Aneka Menu Unik, Boleh Cuba Di Rumah Semasa PKP | PKP begini bila asyik berada di rumah sepanjang masa, mulalah teringin nak makan itu ini. Bila asyik makan menu yang sama saja hari-hari, boring juga. Dan bagi kalian yang teringin nak cuba menu jarang makan, di sini ada beberapa cadangan.
Cuma nak dapatkan tu, memang agak mencabarlah sikit. Dah namapun menu unik kan. Dan sejujurnya di Malaysia ini ada banyak lagi menu rare yang ada. Atas diri masing-masing sama ada berani untuk mencuba atau sebaliknya. Antara menu unik yang ada di Malaysia ini adalah seperti di bawah ini. Tapi rasanya ada lagi yang lebih unik jika di cari.
Chee Cheong Fun
Chee Cheong Fun atau dikenali juga sebagai mee gulung yang berwarna putih dan rupanya seakan Kuew Teow ini merupakan makanan masyarakat Kantonis dan berasal dari China Selatan dan juga Hong Kong.
Di Malaysia, hidangan ini biasanya dihidangkan bersama sos soya manis yang berwarna hitam, akan tetapi di Pulau Pinang sosnya menggunakan pes udang yang berwarna hitam, berasa manis dan pekat seperti karamel.
Jika anda berada di Ipoh, Chee Cheong Fun yang terdapat di sana biasanya dihidangkan dengan dua cara iaitu kering atau berkuah@bersos. Versi kering biasanya dihidangkan dengan bijan, sos soya, bawang goreng, minyak bawang, sos cili dan jeruk cili. Manakala versi bersos pula dihidangkan bersama kuah kari dan juga cendawan.
Lok-Lok
Lok-lok merupakan hidangan steamboat versi Cina. Hidangan ini merupakan makanan yang dicucuk dengan lidi yang kemudiannya direndam ke dalam air yang sedang mendidih atau sup yang panas sehingga masak. Lok-lok biasanya dimakan dengan kuah kacang, sos cili atau sos manis untuk menambah rasa.
Makanan ini biasanya boleh didapati di gerai-gerai penjaja, medan selera dan lain-lain tempat lagi yang ramai orang di bandar dan pekan Malaysia. Lok-lok yang terdapat di Malaysia terdiri daripada pelbagai jenis ramuan seperti kepah, telur puyuh, sosej, kerang, bebola ikan, bebola daging, bebola sotong, udang, sayuran dan banyak lagi dan aneka juadah yang siap dimasak seperti tauhu goreng dan wantan.
Maggi Ketam Claypot @ Restoran Chilli's Crab Seafood
Jika anda tiba-tiba rasa nak makan maggi ketam yang confirm puas, anda boleh cuba menu maggi ketam yang disediakan oleh Restoran Chillie’s Crab. Maggi Ketam Claypot di sini adalah salah satu menu yang paling istimewa dan selalu dipesan oleh kebanyakan pelanggan yang berkunjung ke sini.
Selalunya menu ni akan dipesan untuk dimakan oleh 2 ke 3 orang makan. Ketam yang digunakan dipastikan segar untuk menjaga kualiti makanan. Selain daripada itu, kuah untuk menu maggi ketam ini juga boleh tahan sedap juga. Memang terangkatlah kalau kena penangan Maggi Ketam Claypot ni.
Al Mubarakah Nasi Dulang Daun Pisang
Kalau tak pernah makan nasi dulang daun pisang sebelum ni, boleh cuba sendiri nanti. Untuk pengetahuan, nasi dulang daun pisang adalah gabungan di antara nasi putih dengan lauk sama ada ikan keli goreng, ayam kampung goreng ataupun lain-lain yang dihidangkan panas-panas di atas daun pisang yang kemudiannya diletakkan pula di atas dulang.
Tetapi lauk ayam panggangnya juga menjadi pilihan yang selalu dipesan oleh para pelanggan disebabkan rasanya yang memang sedap dan memuaskan. Selain itu, boleh juga pilih kuah apa yang diinginkan sebagai pelengkap hidangan.
Ada kuah gulai, mak lemak cili api dan juga kuah kari. Di dalam dulang yang sama juga turut di lengkapkan dengan ulam, sambal air asam, sambal ayam penyet dan juga sambal belacan.
Bila lihat menu rare unik begini, rasa teringinlah pulak. Tak apa, nanti boleh cari menu unik yang ada boleh order melalui aplikasi Foodpanda. Tak payah susah payah nak masak, order online guna servis food delivery . Antara yang paling best adalah Foodpanda.
Dengan Foodpanda pelbagai menu ada dari makanan tempatan, barat sehingga ke menu unik. Sebut nak makan apa, majoriti ada di dalam Foodpanda. Cara nak buat tempahan juga senang.
Teringat makan Chee Cheong Fun kat Ipoh. Dia punya lembut rasa macam cair dalam mulut.
ردحذفAnak bujang sulung saya selalu tanya, Mommy masak apa hari ini? Kalau dia tak berapa minat masakan yang akan kita olah, cepat-cepat dia order makanan. Sebelum sempat siap kita masak, sudah berbunyi hon motosikal Food Panda depan pagar rumah.
ردحذفChee Cheong Fun ini mcm yong tau foo pun ada,, sedap pula tgk menu macam2...yong tau foo kat Peerlis jer pernh mkn best, lain2 tempat so so je..nnt p penang blh la try pula.
ردحذف