Mengapa Pemasaran Digital Di Malaysia Sangat Penting | Zaman berubah, teknik pemasaran juga ikut berubah dengan pantas seiring dengan perkembangan dan perubahan masa. Pemasaran digital melibatkan semua senjata pemasaran yang memerlukan alat elektronik atau internet.
Apa itu pemasaran digital?
Untuk mudah faham, digital marketing adalah segala kegiatan pemasaran yang dilakukan secara online. Ada banyak kaedah digital yang boleh digunakan untuk mempromosikan sesuatu barangan atau perkhidmtan.
Mungkin ada yang lebih selesa menggunakan kaedah pemasaran secara tradisional ataupun offline seperti mengedarkan 'flyer', menggantung 'banner' atau 'bunting', meletak papan tanda ataupun bersosial untuk melebarkan 'networking'. Tiada salahnya dengan kaedah ini. Cuma sepertu dikatakan awal tadi. Zaman dah berubah dah masyrakat kini banyak menggunakan internet untuk sesuatu capaian.
Contoh pemasaran digital
Dengan adanya pemasaran secara digital, perniagaan pasti lebih mudah untuk berkembang. Anda hanya tinggal mengeluarkan sedikit kos tetapi hasilnya sangat efektif. Bagi pasaran Malaysia, antara saluran pemasaran digital yang utama ialah :
- Blog / Website
- Pay Per Click Advertising
- Youtube
Tidak semua saluran pemasaran digital sesuai dengan produk atau servis anda. Sasaran pengguna berbeza-beza di setiap laman sosial. Contoh di Instagram, lebih sesuai sekiranya ingin memasarkan produk yang berasaskan kecantikan dan fesyen kerana kebanyakan pengguna Instagram adalah remaja.
5 Sebab Kenapa Perlu Buat Pemasaran Digital
- Menjimatkan kos - Melibatkan kos yang begitu minimum dan jauh lebih murah seperti kos yang melibatkan promosi dan pengiklanan yang dibuat secra tradisional/offline
- Akses smart-phone - Masyarakat cenderung menggunakan telefon pintar untuk bersosial dan juga shopping online. Pemasaran digital mampu untuk menjangkau mereka ketika mereka menggunakan pelbagai aplikasi di telefon pintar mereka.
- Mudah dan pantas - Dapat menyebarkan maklumat dengan pantas seterusnya pengguna membuat pembelian hanya dengan beberapa klik.
- Sasaran pengguna - Dapat mensasarkan kumpulan pengguna yang menginginkan produk atau perkhidmatan anda.
- Dapat meningkatkan reputasi jenama - Pelanggan yang berpuas hati akan berkongsi pengalaman dengan jenama atau produk anda seterusnya ianya akan menjadi viral dan membantu pertumbuhan perniagaan.
Pengguna sekarang gemar membuat carian mengenai sesuatu di Google kerana mudah dan pantas. Akhirnya mereka akan singgah ke blog ataupun website.
Sekiranya produk dan perkhidmatan yang disediakan dipaparkan dalam sesebuah website, dengan persembahan yang menarik, maklumat yang lengkap, potensi untuk mereka membeli produk sangat tinggi.
Untuk contoh lebih dekat, di blog ini sendiri menyediakan servis untuk review produk ataupun perkhidmatan. Pandangan dan maklumat yang disertakan akan membantu pengguna memahami mengenai produk atau servis tersebut. Dan info-info ini akan kekal di blog selagi tidak dibuang oleh pemilik.
Dan, iklan-iklan dari Google yang terdapat di blog ini juga merupakan satu teknik pemasaran digital. Anda sebagai pemilik perniagaan boleh menggunakan khidmat digital marketing agency Malaysia untuk mendapatkan servis seperti ini.
WebMechanic.My - Digital Marketing Agency Di Malaysia
Sekiranya anda bercadang untuk memulakan perniagaan secara online, boleh dapatkan khidmat dari WebMechanic.My untuk membuat website dan juga servis membuat pengiklanan secara digital.
WebMechanic.My merupakan digital marketing agensi di Malaysia. Mereka menyediakan data yang terperinci, strategi yang canggih dan pengalaman pemasaran digital yang berkesan.
Mereka adalah pakar dalam SEO, menyediakan khidmat pay per click advertising dan juga pemasaran digital di sosial media. Semestinya perniaagaan anda akan lebih berkembang dengan menggunakan teknik pemasaran digital yang sesuai. Boleh hubungi WebMechanic.My untuk dapatkan khidmat nasihat.
Website : https://webmechanic.my/
Email : inq@webmechanic.my
Tel : 0189722063
Betul.. Sekarang semua dihujung jari. Mana2 je orang akan belek google.. Belek ig fb semua.. Kene amik peluang ni
ReplyDelete