Alahan Bau Wangi | Dengar macam pelik. Bau wangi pun tak boleh nak bau. Bau busuk logik juga lah kan. Kebanyak orang pakai perfume untuk mengatasi masalah bau badan. Tapi Yaya memang tak boleh bau wangi yang menusuk hidung. Memang wujud alergi atau alahan pada bau wangi ni. Yaya dah selalu kena dan baru kena lagi dua minggu lepas. Cuti hujung minggu akhirnya terbaring sahaja dalam bilik.
Silap Yaya juga, gatal pakai minyak wangi. Bau wanginya agak lembut dan tidaklah terlalu menusuk hidung dan sebab tu Yaya berani mencuba. Yaya calit sedikit pada pergelangan tangan. Tak berapa lama tekak Yaya mula terasa gatal. Ahh sudahhh. Cari nahas dah ni...
Bermula dengan gatal-gatal dalam tekak, hidung pun dah mula gatal dan bersin. Mata terasa merenyam. Tak lama..lepas tu mata mula merah dan bengkak. 3 hari juga baru sembuh, itu pun mata belum surut sepenuhnya.
En. Suami memang dah tak pakai minyak wangi. Tapi dia tetap akan pakai juga deodarant. Deodarant atau ubat ketiak ni kan ada bau juga. Dia kata bau dia biasa-biasa juga. Tapi bagi Yaya tersangatlah menusuk hidung. Kesian dia kalau nak lumur deodarant kena keluar dari bilik.. dah pakai baju, baru boleh dekat dengan bini dia. Hihi. Bau deodarant orang pakai pun dah boleh buat Yaya bersin dan gatal hidung.
Hurm.. jadi alergi bau wangi yang terjadi pada Yaya ni boleh Yaya rumuskan berpunca dari:
Daripada gejala di atas, gejala yang sering terjadi pada Yaya sendiri adalah, gatal tekak, gatal hidung, bersin, gatal mata, mata merah dan mata bengkak dan sakit kepala yang ringan. Alhamdulillah tak ada gejala ruam pada kulit.

- memakai minyak wangi yang disapu terus pada kulit
- menyembur minyak wangi pada pakaian
- menghidu bau wangi dari orang sekeliling
Melalui pembacaan di internet, terdapat beberapa gejala yang terjadi kepada mereka yang alergi atau sensitif pada bau wangi atau minyak wangi khususnya yang terdapat banyak bahan kimia.
Simptom ringan alergi minyak wangi:
- gatal, walaupun anda tidak melihat ruam atau kerengsaan
- gatal di mata dan tekak anda
- kulit yang bersisik atau kering
- lepuh yang berkerak dan mengeluarkan nanah
- wabak gatal-gatal
- kulit yang kemerahan dan kemerahan
- sensasi terbakar pada kulit anda tanpa kerengsaan atau luka yang kelihatan
- menjadi lebih sensitif terhadap cahaya matahari daripada biasa
Simpton ringan sensitif minyak wangi:
- bersin jika minyak wangi disembur berhampiran muka dan saluran udara anda (hidung, mulut, dan tekak)
- gatal,hidung tersumbat
- lendir hidung menetes di bahagian belakang tekak anda (titisan postnasal)
- batuk berterusan
- sakit kepala
- loya
Daripada gejala di atas, gejala yang sering terjadi pada Yaya sendiri adalah, gatal tekak, gatal hidung, bersin, gatal mata, mata merah dan mata bengkak dan sakit kepala yang ringan. Alhamdulillah tak ada gejala ruam pada kulit.
Dah kompius jadi nya..Yaya ni alergi atau sekadar sensitif terhadap bau wangi ???
Yang penting, serik dah pakai minyak wangi. Kalau ada orang disekeliling pakai minyak wangi kita tutup hidung je. Tutup hidung pun tak jalan, kita lari jauh-jauh. Jangan pulah marahkan dia pakai minyak wangi. Cari nahas namanya tu. Haha.
setakat ni shida xla smpai ke minyak wangi..
ردحذفalergik makanan je setakat ni..
cuma baru-baru ni duk pkai minyak wangi calit kat leher tiba2
leher jd mcm merenyam..pastu dah xcalit kat leher..buh kat pergelangan je..
adakah itu tanda elergik? erm..
waa.. mcm sy juga.. bukan saja sensitif dgn bau, alergik makanan dan kulit pun ada.. byak pantang huhu
ردحذف