Mendayu Lagu Nasyid Kiriman Agung Dari Fattah Amin | Ada tak di kalangan pembaca blog Yaya merupakan peminat Fattah Amin?. Yaya minat juga dengan lakonan Fattah ni walaupun pada awal pembabitan agak kayu juga lakonannya. Lama kelamaan dah ada peningkatan. Dalam bidang nyanyian pun sama. Single sebelum ni macam tak kena dengan hawa telinga Yaya, lain telinga lain feelingnya ye. Hihi.
Terbaru, Fattah Amin lancar single Islamik terbaru berjudul Kiriman Agung. Kiriman Agung merupakan karya yang ditujukan khas buat anak sulung Fattah yang bakal lahir. Lagu ciptaan Hafiz Hamidun dan Fedtri Yahya ini merupakan doa dan harapan seorang bapa untuk anaknya.
Lagu ini adalah hadiah buat anak yang bakal dilahirkan tidak lama lagi, Insya Allah. Lagu ini lebih kepada doa dan harapan seorang ayah untuk zuriat yang bakal dilahirkan.
Lirik Lagu Kiriman Agung dari Fattah Amin
(Verse 1)Ya khalik ya bari’
Ya musawwir ya fattah
Ya karim
Ya khalik ya bari’
Ya musawwir ya fattah
Ya razzaq
(Verse 1)
(Chorus)
Allah…
Allah…
Ya Allah
Padamu ku berserah
(Verse 3)
Aku hanya hamba
Yang hina dan terus mendamba
Puncak kesabaran yang teguh
Mengharap kurniaMu
(Bridge)
Ingin ku cium
Tubuh yang seharum syurga
Ingin ku lafaz kalimah
Kiriman agung
(Chorus)
(Chorus)
Allah…
Indahnya lirik. Sangat tenang dan syahdu bila mendengarnya. Menggunakan Asmaul Husna dalam bait-bait lirik. Asmaul Husna bermaksud nama-nama Allah yang baik, mulia dan agung sesuai dengan sifat-sifat-Nya. Banyak khasiat an fadhilat Asmaul Husna ni kepada sesiapa yang menghafal dan mengamalkan zikir Asmaul Husna.
Yaya nak kongsikan di sini maksud nama-nama Allah yang ada dalam lirik Kiriman Agung.
Ya Khaliq (Yang Menciptakan Makhluk-Nya)
Dibaca mengikut kemampuan atau sebanyak 731 kali, InsyaAllah yang ingin otak cerdas, cepat menerima sesuatu pelajaran , amalan ini akan memberikan otak kita cerdas dan cepat faham.Ya Bari' (Yang Maha Merancang)
Sekiranya kita berada dalam kesukaran atau sedang sakit, dibaca sebanyak 100 kali selama 7 hari berturut-turut, InsyaAllah kita akan terlepas dari kesukaran dan sembuh dari penyakit tersebut.Ya Musawwir (Yang Maha Menjadikan Rupa Bentuk)
Sekiranya seorang isteri yang sudah lama belum mempunyai anak, maka cubalah ikhtiar ini dengan berpuasa selama 7 hari dari hari Ahad hingga Sabtu. Di waktu hendak berbuka puasa, ambil segelas air dan dibacakan “Ya Musawwir” sebanyak 21 kali, kemudian diminum air tersebut untuk berbuka puasa. Bagi si suami, hendaklah berbuat perkara yang sama tetapi hanya dengan berpuasa selama 3 hari. Kemudian pada waktu hendak berjimak, bacalah zikir ini sebanyak 10 kali, InsyaAllah akan dikurniakan anak yang soleh.Ya Razzaq (Yang Maha Pemberi Rezeki)
Dizikir mengikut kemampuan sesudah solat fardhu khususnya solat subuh, Insya Allah akan dipermudahkan rezeki yang halal dan membawa berkat. Rezeki akan datang tanpa diduga tetapi perlulah dilakukan dengan ikhtiar yang zahir.Ya Fattah: (Yang Maha Pembuka Khazanah Rahmat)
Dizikir sebanyak 71 kali sesudah selesai solat subuh, InsyaAllah hati kita akan dibuka oleh Allah, sehingga mudah menerima nasihat agama.Allah memiliki Asmaa' ul Husna, maka memohonlah kepadaNya dengan menyebut nama-nama yang baik itu. (QS Al A'raaf : 180)