Apakah Nasib Servis Penghantaran Makanan Ketika Pandemik COVID-19?

Apakah Nasib Servis Penghantaran Makanan Ketika Pandemik COVID-19? | Sudah banyak restoran yang menyediakan kemudahan penghantaran makanan atau food delivery. Pandemik Covid-19 yang melanda seluruh dunia menjadikan penghantaran makanan sebagai saluran penting kepada sesebuah restoran untuk memastikan perniagaan dapat dijalankan.

Sejujurnya, sebelum wabak ini melanda negara kita, Yaya jarang sekali menggunakan khidmat food delivery. Kalau terasa nak makan di luar, tuju sahaja ke mana-mana kedai makan atau restoran.

Sekarang, kehidupan sedikit berubah. Menjalani kehidupan dalam norma baharu. Nak pergi ke mana-mana pun fikir banyak kali. Walaupun restoran dah beroperasi semula tapi Yaya masih lagi berfikir panjang untuk makan di restoran. Anak kecil dan warga emas adalah mereka yang berisiko tinggi untuk terkena jangkitan virus Covid-19. Tak kan lah nak pergi berdua dengan suami, tinggal anak-anak di rumah, alahai...tak sanggup lah..


Khidmat Food Delivery Ketika Pandemik Covid-19

Food Deliver

Pengusaha restoran turut memainkan peranan penting supaya rangkaian virus Covid-19 ni dapat diputuskan. Di dalam restoran wajib ada penjarakan sosial. Kalau dulu waktu puncak penuh orang dalam restoran. Sekarang nampak lengang..selesa pun ye. Makan pun lebih tenang..hihi

Kalau diikutkan suasana seperti ini lambat laun akan memberi kesan buruk terhadap pengusaha restoran. Pengunjung semakin berkurang, tapi kos lain contohnya sewa premis tetap sama. Sampai bila nak menanggung kerugian?

Semestinya, menambah servis food delivery adalah langkah terbaik yang boleh diambil oleh pengusaha restoran. 


Pesanan Makanan Hanya Dihujung Jari

Geng gegirl di ofis ni ada 4 orang. Kebiasaannya kami akan lunch sekali. Sebelum tengah hari dah bincang dah nak pergi makan kat mana. Tapi sekarang macam tak ada mood dah nak keluar. Ye lah, kena ada penjarakan sosial. Tak kan nanti di restoran nak duduk meja asing-asing? 

Jadinya, boleh dikatakan hampir setiap hari kami guna khidmat food delivery. Bagus juga macam ni. Tak perlu redah jammed, jimat masa. Minyak kereta pun jimat jugak. Hihi. Selalunya kami order online guna food delivery dari aplikasi Foodpanda.

Di Foodpanda, ada pelbagai pilihan restoran. Pilih sahaja nak makan apa. Sangat mudah menggunakan aplikasi Foodpanda. Buat tempahan hanya dengan beberapa klik, buat pembayaran dan tunggu makanan sampai. Masa penghantaran pun pantas.

Food Panda


Ramai yang terkesan kerana Covid-19 ni. Ada yang hilang pekerjaan. Foodpanda antara syarikat yang membuka peluang pekerjaan. Ramai yang menjadi rider Foodpanda. Permintaan terhadap servis penghantaran makanan yang tinggi menjadikan pekerjaan sebagai rider penghantar makanan sentiasa diperlukan.

Setiap orang ada peranannya tersendiri. Dalam rezeki kita ada rezeki orang lain. Siapa tahu kan? Kita order makanan online, tapi dari sisi lain kita dah bantu wujudkan peluang pekerjaan kepada orang lain. Sama-sama kita tolong-menolong dan menyokong pertumbuhan ekonomi Malaysia. 


Yaya Azura

Yaya | Blogger Since 2010 | Email : yayaazura82@gmail.com

7 Comments

Terima kasih sudi baca. Komen membina sangat dihargai. Komen yang mengandungi 'link', menggunakan unknown profile tidak akan disiarkan. Harap maklum.

  1. Boleh la cukup2 makan pendapatan food delivery skrg.

    ReplyDelete
  2. Sekarang ni selalu jew nampak banyak rider foodpanda di jalan raya. Napak semakin bertambah pula berbanding PKP dulu.

    ReplyDelete
  3. rasanya saya akan terus gunakan food delivery sebab kadang2 memang malas masak haha

    ReplyDelete
  4. Alhamdulillah, servis penghantaran jadi sumber pendapatan baharu.

    ReplyDelete
  5. akak & husben mmg kerap guna food panda sbb husben fobia sejak pandemik covid 19 ni melanda 1 dunia termasuk Malaysia. Kadang rasa malas nak masak, kitaorang order je makanan guna food panda. dlm masa yg sama boleh bantu juga rider-rider food panda..

    ReplyDelete
  6. ujian untuk semua kan.. yang marhaen yg terjejas pendapatan..
    selalu kasi je extra kat diorang kalau ada.. tp jarang2 order pun..

    ReplyDelete
  7. kalau kat rumah pun gitu..Nak keluar bawak anak-anak makan pun dah risau.Nasib baiklah ada foodpanda..order kat restorann kegemaran kita dan foodpanda tolong hantarkan..

    ReplyDelete
Post a Comment
Previous Post Next Post