Kebaikan AVCO Minyak Kelapa Dara Aromatik Dari D'Aura

Kebaikan AVCO Minyak Kelapa Dara Aromatik Dari D'Aura | Sebut sahaja mengenai minyak kelapa, pasti Yaya akan teringat akan baunya. Sewaktu Yaya kanak-kanak mak akan hasilkan sendiri minyak kelapa. Bukan mudah untuk membuatnya. Proses penghasilan memakan masa yang agak lama. Apabila disapu pada rambut hasilnya memang rambut lembut dan senang diurus. Tapi yang buat Yaya kalah adalah baunya. Boleh buat Yaya pening kepala!

Khasiat minyak kelapa dara ni terlalu banyak. Sebab itu Yaya ambil inisiatif untuk amalkan AVCO. Rupa-rupanya D'Aura merupakan jenama minyak nombor 1 di Malaysia sejak 2012. Dihasilkan di kilang sendiri di Shah Alam untuk menjaga kualiti dan ketulenannya.

Hampir dua minggu Yaya menggunakan Aromatic Virgin Coconut Oil atau AVCO keluaran D'Aura. Sedikit rasa gusar waktu pertama kali nak menggunakannya. Bimbang juga kalau baunya akan sebabkan rasa pening. Tapi, Yaya beranikan diri untuk mencuba AVCO.


pelembap muka tanpa bahan kimia D'Aura





Aromatic Virgin Coconut Oil (AVCO)


AVCO diformulasikan khas untuk meningkatkan haruman tanpa menjejaskan kesucian minyak kelapa dara. D’Aura AVCO diakui kaya dengan antioksidan dan vitamin E untuk memberikan penyelesaian terbaik untuk kulit. 



5 fungsi utama AVCO

  • Menanggalkan make-up dan membersihkan wajah tanpa kesan sampingan
  • Menjadikan wajah anda lebih cantik, "glowing" dan berseri
  • Melembab, menganjalkan serta mengurangkan kedutan halus pada kulit
  • Mengawal jerawat serta memudarkan jeragat dan parut
  • Menjadikan anda kelihatan lebih muda daripada umur sebenar! (Ejen anti-penuaan)

Isipadu : 50ml

Bahan-bahan: 
  •  99% minyak kelapa dara asli 
  • 1% wangian ekstrak tumbuhan semula jadi.

Dua pilihan haruman: 
  • Floral Fresh
  • Morning Dew

Tips Penyimpanan : Simpan AVCO pada suhu bilik di bawah 30c. AVCO boleh membeku sekiranya suhu di bawah 23c. Untuk jadikannya kembali normal, rendam AVCO dalam air panas atau biarkan pada suhu bilik.

aromatic virgin coconut oil
AVCO - minyak kelapa dara pelbagai guna




Penggunaan AVCO dalam kehidupan seharian

Yaya amalkan AVCO setiap hari.  AVCO digunakan sebagai:

  • penanggal solekan
  • losyen tangan
  • pelembap muka
  • pelembap bibir
  • minyak rambut

Cara Penggunaan Aromatic Virgin Coconut Oil (AVCO)

Untuk sapuan pada kulit:

  1. Sapukan pada permukaan kulit yang kering seperti siku atau lutut. Juga boleh diletakkan pada bibir dan kulit wajah sebagai pelembap. 
  2. AVCO sangat cepat meresap ke dalam kulit dan tidak meninggalkan kesan melekit atau berminyak.

Digunakan sebagai make-up remover:

  1. Pum AVCO pada kapas muka dan lapkan pada kawasan solekan yang hendak dibersihkan.
  2. Sangat berkesan menghilangkan kotoran dan minyak pada wajah.

