Nak Bercuti? Pusing Selangor Dulu! Program Jelajah Pesona Selangor 2020 Di Kuala Terengganu

Nak Bercuti? Pusing Selangor Dulu! | Selasa lepas Yaya berkesempatan menghadiri Program Jelajah Pesona Selangor 2020 yang diadakan di Duyong Marina, Kuala Terengganu. Program ini anjran Tourism Selangor dengan kerjasama Tourism Terengganu. Terengganu menjadi negeri pertama dalam siri jelajah ini. Bila hadir program ni terus semangat nak ajak keluarga pergi bercuti. 

Bila diingatkan kembali, Yaya sekeluarga belum lagi bercuti ke mana-mana lagi tahun ini. Apabila pandemik Covid-19 melanda lagi lah, semua aktiviti menjadi terhad. Kerajaan pun dah beri kelonggaran untuk rentas negeri. Boleh dah Yaya mula merancang untuk bercuti dalam negeri. Anak-anak pun dah bising dah tu, lama sangat tak berjalan ke mana-mana.

Pusing Selangor Dulu


NAK BERCUTI? PUSING SELANGOR DULU!

Best je tagline Tourism Selangor ni. Padu gitu. Terus rasa nak bercuti ke Selangor.



Bagi mereka yang ada rezeki lebih, pasti destinasi luar negara menjadi pilihan untuk bercuti. Apa kata kali ini kita sama-sama bantu ekonomi dalam negara yang terjejas teruk akibat pandemik Covid-19 terutamaya sektor pelancongan. Sama-sama kita jelajah Malaysia tanah air kita sendiri. Menghargai alam, keunikan dan geografi yang ada di Malaysia.

Di Malaysia ni banyak destinasi pelancongan yang menarik. Tak tahu nak mulakan percutian dari mana? Jom 'Pusing Selangor Dulu'!. Ramai yang tak tahu negeri Selangor mempunyai pelbagai cabang pelancongan. Yaya sendiri pun kalau ke sana lebih kepada membeli-belah. Rupa-rupanya di Selangor juga ada pilihan eco-tourism yang sangat menarik. Contohnya Paragliding dan White Water Rafting di Kuala Kubu Bharu, Air Tejun Lepoh di Hulu Langat, pemandangan sawah padi di Sekinchan dan juga Sky Mirror di Kuala Selangor.



PROGRAM JELAJAH PESONA SELANGOR 2020 

Pandemik Covid-19 yang melanda dunia tanpa diduga telah memberikan impak kepada industri pelancongan Negara. Namun, pembukaan semula sektor pelancongan domestik sempena penguatkuasaan Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) seakan memberi sinar baharu kepada industri yang terjejas teruk ini. 

Dalam menyemarakkan usaha proaktif ke arah penetapan semula industri pelancongan Negeri Selangor atau visi “reset tourism”, Tourism Selangor selaku Agensi Promosi Pelancongan Rasmi Negeri Selangor sedang giat menggerakkan sebuah Kempen Promosi Pelancongan Domestik; Pusing Selangor Dulu. 


Tourism Selangor mengorak langkah pasca pandemik Covid-19 dengan penganjuran Program Jelajah Pesona Selangor 2020 Edisi ‘Nak Bercuti, Pusing Selangor Dulu’ ke Negeri Terengganu Darul Iman pada 22 September 2020. Program ini disertai oleh delegasi dari Negeri Selangor yang terdiri dari wakil daripada Pejabat EXCO Pelancongan Negeri Selangor, Tourism Selangor, MATTA Selangor, Unit Perancang Ekonomi Negeri (UPEN), dan empat Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) Negeri Selangor iaitu Majlis Perbandaran Sepang, Majlis Perbandaran Ampang Jaya, Majlis Daerah Kuala Selangor dan Majlis Daerah Hulu Selangor. Program Jelajah Pesona Selangor ke Negeri Terengganu menerima kerjasama baik dari pihak MATTA Terengganu dan Tourism Terengganu. Program Jelajah ini turut menerima sokongan dari pihak MOTAC Terengganu dan Tourism Malaysia Wilayah Timur.



Program Jelajah ini dimulakan dengan sesi Government-to-Government atau G2G sebelum diteruskan dengan sesi pertemuan Business-to-Business atau B2B melibatkan para operator pelancongan yang dibawa khas dari Negeri Selangor.  Program pada hari tersebut turut menyaksikan penglibatan oleh 9 operator produk pelancongan Negeri Selangor seperti Sunway Lagoon, Sunway Resort Hotel & Spa, Farm in the City, Chocolate Museum, GM Klang, Sky Mirror Tour & Travel, Persatuan Homestay Selangor, Selangor Fruit Valley dan JumpStreet Asia. 

Program Jelajah Pesona Selangor ini akan melabuhkan tirai untuk tahun 2020 di Pulau Pinang pada 7- 9 Oktober 2020. Program Jelajah yang sarat dengan initipati pelancongan ini dilihat mampu memberi manfaat dua hala kepada Kerajaan Negeri Selangor dan Kerajaan Negeri tuan rumah bagi memacu industri pelancongan Negeri dan meningkatkan bilangan pelancong domestik, khususnya pasca pandemik Covid-19.


