung Losong Wan Nik
Waktu Operasi: Breakfast: 7.30 am-12.00noon , Tea Dinner: 3:30 pm - 11.00 pm (Buka setiap hari kecuali Rabu)


4. Burger Bite Ganu

Burger Bite Ganu merupkan penjual burger yang tidak memunyai kedai fizikal. Rata-rata pelangan memberi feedback yang baik. Burger homemade yang bersaiz besar. Daging yang sedap dan tidak liat. Bila makan tidak terasa muak. Dijual pula dengan harga yang berpatutan.


Lokasi: - (menerima pesanan secara atas talian sahaja, whatsapp 011-6994 4370)
Waktu Operasi: mula pesanan 3.00 pm - 7.00 pm. COD 9.00 pm


5. Burger Ria

Burger Ria terkenal dengan burger bakar yang sangat sedap. Patty homemade pula dipastikan segar, dibuat setiap hari. Patty 100% dibakar di atas arang, roti pula dikukus lembut, menggunakan sos rahsia yang padu menjadi pelengkap kepada rasa burger yang sangat enak. Bukan sahaja burger bakar, burger ikan crispy pun ada tau.

Lokasi: Hadapan Flat Awam Padang Hiliran
Masa Operasi: 4.30 pm - 11.30 pm


6. Hey Bro Burger

Hey Bro Burger


Hey Bro Burger Tepi Stadium yang menggunakan tagline 'citarasa mewah harga kaki lima' sememangnya menjadi tumpuan ramai. Lokasi yang sangat strategik, menjual ori chicken crispy cheezy burger dengan harga hanya RM5. 

Lokasi: Tepi Stadium Bola Sepak Kuala Terengganu
Waktu Operasi: Buka Setiap hari 6.00 pm - 2.00 am


7.  The Syrup vs Soda

The Syrup vs Soda Kuala Terengganu

Facebook: https://www.facebook.com/syrupvssoda
Instagram: https://www.instagram.com/thesyrupvssoda

Kedai yang pernah menerima kunjungan daripada program Jalan-Jalan Cari Makan TV3 (JJCM), menyediakan pelbagai menu termasuklah western food dan sentiasa penuh dengan pelanggan. Burger di The Syrup vs Soda juga tidak ketinggalan mendapat perhatian pelanggan yang berkunjung. 


Lokasi: 3373, Jalan Batas Baru, 20300 Kuala Terengganu, Terengganu
Waktu Operasi: 4.00 pm - 11.00 pm (Buka Setiap hari kecuali Jumaat)


And that  all 7 western food near me ! Yaya kebiasaanya malam-malam mai la rasa teringin nak makan burger. Makan nak tapi nak keluar beli burger, ya ampunnnnn malasssss sangat. Nak bersiap malam-malam..haih tak kuasa weh. Tapi perut lapar. 

Untung tau sekarang ni ada servis food delivery. Buka applikasi Foodpanda di handphone dan terus order. Tunggu je abang rider hantar burger sampai depan rumah. Settle satu masalah. Hihi.

Thank you sudi baca. 


Yaya Azura

Yaya | Blogger Since 2010 | Email : yayaazura82@gmail.com

10 Comments

Terima kasih sudi baca. Komen membina sangat dihargai. Komen yang mengandungi 'link', menggunakan unknown profile tidak akan disiarkan. Harap maklum.

  1. Aduhhhh terkeliur tengok burger. Sedapnya. Banyak pilihan rupanya ya.

    ReplyDelete
  2. eeeee.. meleleh tu laaa yang jahat...buat org telan air liur laaa yaya...

    ReplyDelete
  3. Saya suka burger,,,fav...tak dapat nasi pun takpa. nyum2

    ReplyDelete
  4. Sesapnyaa tinggi isi dia.. Ber aloi la beli.. Mesti kenyang

    ReplyDelete
  5. gambar burger-gurber tu semua nampak sedap. tapi saya tak suka makan burger, so tengok je la orang lain merasai kenikmatan burger tu

    ReplyDelete
  6. tengok cheese dia, mayo dia... mmg meriah betul

    ReplyDelete
  7. sedap! nasiblah shida ni bukan pecinta burger hahaha ^_^

    ReplyDelete
  8. giler sedap la burger, yaya. di mana pun, burger ni is something yg memang sedap lah. gaya berbeza. perisa berbeza. plating nyer apatah lagi, kan :)
    sarapan boleh, lunch or dinner pun relevan. anytime sesuai makan burger ni.

    #biters

    ReplyDelete
Post a Comment
Previous Post Next Post