Digunakan sebagai minyak rambut:

  1. Pum AVCO pada tapak tangan, gosokkan dan sapu pada rambut.
  2. Hasilnya rambut jadi lebih sihat, lembut dan mudah diurus.
petua rambut gugur dengan minyak kelapa dara
AVCO - minyak kelapa dara pelbagai guna

Aromatic Virgin Coconut Oil memudarkan parut jerawat
AVCO - minyak kelapa dara pelbagai guna



Alhamdulillah, Yaya suka sangat guna AVCO ni. Wangian ekstrak semulajadi yang terkandung di dalamnya menghasilkan bau harum yang tidaklah sampai menusuk hidung dan mengganggu orang di sekeliling. Yaya ni dah lah alah terhadap bau wangi. Tapi bau wangi minyak kelapa D'aura ni lembut je baunya.

Sebelum ini Yaya gunakan micellar water sebagai penanggal solekan. Susah nak bawa kemana-mana kerana saiz botol yang agak besar dan berat. Tapi bila gunakan AVCO ni lain sungguh. Minyaknya yang ringan dan saiz botol yang comel menjadikannya ianya mudah untuk dibawa ke mana-mana sahaja. Kesan mekap pun lebih mudah dibersihkan sambil berfungsi menyihatkan kulit.

“Kebanyakkan pembersih solekan mengandungi bahan kimia pembersih aktif termasuk pengemulsi dan surfaktan yang akan menyebabkan kulit kering dan mengupas. Ada juga yang mengandungi bahan pengawet yang memberi kesan tidak baik kepada kulit.”
– Dr. Susan Stuart,
Pengasas dan Pengarah Perubatan La Jolla Dermatology

"Minyak kelapa hebat untuk membersihkan kulit anda dan menghilangkan solek . Sangat bagus untuk membersihkan dan menghilangkan solek bagi mereka yang mempunyai kulit sensitif kerana ia bukan sahaja lembut tetapi berkesan menghilangkan kotoran dan minyak."

– Cecilia Wong
Celebrity Stylist

D'Aura AVCO terbukti sangat baik digunakan sebagai penanggal solekan (“Oil based make-up remover”) sambil menyerlahkan keserian kulit wajah anda dari dalam. AVCO sangat selesa dipakai dan tidak meninggalkan kesan berminyak atau rasa melekit pada permukaan kulit. Ini kerana minyak kelapa dara merupakan antara minyak yang paling cepat meresap ke dalam kulit. Sifat unik minyak kelapa dara yang cepat menyerap membolehkan khasiatnya meresap jauh kedalam kulit. Boleh juga sapu AVCO pada mana-mana bahagian kulit yang kering.

Apabila Yaya menjadikan AVCO sebagai pelembap wajah, kulit tampak lebih sihat dan lembap. Yaya suka mengenakan mekap yang ringkas. Kalau di pejabat selepas solat Zuhur, Yaya cuma pakai AVCO sebagai pelembap, diikuti pelindung suria dan sedikit bedak padat. Hasilnya sangat best. Kulit nampak lembap dan mekap tak bercapuk.

tips untuk dapatkan kulit bersih, cantik, glowing dan berseri
AVCO - minyak kelapa dara pelbagai guna





Untuk rambut pula Yaya amalkan AVCO sebelum tidur dan juga awal pagi. Nak tahu juga nanti rambut ada bau hapak atau tidak. Hasilnya, alhamdulillah. Yaya lumur pada rambut sebelum memakai tudung. Seharian bertudung, balik kerja rambut tak busuk. Ajaibnya juga Yaya tak ada rasa pening kepala. Kulit kepala pun tak gatal.

AVCO khas untuk kegunaan luaran sahaja tau. Harganya pula sangat berpatutan. Miliki wajah yang bersih, cantik, glowing dan berseri dengan hanya RM22.90 sahaja. Minyak pelbagai guna yang sesuai untuk digunakan seisi keluarga. Yaya dah gunakan sendiri dan dah rasai sendiri manfaatnya. Jadi Yaya berani nak rekemen untuk korang semua.

Untuk pembelian dan lebih info boleh terjah website dan laman sosial D'Aura.