Tuan Azrul Shah bin Mohamad, Pengurus Besar Tourism Selangor dalam sebuah kenyataan berkata,

Program Jelajah Pesona Selangor 2020 ini merupakan sebuah landasan terbaik bagi memperkenalkan Negeri Selangor sebagai destinasi percutian unggul yang sarat dengan produk pelancongan menarik sama ada yang baharu mahupun sedia ada

Diharap kerjasama pintar ini dapat memberi manfaat bersama yang akan memakmurkan lagi industri pelancongan ke tahap terulung. Hal ini secara tidak langsung akan membuka peluang yang lebih luas dalam usaha mempergiat Pelan Promosi Pelancongan bagi menggalakkan lebih ramai kemasukan pelancong domestik, khususnya ke Negeri Selangor Darul Ehsan

Seiring dengan Kempen Pusing Selangor Dulu yang giat dipromosi di laman media sosial rasmi Tourism Selangor seperti di Facebook, Instagram, Twitter dan LinkedIn; Program Jelajah Pesona Selangor 2020 merupakan sebuah penambahan yang signifikan kepada Pelan Promosi Pelancongan Tourism Selangor kerana potensi besar yang dimilikinya dalam memperkenalkan Negeri Selangor sebagai sebuah destinasi pelancongan pilihan di Malaysia. 

Apa yang lebih menarik, penglibatan operator produk pelancongan Negeri Selangor dalam Program Jelajah Pesona Selangor 2020 ini membolehkan sesi promosi dan pengenalan produk dilakukan secara terus kepada penggiat industri pelancongan.



Hasil perkongsian dijangka dapat disampaikan kepada golongan sasar yang terdiri dari pelancong tempatan yang bermastautin luar dari Negeri Selangor - penyumbang kepada peningkatan ekonomi Negeri menerusi dapatan industri pelancongan. 

Untuk informasi lanjut tentang inisiatif Kerajaan Negeri melalui Tourism Selangor dan juga produk pelancongan terbaharu dan sedia-ada di Negeri Selangor, layari laman sesawang baharu Tourism Selangor, Selangor.travel yang ditambah-baik dengan fungsi terkini untuk sebuah pengalaman digital yang komprehensif.

15 تعليقات

Terima kasih sudi baca. Komen membina sangat dihargai. Komen yang mengandungi 'link', menggunakan unknown profile tidak akan disiarkan. Harap maklum.

  1. banyak tempat menarik sebenarnya kat malaysia ni tapi tak ramai yg tahu sebab kdg tempat tu tersembunyi. tak popular..anyway jom cuti2 malaysia..jarak jgn lupa.hehe

    ردحذف
  2. Bestnya program ini. Saya anak Selangor tapi banyak lagi tempat belum dijelahi. Mudah-mudahan ada kesempatan balik hujung tahun ini.

    ردحذف
  3. yesss selangor banyak tempat menarik even yang dah duduk bertahun kat sini pun belum habis discover semua tempat

    ردحذف
  4. Jemput datang ke Selangor. Semoga percutian akak menjadi yang terindah seperti kami yang dari Selangor becuti ke Terengganu. Hahaha. Kami speechless tengok laut cantik di Terengganu. Akak mesti tergamam tengok bangunan tinggi di sini. 🥰

    ردحذف
  5. Pusing selangor dulu. Ya..selangor pun k mid xhabis pusing walaupun menetap di selangor..tapi insyaallah akan cuba pusing selangor sampai.habis

    ردحذف
  6. terbaiklah , memang tengah nak jalan2 dalam Malaysia dulu dan lepas baca blog ni terus nak rancang program cuti2 dekat Selangor pulak . good jobbb !!!





    ردحذف
  7. Best juga dapat pusing2 selangor kan... Banyak tmpt menarik kt sana yg boleh pergi.. Kita xhabis jelajah lagi

    ردحذف
  8. Jom yaya JJCM dekat Selangor. Kita orang Selangor pun tak habis explore lagi. Plg kita nak pergi yang sky mirror tu.

    ردحذف
  9. Bagus initiative Tourism Selangor ni, boleh kita kenali tarikan pelancongan yang ada di sekitar Selangor ni... Kadang2 berborak dengan rakan dari luar negara, mereka lebih kenal Selangor dari lokal... Hahaha..

    ردحذف
  10. Jom pusing Selangor, tapi Johor tak habis pusing lagi ni hahahaha..
    Takpe one day, kita pusing satu persatu... lagipun Selangor tu kampung Suami hehehe

    ردحذف
  11. banyak je tempat menarik2 di selangor kan. thanks info sharing

    ردحذف
  12. Betul la tu.. selangor pun saya sendiri tak abis pusing dan jalan-jalan lagi. Banyak tempat-tempat menarik nanti di selangor saya pun nak jelajah

    ردحذف
  13. Tak silap LH paragliding tu baru buka tahun ni kan? Ada terbaca dekat entri sorang blogger ni. Nampak macam seronok aje. LH nak pergi juga nanti

    ردحذف
إرسال تعليق
أحدث أقدم