CUBAAN KILATKAN KUALI GUNA SABUN BURUH VIRAL

CUBAAN KILATKAN KUALI GUNA SABUN BURUH VIRAL | Assalamualaikum. Sabun cap Buruh ni dah lama viral sebenarnya. Yaya pun dah lama tahu tapi buat tak endah je. Sampai la Yaya tengok video Puan Sugu di channel youtube beliau. Puan Sugu dedahkan kuali yang beliau gunakan adalah kuali lama. Tapi tetap nampak berkilat macam kuali baru. Rahsianya, beliau mencuci kuali menggunakan sabun kuning. Bila dibaca di ruangan komen barulah Yaya tahu, sabun kuning yang dimaksudkan Puan Sugu adalah sabun jenama Buruh.

Selepas tu Yaya sasarkan nak beli juga sabun Buruh kalau ke Mydin. Yaya tahu ada jual di Mydin pun bila baca komen-komen yang diberikan  oleh pengunjung. Tapi disebabkan Perintah Kawalan Pergerakan, tertangguh juga lah hasrat Yaya nak ke Mydin.



Terlajak murah sabun untuk kilatkan kuali ni. Harganya cuma RM4.80 sepeket. Dalam tu pula ada 10 ketul sabun yang bersaiz sebesar sabun mandi. Dah la harga murah. Dapat banyak pula tu. Bila nak habis pakai pun tahu ni. Ni pun dah janji dengan mak nak bagi dia cuba sabun tu, cuma belum sempat bagi je lagi. Hihi. 

Harga murah. Kuantiti banyak. Kualiti pula macam mana? Betul ke sabun cap Buruh atau Labour ni mampu membersihkan kuali yang berkarat sampai jadi berkilat? Nampak seolah-olah kuali baru selepas sental? Bahagian bawah kuali yang berkarat hitam legam tu pun boleh dan jadi berkilat katanya.

SABUN CAP BURUH PELBAGAI GUNA


Sabun Buruh ni sabun serbaguna ye. Banyak kegunaannya. Ini yang tertera pada peket pembungkusan.

>> Mengandungi ramuan aktif semulajadi
>> Lembut pada kulit
>> Sesuai untuk mencuci pakaian
>> Menanggalkan gris degil, noda dan minyak


Yaya pertaruhkan kudrat Yaya dan sabun Buruh untuk cubaan membersihkan kuali sampai berkilat. 
Haha. Satu lagi barang yang diperlukan semestinya sabut penyental heavy duty jenama Scotch-Brite. 

Jom basuh kuali sampai berkilat! 

cara hilangkan kerak kuali dengan sabun buruh
Sabun kuning, sila buktikan kamu power hilangkan kerak kuali !

sabun buruh mydin viral
Buih tu dah macam buih Dalgona Coffee.. hihi
Rupa-rupanya memang memerlukan kudrat juga ni. Tak jalan kalau sental dengan sopan santun macam cuci pinggan tu. Berpeluh-peluh sis menyental demi inginkan kuali yang berkilat. Dah la kuali yang dipertaruhkan ni kuali lama. 

Perjuangan Yaya sekerat jalan je. Yaya pass sabut penyental ke tangan suami. Dia pun dari tadi nampak macam teruja nak menyental sama bila nampak dah ada perubahan pada kuali. 

kilatkan kuali dengan sabun buruh
Jauh lagi perjalanan menyental...baru siap separuh permukaan kuali
Yaya akan bersihkan bahagian dalam kuali je ye. Bahagian belakang kuali tu biarlah hitam berkerak macam tu. Bukan tak ada daya, malas pun tak. Tapi nanti kalau dah sental, kuali jadi nipis. Dah nipis nanti cepat panas. Tak pasal pula nanti ikan gorng rentung. Haha. Lagi satu, kalau kuali nipis nanti cepat berlubang.

