Dah Jual Semula Dinar Emas | Walaupun Yaya tak suka mana mengenakan perhiasan emas, tapi beli lah juga beberapa barang perhiasan dari emas. Dalam setahun entah berapa kali pakai. Tunggu ada majlis baru pakai. Kadang tu hari raya pun lupa nak pakai. Untuk pakai seharian dan setiap masa memang tak lah. Kalau pakai, mesti tanggalkan sekejap lepas tu pakai semula. Terutama cincin. Memang susah nak lekat cincin di jari ni. Rasa rimas. Risiko hilang pun tinngi kan kalau jenis letak merata. Memang dah beberapa bentuk cincin hilang. Sudahnya Yaya simpan senyap semua tak nampak di mata. Hihi. Termasuklah beberapa keping dinar emas.
5 Keping Dinar Emas Public Gold Dalam Kenangan
Yaya beli dinar emas ni dah lama. Adalah dalam 8 atau 9 tahun lepas macam tu. Sekeping pemberian bos. 4 keping lagi Yaya beli sendiri. Dapat bonus semua buat beli dinar. Setiap dinar beratnya 4.25 gram. Harga masa beli tu berbeza-beza. Yaya pun dah ingat-ingat lupa. Ada yang berharga RM650++ dan ada yang melebihi RM 700++.
Masa beli tu cuma fikir nak simpan emas dalam bentuk dinar. Padahal kalau kira mahal juga harga emas untuk 1 gram. Nak leburkan jadi barang perhiasan sayang pula. Sebab nanti simpan juga tak pakai. Harga pun dah jatuh. Setiap kali Yaya semak harga emas mesti harga lagi murah dari harga beli. Nak kena simpan berapa tahun ni baru naik harga?
Orang kata simpan emas 10 tahun baru berbaloi
Simpan emas untuk satu tempoh masa yang lama baru berbaloi. Baru ada untung kalau jual semula. Entahlah kita bukan pakar nak ramal berapa tahun harga emas akan naik. Orang sekarang ni tak kira masa beli emas. Gawat ke tak, emas mahal ke tak, tetap laku je emas tu. Harga emas tengah mahal pun penuh orang kat kedai emas duk mencuba pattern terkini.
Dan Yaya pula berkira-kira nak jual semula. Yaya semak harga emas di website Public Gold. Nak jadi ke cerita, petang 1 September 2020 Yaya terkejut tengok harga jual semula untuk 1 Dinar 4.25 gram (916) melebihi RM1000.00. Lebih tepat RM1007.00 untuk sekeping dinar.
Tak fikir panjang, terus Yaya ke cawangan Public Gold di Kuala Terengganu. Tak jauh mana dengan rumah. Tak berani dah nak tunggu esok takut harga makin rendah. Sebab Yaya memang nekad dah tak nak simpan emas dinar ni dah.
Yaya memang tunggu harga melebihi harga beli 9 tahun lepas. Beli dulu pun harga agak tinggi juga, ni dah ada sedikit pulangan memang Yaya nak jual. Nak simpan tunai sahaja di Tabung Haji.
Yaya pun sebelum tu dah buat kira-kira bodoh. Kalau simpan tunai dan tambahan dividen dikira dengan kadar paling minima untuk tempoh 9 tahun hasilnya lebih kurang je dengan harga emas semasa. Lagi pula simpan duit di Tabung Haji setiap tahun dah ditolak zakat.
Harga emas hari ini menurun
Hari ini, harga 1 dinar 4.25 gram 916 RM 1050.00 dan kalau jual semula RM945.00. Banyak juga beza harga nak dibandingkan masa Yaya jual dinar Yaya 2 bulan lepas. Kalau darab dengan 5 keping lepas belanja dapur sebulan.
Yaya tak pasti lah harga emas sebelum Yaya jual tu lagi tinggi atau tak. Ada sedikit pulangan ni pun dah bersyukur dan Yaya tak menyesal jual semua dinar Yaya. Nanti kalau harga emas jatuh boleh la beli lagi. Insya Allah, semoga kita semua sentiasa murah rezeki.
Wah emas.. Bgus simpan emas
ReplyDeleteBagusnyaa,,,ni kira pelaburan la erkk
ReplyDeleteBerbaloi simpan emas untuk satu jangka masa panjang.
ReplyDeleteWah emas..menarik! bagus yaya simpan emas tau!
ReplyDeleteDulu angan juga Sis nak beli simpan dinar emas gini, tapi lepas fikir panjang, dan sis suka pakai emas, so kumpul beli emas aje.. tapi takd ele banyak, suka pakai satu satu aje.. tak suka bebenyak macam pokok krismas heheheh
ReplyDeletekira rugi jugak la kalau harga jual lagi rendah dari harga beli. Nak simpan 10 tahun pun agak lama
ReplyDeleteemas memang ada susut nilai....tapi susut nilai emas 999 lebih rendah berbanding emas 916 (perhiasan)....harga jual lebih rendah dari harga beli untuk harga semasa....tapi kalau compare dengan harga kita beli 10 tahun lepas mmg dah bertambah tu
DeleteBagus nya terjumpa entry ni.. Tgu berkira juga nak jual dinar. Nk beli gelang pattern baru yg viral tu. Terliur. Hehe boleh top up top up kan 🤭
ReplyDelete