Taman Panoramik Kuala Terengganu, Landskap Terbaru Di Taman Rekreasi Syahbandar

Taman Panoramik Kuala Terengganu, Landskap Terbaru Di Taman Rekreasi Syahbandar |  Bertambah satu lagi landskap menarik di bandaraya Kuala Terengganu. Taman Panoramik ini masih lagi dalam proses kerja-kerja akhir. Rumput baru sahaja di tanam tapi memang dah nampak bakal menjadi tempat riadah dan juga tumpuan pelancong. Berlatar belakangkan Sungai Terengganu, Duyung Marina Resort dan jambatan ikonik, Terengganu Drawbridge. Pasti menarik kalau bergambar di sini.

Jumaat lepas kami sekeluarga bersarapan di luar. Pekena roti canai feveret anak-anak di Roti Canai Pok Yah. Kedai Pok Yah terletak di deretan kedai Medan Selera Tanjung. Dekat sangat dengan Taman Panoramik. Pagi tu Yaya cuba hidangan baru Char Kuey Teow Udang, sedap juga. Anak-anak dan suami sepakat sarapan roti canai.

Kedai roti canai yang tak putus dengan pengunjung. Anak-anak memang suka kalau dapat makan roti canai di sini. Tuan kedai pun mesra dengan anak-anak Yaya. Selepas makan Yaya ajak suami ke Taman Panoramik. Nak tengok sendiri sebab sebelum ni tengaok gambar orang kongsi di Whatsapp sahaja.

Cuaca mendung, awan hitam..bila-bila masa je ni hujan boleh turun. Dah sampai musim tengkujuh di pantai timur. Suka jalan-jalan dalam keadaan cuaca sejuk macam ni. Tak berpeluh, anak-anak pun tak banyak songeh. 

Sempat bergambar sekejap. Gerimis halus dah mulai turun. Anak-anak makin seronok. Ajak balik makin galak budak berdua tu tawaf Taman Panoramik.Ye lah, dengan tak sekolah, duduk rumah buat kerja sekolah je. Habis PKPB bawa dorang keluar suka sangat lah..


Apa maksud PANORAMIK ?

Kita belajar Bahasa Melayu jap ye. Sebab Yaya sendiri pun baru dengar istilah PANORAMIK ni.


[pa.no.ra.mik] | ڤانوراميک

Definisi : bersifat (merupakan) panorama, luas terbentang: pemandangan ~ Kota Kinabalu. (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Biasa kita dengar dan guna perkataan 'Panorama'. Mengikut DBP Panoramik juga membawa maksud 'luas terbentang', 'pemandangan yang luas'. 


Perbezaan PANORAMA dan PANORAMIK

PANORAMA adalah pandangan yang tidak terputus dari seluruh kawasan sekitarnya. PANORAMIC pula adalah gambar panorama (fotografi).

Foto panoramik dibuat dengan mengambil serangkaian gambar tempat secara bertindih dan kemudian digabungkan secara digital menggunakan perisian khas. Tapi bukan kemahiran Yaya lah. Cuma mampu ambil gambar secara wide-angle sahaja seperti gambar pertama di atas.




kredit: owner

kredit: owner

Pemandangan yang sangat cantik. Pesanan khas untuk rakyat Terengganu dan juga pelancong, jangan buang sampah merata-rata dan jangan buat vandalisme. 

Semoga kawasan ini terpelihara.


Yaya Azura

Yaya | Blogger Since 2010 | Email : yayaazura82@gmail.com

2 Comments

Terima kasih sudi baca. Komen membina sangat dihargai. Komen yang mengandungi 'link', menggunakan unknown profile tidak akan disiarkan. Harap maklum.

  1. suka nasihat yang last tu.. yee tolong la jaga kebersihan n jadi manusia bertamadun. sampah tu jgn dok buang merata. jaga elok2 tmpt orang buat cecantik kan..

    ReplyDelete
  2. Menjaga kebersihan persekitaran satu tanggungjawab yang perlu dipikul bersama. Kata orang negara bersih, rakyat sihat gitu heheheeh.

    ReplyDelete
Post a Comment
Previous Post Next Post