Akhirnya Dapat Duit Refund Dari FoodPanda

Akhirnya Dapat Duit Refund Dari FoodPanda | Niat untuk buat kejutan dan menggembirakan anak-anak bertukar kecewa setelah order kena cancelled dengan Domino's Pizza. Ni kali pertama order kena cancelled. Nasib belum bagi tahu suami dan anak-anak ibu nak order pizza sebab nak buat kejutan kan. 

Order kena cancel dengan Domino's Pizza

Bila order kena cancel terus dapat emel dari foodpanda;


refund foodpanda


Bila dapat emel atas tu, Yaya pun dah tak take action apa dah. Sekali-sekala check maybank2u nak tengok duit refund dah masuk ke belum. Btw, order kena cancel tu bertarikh 29 Oktober 2020.

Hari berganti hari, minggu berganti minggu. Kalau diikutkan pembayaran yang dibuat melalui online transfer mengambil masa 7 hari bekerja untuk kita dapat semula duit refund.

Sehingga Yaya hampir terlupa mengenai duit refund tu. Setiap kali buka aplilkasi food panda baru lah  nak teringat 'owh..foodpanda belum bayar lagi refund.' Tapi tak buat juga tindakan susulan. Sabar menunggu orang kata. Hihi.  Akhirnya 17 November baru lah tergerak hati ni nak hantar emel ke support team foodpanda. Foodpanda refund yang berjumlah RM39.40 boleh buat beli lunch 5 hari. Tak kan nak biarkan je...


Emel aduan kepada support@foodpanda.my untuk refund Foodpanda

Dalam emel, sertakan maklumat yang akan memudahkan team foodpanda buat keje dorang. Macam Yaya, Yaya screenshot sahaja maklumat mengenai order cancel. Korang boleh ambil maklumat ni di bahagian Orders dalam applikasi. Ada list past orders. Screenshot sahaja dari situ.


foodpanda money refund

Selepas itu, korang akan terima beberapa emel susulan dari foodpanda.   

Emel pertama: Terima emel maklumkan aduan telah diterima. Ni emel auto reply ni...

foodpanda order cancelled

Emel kedua: Terima emel kedua sejam kemudian. Ni dari support team. Dorang bagi tahu refund kali pertama tak dapat diproses kerana masalah teknikal. Untuk refund kali dah dalam proses katanya...

food panda order cancelled

Emel ketiga: Confirmation foodpanda refund dalam proses. Dalam 2 ke 5 hari bekerja duit akan masuk ke dalam akaun.

support team food panda

Tak perlu buat apa dah ye..tunggu je lah duit masuk akaun. Rajin-rajin lah cek akaun bank. Dan supprise sangat.. Yaya buat aduan 17/11/2020. Dan pada 18/11/2020 Yaya dah dapat duit refund. Alhamdulillah. Sehari je weh dorang ambil masa untuk proses refund ni.



Korang kalau ada yang terkena macam Yaya, order kena cancel, lepas tu tungu refund tak dapat-dapat. Korang hantar lah emel ke foodpanda support team. Jangan diamkan. Duit korang hak korang. Semoga dengan perkongsian cara refund foodpanda ni dapat membantu korang.

So tengah hari nanti nak makan apa ye? Jap nak scroll apps Foodpanda :)

Yaya Azura

Yaya | Blogger Since 2010 | Email : yayaazura82@gmail.com

8 Comments

Terima kasih sudi baca. Komen membina sangat dihargai. Komen yang mengandungi 'link', menggunakan unknown profile tidak akan disiarkan. Harap maklum.

  1. Senang betul berurusan guna hujung jari. Zaman serba canggih ini memang memudahkan banyak perkara!

    ReplyDelete
  2. Tapi tak seronoklah order kena kensel.

    ReplyDelete
  3. Thank you sharing. Boleh digunapakai kalau ada masalah macam ni nanti.

    ReplyDelete
  4. syukurlah dpt kembali duit yaya tu. sy pernah terkena dgn celcom yg x byr lebihan bil sy kira2 lima thn lps.

    ReplyDelete
  5. thanks sharing kak yaya. yup, kalau x dapat kena ambil tindakan susulan.

    ReplyDelete
  6. Ai punya refund sampai dah malas dah nak chase.

    ReplyDelete
  7. kes saya dari 11/2/21..payment RM92 (KFC) dah lepas tp order sangkut..komplen support panda..refund dalm tempoh 14 hari. sayu (makan xpat, duit sangkut.makan roti je)...harini 4/4 dah berbulan still tiada refund..contact semula panda, katanya dh refund siap bg bukti.dorang minta check dengan bank..call bank, bank check TIADA rekod refund whatsoever. contact balik panda (hamun sekali)..tup tup reply akan refund dalam 14 hari bekerja...taik betull td beriya kata dah refund, bila libatkan tribunal tukar jawab akan refund pulak..terus fail complaint dengan tribunal..tengok apa game mangkuk ni pula lepas ni

    pengajan..nak beli, biar COD je la..bayar online jd hal gini la masalah

    ReplyDelete
  8. saya pun baru dapat refund setelah ambil masa sebulan dan desakan bertubi2 ..

    ReplyDelete
Post a Comment
Previous Post Next Post