Lain Hari Je lah Makan Ketupat Dengan Sambal Ketuk

Lain Hari Je lah Makan Ketupat Dengan Sambal Ketuk | Hujan lebat di Kuala Terengganu. Balik kerja petang semalam dalam keadaan hujan lebat. Malam tadi pun hujan. Bangun tidur pagi tadi sampai sekarang ni jam 11 pagi pun masih hujan. Dah sampai musim dia, hujung tahun kalau belah pantai timur ni macam ni lah. Syok hujan-hujan ni. Nak bersiap pergi kerja pun malas. 

Jeles pula ibu dengan Wafiq dan Wazif kat rumah tu. Haha. Homework dorang setiap hari pun ada. Tapi itu lah kalau ibu ayah tak ada kat rumah, setakat mana sangat lah dorang nak belajar. Wazif baru darjah 1  memang ibu kena monitor sebelah. Abang Wafiq ok lah boleh buat sendiri. 

Tapi tu lah, hari pertama PKPB ibu dah dapat notification dari Youtube, abang Wafiq ada upload video di channel dia. Terkejut jap ibu kat ofis ni. Nak buat macam mana kan..parents kena bekerja, anak-anak pula belajar sambil bermain di rumah. Haha. Biar je lah. Nanti hujung minggu kita marathon semua homework yang tertinggal sama-sama ye. 

Hujan-hujan ni selera makan lain macam. Pagi ni teringin nak makan ketupat palas. Teringat denagn sambal ketuk dari Sambaleena dengan tahap kepedasan tahap 5 dari 6. Memang menyengat. Kalau lah dapat makan ketupat cecah dengan sambal ketuk sedapnyer lahai. Boleh hilang lemau bekerja musim tengkujuh dapat makan pedas-pedas ni.

Sebelum keluar rumah tadi, bagi tahu suami nak ke dapur jap ambil sambal ketuk. Nak bawa ke pejabat. Nanti on the way boleh singah gerai kuih tepi jalan beli ketupat. Begitulah niat di hati. 

Suami pula sejenis suka berbakti dengan isteri. Haha. Cepat-cepat dia kata, 'biar abang je tolong ambilkan'.. Laju dia ke dapur, ambil sambal ketuk lepas tu masukkan ke dalam beg bekal Yaya.

Sampai ofis bila buka beg bekal terkejut Yaya. Sambal ketuk terkena sumpahan apa  pagi-pagi ni? 

Alahai ler encik suami. Haha! Boleh dia tertukar sambal ketuk dengan pes tomyam! Ye lah botol pun lebih kurang je. Tapi pes tomyan duduk dalam peti ais. Sambal ketuk tu Yaya dah bagi tau dia Yaya letak dekat tepi pokok Pilea kat dapur tu. Haha..

Nasib baik Yaya tak beli ketupat. Hujan lebat sangat tak sanggup rasanya nak berhenti. Hihi. Alhamdulillah, tak sampai tahap kempunan.

Tak perlu lah hantar ofis. Boleh tahan lagi rasa teringin ni. Jadi, lain hari je lah ye Yaya oi makan ketupat dengan sambal ketuk. Kalau dapat lemang pun sedap juga. Haha.

Yaya Azura

Yaya | Blogger Since 2010 | Email : yayaazura82@gmail.com

11 Comments

Terima kasih sudi baca. Komen membina sangat dihargai. Komen yang mengandungi 'link', menggunakan unknown profile tidak akan disiarkan. Harap maklum.

  1. kalau begitu..buat aje sambal tomyan heheee ^_^

    ReplyDelete
  2. alaa sweet jer, pes tomyam plak jadinya

    ReplyDelete
  3. huahuahua terhibur mama baca.. takpelah nak buat macam mano kan

    ReplyDelete
  4. Hai yaya, lama akk tak singgah sini. Hujan sokmo deh kt sane, dah musim dia gitulah.
    Boleh pulak tersilap botol ye, nak cepat agaknye

    ReplyDelete
  5. alolooo... sweetnya! coretan yang menghiburkan walaupun hati sedikit terusik.

    ReplyDelete
  6. Sian lagi kak nina sebab tak pernah rasa sambal ketuk. Tapi kalau kak nina tak guna pes tomyam , suka tomyam homemade. Dah terambik guna jer laaa...

    ReplyDelete
  7. Masuk bulang 11 dan 12 ni memanglah banyak hujang.
    harap2 jangan sampai banjir.

    ReplyDelete
  8. Lahaii baru nak merasa erk.. Dh beli pes tomyam. Ehhehe..

    ReplyDelete
  9. Jauh betul sambal dengan tom yam. hehehe

    ReplyDelete
Post a Comment
Previous Post Next Post