Rai Syawal 2020 Yang Berbeza | Assalamualaikum. Syawal tahun ini menutup tirainya semalam. 30 hari di bulan Syawal telah berlalu. Raya tahun ini segalanya berbeza. Satu dunia berdepan dengan pandemik Covid-19. Namun tetap Yaya sekeluarga raikan Syawal dengan penuh kesederhanaan. Tetapi InsyaAllah menjadi sebahagian daripada memori yang tak kan dilupakan. Yaya nak berkongsi beberapa majlis ringkas yang Yaya sambut sepanjang Syawal 2020. Yaya rangkum semua sekali di sini.
Warna hitam menjadi pilihan. Gantung sampul raya, cubaan untuk cipta mood raya. Hihi |
Raya kami cukup simple. Cukuplah setiap seorang sepasang baju baru. Kalau sebelum ini, setiap tahun buat baju melayu, tahun ini geng hero pakai baju kurta berseluar jeans sedia ada sahaja. Itu pun kurta dan baju Yaya beli di saat akhir.
1 Syawal 2020, ulangtahun perkahwinan ke 12.
Alhamdulillah, double celebration orang kata. Raya pertama tahun ini tarikhnya kena pula dengan ulangtahun perkahwinan yang ke-12. Petang terakhir puasa sempat mencari sebiji kek red velvet. Sekadar ambil tanda meraikan ulang tahun perkahwinan. Tak naklah ulangtahun yang ke 12 ni berlalu macam tu saja. Ada kek sebiji, makan anak beranak cukuplah. Hihi. Nak masak sedap-sedap pun tak berbaloi. Juadah raya rumah mak dah sedia menunggu tu.
Sarapan pagi di rumah nasi himpit dan kuah kacang. Selepas tu terus ke rumah mak. Bawa kek anniversary. Menjamu nasi dagang dan kek dengan adik beradik Yaya. Selepas tu ke rumah nenek sebelah suami. Petang ke rumah abang. 3 buah rumah je kami beraya. Dan kami cuma kunjung-mengunjung pada 1 Syawal sahaja. Berbeza sungguh raya 2020.
8 Syawal, sambutan raya di pejabat.
rakan seperjuangan... |
patuh SOP ke tu ? |
Ini je kaum hawa yang ada.. ke sana ke sini kami berlima..hihi. Dari depan Yaya, Hada, Gie, Jie, Yaya. ;) Nama sama..ada masanya kami sendiri pun pening..Haha |
Awal pula pejabat Yaya buat majlis raya. Makan-makan antara kami sahaja, tiada jemputan luar. Meriah sungguh. Tak sangka ramai staff yang bawa makanan. Sedap-sedap semua..sampaikan Yaya tak termakan menu utama iaitu nasi minyak. Sate, lemang, laksa semua ada. Lagu raya je tak ada. Haha.
15 Syawal, Yaya junior dah jadi isteri orang.
7hb Jun, office mate selamat mendirikan rumahtangga. Office mate Yaya yang ni pun di panggil Yaya. Bos panggil Yaya Jr. Dah kebetulan nama timangan kami di rumah sama. Sampai ke pejabat di panggil dengan nama manja. Haha. Sape panggil Yaya dengan nama Azura kalau Yaya tak toleh tu maaflah..tak biasa...haha.
Ini je lah kaum hawa di pejabat. Kami ada baju sedondon , berpakat beli pakai sebab nak pakai masa handle majlis infaq sebelum ni. Dah macam jadi gadis dulang bidang terjun ni. Majlis yang tertunda gara-gara Covid-19 akhirnya terlaksana jua. Tak apa lah tiada kenduri besar-besaran. Selamat menempuh alam rumah tangga buat Yaya dan pasangan. Ucapan buat pengantin baru, semoga bahagia sentiasa, terima kelebihan dan kekurangan pasangan dan sentiasa lah bertolak ansur.
18 Syawal, birthday big boss!
10hb Jun birthday big boss. Haru juga ni nak sambut birthday big boss yang ke-57. Kami rancang untuk buat kejutan sambutan bithday. Tapi masalahnya bos jarang masuk ofis. Satu hal pula nak berpakat sana-sini minta bos datang ofis. Tapi bos boleh hidu je taktik kami..haha.
Banyak juga menu. Prepare semua ni tak guna duit ofis tau. Semua staff hulur sikit sorang. Sporting betul! Tahun depan tak boleh sambut dah birthday boss. Bos dah warning, tua-tua tak sambut birthday dah katanya. Haha.