Website : https://www.daura.com.my/
Instagram : https://instagram.com/daura_hq




21 Comments

Terima kasih sudi baca. Komen membina sangat dihargai. Komen yang mengandungi 'link', menggunakan unknown profile tidak akan disiarkan. Harap maklum.

  1. kelihatan lebih muda tu terbaik..bagus juga minyak kelapa dara ni ye..

    ReplyDelete
  2. Kak nina pun guna AVCO sekarang ni as double cleansing dan make up remover. Pastu as lip moisturizer. Best! Muka semakin lembut dan moist jer...

    ReplyDelete
  3. yaya, serius best. Un guna juga yang warna merah, dah nak masuk botol ke dua. memang berbaloi dengan harga yang sangat affordable.

    ReplyDelete
  4. Minyak kelapa dara ni memang femes kan. bagus invention mcm ni kan . lepas tu senang betul nak bawak ke mana sahaja

    ReplyDelete
  5. Marina pon guna AVCO. wangi. Suka bau dia. Seluruh badan sapu AVCO ni

    ReplyDelete
  6. Bestnya ada dua jenis haruman. Boleh pilih mana satu yang menjadi kegemaran

    ReplyDelete
  7. Kita ada masalah rambut kepala ni hehehe boleh lah cuba minyak kelapa dara ni hurmmm mensti wangikan minyak Avco Daura ni hehehe botol menarik harga bagus...

    ReplyDelete
  8. The Aromatik Minyak Kelapa Dara (AVCO) D'Aura sounds so good for the skin. Most importantly cheap also

    ReplyDelete
  9. Memang bagus minyak kelapa dara ni. Khasiat dan penggunaannya pun tak merbahayakan kita jika tertelan ke termakan ke kan.. ingat nanti nak test pada rambut plak..

    ReplyDelete
  10. I tried this AVCO before, there are many benefits for using VCO as our daily skincare

    ReplyDelete
  11. Menarik dan banyak kebaikan mengunakan minyak kelapa ni kan.. Kitkat perlukan ni untuk rambut la.. nak try this product for sure. :)

    ReplyDelete
  12. InsyaAllah madam b nak cuba dpt kan. Bagus ni all in one.. Espesheli lembapkan kulit, bibir dan bagus utk semua. Kipidap sharing.

    ReplyDelete
  13. Bagusnya satu botol ada banyak kelebihan. Sekarang dah digunakan untuk skincare ea. Nice lah

    ReplyDelete
  14. Dah cuba pakai. Memang best sangat.. Satu botol boleh pakai seluruh badan.. Nad pkaai setiap hari sebab 99 minyak kelapa dara

    ReplyDelete
  15. Bestnya rambut kekal wangi bila pakai avco ni kan walau seharian bertudung. Nak cuba lah nanti.

    ReplyDelete
  16. Minyak kelapa dara memang bagus. Bleh guna untuk asas kecantikan. Tambahan kita orang Malaysia yang cuaca humid dan panas hujan ni. Kebanyakan produk kalau ada ingredient minyak kelapa dara, ruby suka. Hehehe.

    ReplyDelete
  17. Penah makan dan sapu pd kulit anak. Mmg kulit cantik. Hehe. Smpai org tanya tips kulit ank bersih. Jawapannya produk berasaskan vco lah

    ReplyDelete
  18. Minyak kelapa memang terkenal dengan pelbagai kelebihan. Menariknya biada ada dua jenis aroma. Baru rasa seronok nak guna kan?

    ReplyDelete
  19. sesuai sangat siapa nak lebatkan rambut. kelapa dara ni memang banyak khasiat, kena cuba satu nie

    ReplyDelete
  20. Skrg ramai yg review produk Minyak Kelapa Dara (AVCO) D'Aura mmg produk dia terbaik

    ReplyDelete
  21. Nak cuba dapatkan produk ini . Nak cantikkan skin kulit yang kering ni .

    ReplyDelete
Post a Comment
Previous Post Next Post