Cara mudah menyental kuali
Tadaa!!! dah bersih... 
Akhirnya, setelah hampir setengah ja menyental. Ini lah hasilnya. Kuali dah bersih. Berkilat tu adalah sikit-sikit nampak kilatnya. Hahaha. Cubaan menyental kali pertama. Sabun banyak lagi tu..nanti suami Yaya sental lagi. Hihi.


Pendapat Yaya Mengenai Sabun Buruh / Labour

Sabun yang murah, pelbagai guna dan berkesan untuk membersihkan kuali yang bekerak dan berkarat. Untuk pembersihan lain Yaya belum cuba lagi. Nanti dah buka sekolah, boleh cuba pada kolar baju sekolah anak-anak.

Mengenai lembut pada kulit, itu Yaya kurang setuju. Terasa juga kasar dan kering pada tapak tangan. Ala..malam kang sapu la losyen banyak-banyak. Pastu esok sental kuali lagi. Malam esok pakai losyen lagi. Bukan suri rumah la kalau tangan tak kasar. Hahaha. Yang penting kuali kat dapur tu berkilat.

Jadi, kesimpulannya Yaya rekemen korang semua guna sabun Buruh untuk sental kuali sampai berkilat.

Selamat menyental. Hihi.

37 Comments

Terima kasih sudi baca. Komen membina sangat dihargai. Komen yang mengandungi 'link', menggunakan unknown profile tidak akan disiarkan. Harap maklum.

  1. Waahh! menjadi yer? biasanya orang sental hitam kat bontot kuali. Ini dalam kuali pun guna juga yer..

    Memang kerja BURUH betul sental kuali.haha

    ReplyDelete
  2. IQ tak try lg pakai sabun buruh ni. Tapi hari tu IQ try rendamkan kuali dalam air asam keping yang direbus. Rendam dalam setengah jam camtu lepas tu start sental. Sental pakai sabun mandi yang jenis cecair tu. Hasilnya? Tak habis sental sebab ponggong kuali superb punya tebal. Tapi hilang la jugak kesan dia. Mung kena rendam lama sket dan daya nak sental kena double. Hehe

    ReplyDelete
  3. ni dari youtuber indian tu kan. wah menjadi ea.. boleh la try nanti. tak de la hitam je kuali tu. rasa macam nak tukar baru je. haha

    ReplyDelete
  4. beli kat mana tu kak yaya. nak beli gak la nnt

    ReplyDelete
  5. Berkilat haa jadinya. Nak beli juga lah. Mujur mydin dekat je.

    ReplyDelete
  6. Lumcuba lagi sabun buruh lagi. Nnti cari dulu sabun ini kat mana ada jual hehehe :)

    ReplyDelete
  7. alhamdulillah berkesan. memang hebat sabun ni rupanya. bolehlah guna nanti dirumah, tapi kuali masih elok. sebab jarang guna hehe : )

    ReplyDelete
  8. Ini dah macam mau lawan Sugu ni..kuali berlikat. Un betul2 sental hujung minggu sahaja. kalau sental tu..huhuuu kilat tangan tau..

    ReplyDelete
  9. Nak cuba juga la beli sabun ni dan sental kuali tapi selalunya kuali depan senang sikit belakang yg susah sental sebab berkerak.

    ReplyDelete
  10. Minggu raya ni hari2 menyental kuali. Berbaloi la gitu

    ReplyDelete
  11. hamboih serious lah, kuali tu boleh disental sampai clean mcm tu! I pun kena try ni Buruh ni, kuali i dah berkerak sangat dah! :p

    ReplyDelete
  12. wahh menarik ni, nanti nak beli dan cuba lah. boleh sental kuali2 tu hehe

    ReplyDelete
  13. tak pernah jumpa lagi but boleh try nnt ni

    ReplyDelete
  14. mrs pip pun guna sabun ni tau. Harga murah, besar gedabak seketul. Haha, memang happy guna sabun ni nak menyental kuali atau sinki dapur ...