22 Syawal, makan free!
14hb Jun, bos belanja nasi Arab. Katanya, terharu staf sambut birthday dia, dibalasnya pula dengan sponsor nasi Arab untuk lunch.Nasi Arab lauk kambing dan ayam. |
27 Syawal, selamat hari lahir mak!
19hb Jun genap umur mak 60 tahun. Kami adik beradik sepakat buat makan-makan simple. Asalnya nak menjamu steamboat je di rumah. Tapi mak tambah pula bihun goreng.
Selamat hari lahir mak ! |
Insan istimewa di hati ku |
Selamat Hari Lahir Mak! Tak terbalas oleh kami adik beradik atas segala penat lelah dan pengorbanan mak melahirkan dan membesarkan kami semua. Semoga mak sentiasa berada dalam rahmat Nya.
Perasan tak kek anniversary, kek birthday boss dan kek birthday mak sama je semua..haha.. Kek red velvet cream cheese dari Harold's Bread. Sedap di tekak Yaya..kena bagi juga yang lain merasa. Masa birthday abang Wafiq tahun lepas pun Yaya beli kek red velvet ni. Tapi masa tu ada square size.
Itu je kut majlis sepanjang Syawal. Insya Allah akan kekal terpahat dalam memori.
Tahniah for your wedding anniversary. 18 june tu birthday saya jugak 😆
ردحذفbestnya! Haritu office buat jamuan raya pun banyak makanan sampai ada yang tak sempat nak makan. Banyak jugak eh makan2 dalam sebulan hehe
ردحذفWalaupun berbeza dari tahun yang lain, tetapi tetap ada sambutan kan. Selamat ulang tahun.
ردحذفSamalah Sis, agak tergendala pelbagai agenda gara-gara wabak ni, tapi takpe, ada hikmahnya... Raya tahun ni pun raya tetap raya, cuma dalam norma baharu, kawan-kawan pun baru ni je laa datang beraya rumah Sis...
ردحذفRamai yang terkesan dengan raya tahun ni. Semoga tahun depan dapat beraya seperti sediakala.
ردحذفDi bulan Syawal yang penuh berkah ini ada banyak perayaan rupanya yah. Barakallah untuk anniversarynya.
ردحذفhaha, sama jer kek kak yaya ni.. nampak memang sedap sungguh ni. okay nanti huda nak try beli gak lah kek ni. sedih tahun ni kak yaya kita xleh nk wat gathering cam tahun lepas kan..
ردحذفWah! Penuh dengan kenangan yang bermakna ya Yaya... seronok kan bila dapat disambut dengan mereka yang bererti kepada kita.... oh ya, happy belated anniversary ya... semoga terus bahagia dalam rahmatNya...
ردحذفTahniah. Selamat Hari Raya dan Selamat Ulang tahun... pasti tahun 2020 tidak akan dilupakan kan?
ردحذفDah habis syawal tahun ini, memang betul tahun ini memang berbeza sekali dengan tahun sebelumnya... Norma Baharu jadikan amalan dan kebiasaan #kitajagakita
ردحذفBestnya dpt sambut raya. Mcm sis ni tak kemana mana langsung..hati jadi malas je nak kluar..memang sejarah lah syawal tahun ni
ردحذفbetul la tu sis. norma baru. kita kena amalkan . tahun ni beraya sederhana sahaja. tetapi nikmatnya lain macam
ردحذفtahun ni memang raya yang berbeza kan. alhamdulillah tak pe, asalkan dapat raya juga
ردحذفWah. Meriah makan2 sepanjang syawal. Moga dimurahkan rezki pada yang bestday, tahniah pada yang kahwin dan selamat ulangtahun!
ردحذفMeriah juga Syawal u walaupun lain dari yang lain tahun ni. Alhamdulillah masih ada peluang meraikan Syawal bersama keluarga.
ردحذفMeriah sambutan syawal yaya.. bestnya..
ردحذفTahun ni memg sejarah bagi kita smeua
ردحذفwah meriah raya..btw happy anniversarry.. seronoknya company ade buat jamuan raya..company iena tak buat pun..dia taknak staff berkumpul..kerja pun kene ikut jadual seminggu pejabat seminggu rumah..dia bahagi kumpulan2
ردحذفHappy Marriage anniversary to you and husband! Looking so nice the cake. Just be happy that we are still OK during COVID-19 pandemic
ردحذفYes this year memang sangat berbeza and banyak cabaran, walau macam mana pun raya tetap raya kan.
ردحذف