RichWorks Taja Pendaftaran Percuma Program Virtual Online Kuasai Marketing 2021

RichWorks International satu nama yang tidak asing lagi di Malaysia. Sebut saja nama pengasasnya, Datuk Wira Dr. Azizan Osman pasti semua kenal. Menjadi mentor dan membantu usahawan-usahawan dalam memajukan perniagaan mereka. 

Dalam keadaan kita berdepan dengan pandemik Covid-19, ramai yang terkesan, banyak perniagaan yang merudum. Resah memikirkan nasib perniagaan. 

Jangan pernah patah semangat. Tahun baharu 2021 bakal menjelma tidak lama lagi. Buka lembaran baru dengan semangat yang baru. Jom kembali bangkit dengan semangat yang baru. Cari mentor yang betul, kuasai ilmu pemasaran. Insya Allah, bisnes akan kembali menyerlah.

Impian dapat dicapai jika kita jelas dengan matlamat dan hala tuju diri kita namun apa yang menghalang impian itu dari terus berlaku apabila kita tidak ada usaha bertindak untuk menggerakkan impian itu.
Program Virtual Online

RichWorks Taja Pendaftaran Percuma Program Virtual Online Kuasai Marketing 2021

RichWorks Bimbing 777 Usahawan Jana Jualan Lebih RM2 bilion Tahun 2020 Sebanyak 777 usahawan terdiri daripada perusahaan kecil & sederhana (PKS) dalam dan luar negara yang mengikuti Program Mentoring RichWorks telah menjana jualan lebih RM2 bilion pada tahun ini. 

Meskipun dalam keadaan krisis kesihatan dan ekonomi yang berlaku, usahawan PKS tersebut yang terdiri daripada Program Mentoring Spire dengan 466 usahawan dan Titanium dengan 311 usahawan menyaksikan peningkatan keseluruhan nilai jualan sekitar 10 peratus berbanding tahun lalu. 

Daripada RM2 bilion nilai jualan keseluruhan itu, Spire mencatatkan jualan sebanyak RM211 juta iaitu kenaikan 17.5 peratus pada tahun 2020 berbanding RM155 juta pada tahun 2019. 

Bagi Titanium pula mencatatkan kenaikan 9 peratus iaitu RM1.8 bilion jualan tahun ini berbanding RM1.5 bilion pada tahun 2019. 

Kenaikan ini menunjukkan bahawa hasil latihan dan bimbingan disediakan RichWorks terbukti dapat membantu usahawan-usahawan agar bisnes terus berkembang dan menyaksikan peningkatan jualan walaupun dalam apa jua keadaan. 

Mentoring Spire selama 12 bulan ini merupakan program bimbingan usahawan untuk membantu mencapai jualan perniagaan sehingga RM1 juta dalam tempoh 6 bulan hingga 1 tahun. 

Apatah lagi, setakat hari ini saja seramai 207 usahawan yang menyertai Spire telah pun mencapai RM1 juta pertama mereka. 

Bagi Program Mentoring Titanium, ia juga selama 12 bulan yang mana mereka bukan saja mendapat ilmu dan bimbingan daripada MenThor, Datuk Wira Dr. Azizan Osman malah mendapatkan kepastian dalam membuat keputusan. 

Sehubungan itu, RichWorks akan menganjurkan Program Virtual Online Kuasai Marketing 2021 - Formula Zero Kos Marketing yang berlangsung selama 3 hari untuk membantu usahawan atau bakal usahawan step-up diri dengan strategi pemasaran dalam bisnes mereka untuk pembuka tahun 2021 yang luar biasa. 

Kuasai Marketing 2021


Selama 12 tahun RichWorks beroperasi, kami juga telah membantu lebih 1,100,000 (1.1 juta) usahawan untuk ubah hidup dan bisnes mereka dengan lebih baik. Perjuangan kami selama 12 tahun dalam melatih dan membimbing PKS terbukti dalam membina usahawan daripada Zero to Million! Dan kami teruskan perjuangan ini dengan Program Kuasai Marketing 2021 - Formula Zero Kos Marketing ini. 

Kami percaya peluang sentiasa ada untuk usahawan atau bakal usahawan di Malaysia untuk bangkit berniaga dan step-up untuk tahun 2021 dengan menggunakan teknik pemasaran yang betul dan seterusnya dapat lonjakan jualan dan bisnes mereka berkali-kali ganda. 


Dengan ini, RichWorks International bersama Pengasas Datuk Wira Dr. Azizan Osman ingin bantu mereka yang bergelar usahawan atau bakal usahawan yang komited untuk Formula Gandakan Sales serta pendapatan mereka bermula dari ZERO sebab misi kami adalah melahirkan lebih ramai Usahawan Jutawan bermula dari Zero ke Million untuk tahun 2021. 



Sejak COVID-19 melanda, RichWorks sebagai syarikat peneraju dalam syarikat latihan dan bimbingan keusahawanan terbesar di Malaysia telah membantu lebih 400,000 ribu usahawan dengan penganjuran program keusahawanan secara virtual online dan percuma. 