    ReplyDelete
  15. Uish! Menarik ni. Kalau dah viral mesti susah nak cari dah sabun tu. Tapi nanti nk try jugak la cari. Boleh bersihkan apa yang patut kat dapur tu.

    ReplyDelete
  16. Wah! jadi juga and dah lama sis tak nampak sabun buruh ni lagi

    ReplyDelete
  17. Kalau kat kenduri kampung2 pun sabun ni je dorang guna. Memang menjadi. marsha nak cari jugak lah buat standby dirumah.

    ReplyDelete
  18. Baru tau sabun kuning tu sabun burug. Takdan nak baca komen.. Ahhaha.. Tertanya2 juga.. Hah dh tau ni bolehla cari

    ReplyDelete
  19. First time dengar. Kuali dalam xpenah plak berkerak. Haha. Agknye senang sental kot berbanding bontot kuali. Kalau ena ikut petua nenek senang je sebelum masak tu lumur je sabun basuh kt bontot kuali sebelum masak. Jadi hitam tu xmelekat direct. Senang je cuci. Alhamdulillah kuali kite sndiri putih.

    ReplyDelete
  20. Tak cuba kilatkan lagi bontot kuali sebab tak boleh nak melasak lagi sekarang. Tgu lepas dah bersalin habis pantang boleh cuba tips ni😅

    ReplyDelete
  21. Wah tak sangka.. macam dalam iklan TV lah... memang berbeza dan nampak berkilat-kilat..

    ReplyDelete
  22. Memang berkesan ea. Harga sabun ni pun murah je rupanya. Okay, sis nak belilah mcam ni nak menyental kuali pulak nanti

    ReplyDelete
  23. mudah je rupanya. saya belum cuba lagi cara ni, tengok orang mmg dah ramai buat

    ReplyDelete
  24. Tu laaa Mak Sis kata, orang dulu kuali bersih aje, lepas masak cuci dengan sabun buruh, orang sekarang, kuali sampai hitam legam hahahaha...
    Siap Mak gurau kata, nak muka bersih, sental gan sabun tu juga hahahahaha sebab orang dulu mandi guna sabun buruh gak kata Mak..

    ReplyDelete
  25. Wahhh hebat boleh cerah balik kuali.

    ReplyDelete
  26. Wow! Semangat raya nih kan Yaya... Hehehehe... Saya pun guna sabun ni... Untuk kotoran degil selalunya saya rendam dalam air panas campur asam keping... Sonang baitu... Cepat tanggalnya...

    ReplyDelete
  27. Wow it an amazing soap indeed. Nak beli because my kuali has the same problems now too

    ReplyDelete
  28. Benda paling malas nak cuci setakat ni memang kuali. Tapi kalau kita dapat kilatkan dia mmg puas hati gila. ni kena bagitau mak ni

    ReplyDelete
  29. masa kecik dlu sllu la nmpk sabun ni sbb sllu je ada dkt rumah tp dh lama x nmpk..baca blog sis bru teringat

    ReplyDelete
  30. Walaupun viral, masih kena sental jugak la kan? Haha lemahnya bab sental sbb penat dia tk tau nk ckp macam mana.

    ReplyDelete
  31. Assalamualaikum..

    Memang boleh di coba...

    Salam ukwah dari saya untuk anda.....jom follow blog aku ya...

    Semoga ikatan ukhwah kita akan berterusan..

    Terima kasih sekali lagi..ya

    ReplyDelete
  32. tengok video Sugu tu tertanya tanya jugak sabun apa.ingatkan sabun mandi kuning. rupanya sabun buruh. gerenti habis sabun ni kat kedai. macam nak cuba jugalah.

    ReplyDelete
  33. boleh try ni. nnti nk cari gak la

    ReplyDelete
  34. peh.. tak rajinnya mommy nak berus kuali oiiii

    ReplyDelete
  35. Sabun ni halal kan ?? Maaf saya nak tahu. Baru nak kenal .

    ReplyDelete
Post a Comment
Previous Post Next Post