Inisiatif ini untuk bantu mereka yang terkesan dengan krisis pandemik seperti COVID-19 serta sepanjang Pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang dijalankan oleh pihak kerajaan Malaysia tahun ini. Kami telah bantu ramai usahawan untuk mula berniaga dan usahawan-usahawan yang terkesan untuk selamatkan perniagaan mereka. 

Daftar Percuma Program Kuasai Marketing 2021 Formula Zero Kos Marketing

Nak Kuasai Marketing 2021? 

Kuasai Marketing


Berapa banyak Zero ‘0’ yang nak di-GANDAKAN? 

Ingat lagi sales pernah RM0? 

Ingat lagi sales bila capai RM100 yang pertama? 

Ingat lagi perasaan capai sales RM1,000 yang pertama? 

Dah lupa perasaan capai RM10,000 yang pertama?

Dah pernah capai RM100,000 pertama dan pernah jatuh? 

Dah capai RM 1 juta yang pertama? 


Ilmu pemasaran berubah, pasaran berubah, dan di RichWorks, kami sentiasa percaya dengan RESULTS sebab Result Matters. 

Kami nak bantu usahawan dan bakal usahawan yang KOMITED dan SERIUS, nak kan Formula GANDAKAN ZERO ‘0’ dalam Sales. 

RichWorks nak taja 3,000 pendaftaran terawal 100% adalah PERCUMA!

Peluang terakhir sebelum tahun 2021. 

RichWorks nak taja 3,000 pendaftaran terawal 100% adalah PERCUMA! Anda boleh layari website www.zerokosmarketing.com untuk info lanjut SEKARANG dan kongsikan peluang ini kepada 10 rakan-rakan yang lain. 

MAKLUMAT PROGRAM PROGRAM KUASAI MARKETING 2021 - FORMULA ZERO KOS MARKETING 

Tarikh : 25 - 27 Disember 2020 (Jumaat - Ahad) 
Masa : 9:00 pagi – 6:00 petang 
Tempat : Aplikasi Zoom Webinar 

Layari  website [ WWW.ZEROKOSMARKETING.COM ] untuk info lanjut.



MENGENAI DATUK WIRA DR. AZIZAN OSMAN 

Accredited Business, Marketing & Leadership Coach, Mentor & Strategist, Serial Entrepreneur & Best-Selling Author


Datuk Wira Dr Azizan Osman, seorang World Class Business Educator dan Asia's No.1 Business, Marketing & Leadership Coach terkenal dengan keupayaan uniknya untuk membimbing anak muridnya sehingga mendapat results dan beribu-ribu pemilik perniagaan dan usahawan telah berjaya menerusi strategi dan metodologi kejayaannya yang telah terbukti untuk meningkatkan pertumbuhan perniagaan mereka dari sifar hingga berjuta-juta. 

Facebook Page: Azizan Osman https://www.facebook.com/azizanosmanofficial/ 
Instagram: azizanosman_official https://www.instagram.com/azizanosman_official/ 
Twitter: azizanoficial https://twitter.com/azizanofficial 
TikTok: azizanosmanofficial_ https://www.tiktok.com/@azizanosmanofficial_ 

MENGENAI RICHWORKS INTERNATIONAL 


RichWorks International adalah penganjur acara dan seminar terbesar di Malaysia dalam bidang pembangunan keusahawanan dan pemasaran. 

Sepanjang 12 tahun yang lalu sejak 2008, RichWorks telah melatih lebih dari 10,000 syarikat menerusi Master Coach Datuk Wira Dr Azizan Osman, yang menarik lebih daripada 1.1 juta peserta dalam lebih 1,500 acara dan seminar. Dengan rekod prestasi terbukti, strategi perniagaan dan program mentoring, mereka membantu membina beribu-ribu usahawan dan jutawan yang berjaya dalam tempoh 6 - 24 bulan. 

Visi RichWorks adalah menjadi 'Netflix' Pendidikan Usahawan dengan 100 juta pelanggan menjelang 2025 dengan akses mudah ke kandungan berorientasikan results dan penyelesaian yang dipercayai di platform dalam talian - RichWorks.com untuk Inspire, Educate & Add Value kepada komuniti di seluruh dunia.


Richworks International Sdn Bhd

No. 77, Jalan Badminton
13/29 Seksyen 13, 40100
Shah Alam Selangor,
MALAYSIA

Website : https://www.zerokosmarketing.com
Mobile : 013-389 7990
Emel : inquiries@richworks.com.my









Yaya Azura

Yaya | Blogger Since 2010 | Email : yayaazura82@gmail.com

3 تعليقات

Terima kasih sudi baca. Komen membina sangat dihargai. Komen yang mengandungi 'link', menggunakan unknown profile tidak akan disiarkan. Harap maklum.

  1. Menarik ni. Eza blogwalking sini ya :)

    ردحذف
  2. mudah-mudahan dapat membantu usahawan2 kita kat luar sana...insya'Allah

    ردحذف
  3. Best kalau dapat join ni.
    Semoga ada sinar dalam bisnes di tahun 2021. :)

    ردحذف
إرسال تعليق
أحدث أقدم