RESEPI KETUPAT SOTONG TERENGGANU, TAK PERLU TANAK BERAS PULUT

RESEPI KETUPAT SOTONG TERENGGANU, TAK PERLU TANAK BERAS PULUT | Hari ni PKP hari yang ke berapa dah? Malas dah nak bilang hari. Hari ni Selasa ke Isnin ke pun nak  kena fikir sejenak. Gitu hah ibaratnya betapa mendap dah otak ni sejak berkurung ni. Dia punya malas tu sampai nak malas pun rasa malas. Haha.

Tapi memasak tak boleh malas. Setiap hari memasak. Kalau ibu malas, kurus lah anak-anak dan suami. Kalau ikutkan kan ibunya makan biskut pun jadi lah. Eh ye ke..baca boleh percaya jangan. Hihi. Semalam En. Suami kata rasa nak makan ketupat sotong. Padahal masa tu sedang makan nasi berlaukkan sambal sotong masak merah. Hmm..kalau dah dia teringin, memang laju dia ke pasar. Sekilo sotong RM26. Dapat 16 ekor sotong saiz sedang untuk sekilo. Segar betul sotong-sotong tu semua. 

Nak buat ketupat sotong ni jangan buat guna sotong saiz besar. Kita mak-mak ni terer dah beli bahan basah. Ni musim PKP kita biar je en. suami pergi pasar sorang-sorang, pandai-pandai lah dia. Hihi. Kalau pergi pasar tu, bagi tahu je nak beli sotong untuk buat ketupat sotong. Macam kes suami Yaya, dia bagi tahu je peniaga tu nak sotong untuk buat ketupat sotong. Dia cerita, penjual tu cakap untuk ketupat sotong kena guna sotong gred C, gred A tak sesuai. Gred tu merujuk kepada saiz sotong ye. Bukan kualiti sotong. 

Ketupat Sotong Terengganu



Ketupat sotong Pantai Timur yang Yaya tahu ada dua versi. Ketupat sotong Kelantan dan ketupat sotong versi Terengganu. Untuk Pahang Yaya tak pasti ada resepi khas atau tak. Walaupun Kelantan dan Terengganu negerinya sebeleh menyebelah, resepi ketupat sotong dua negeri ni berbeza. Di sebabkan Yaya orang Terengganu, Yaya nak berkongsi resepi ketupat sotong Terengganu lah. 

Ada yang tanak dulu beras pulut. Kemudian baru disumbatkan ke dalam sotong. Agak Yaya bagi mereka yang tanak dulu beras pulut mesti tak nak sotong tu nanti pecah kalau terlebih letak beras pulut. Kalau letak yang dah di tanak, pulut tu tak kembang dah. Satu lagi, kalau korang tanak dah pulut tu, tak ada risiko terlebih beras pulut yang dah direndam santan. 

Tapi Yaya tak ada kerajinan pula nak tanak beras pulut tu dulu. Buat kerja sekali harung je. Lagi pun mak Yaya tak pernah pula dia tanak beras tu dulu. Kita ikut resepi mak kita je. Hihi. Yaya kongsikan cara Yaya buat ketupat sotong versi Terengganu. 

RESEPI KETUPAT SOTONG TERENGGANU, TAK PERLU TANAK BERAS PULUT


Bahan-Bahan:

  • Sekilo sotong saiz sedang 
  • 10 sudu makan beras pulut -  basuh dan tapis
  • 1 biji bwg merah - di mayang halus
  • 1 inci halia - di potong panjang
  • 1 sudu kecil halba
  • 1 kotak kecil santan
  • sedikit garam
  • sedikit gula
  • air
  • lidi/pencungkil gigi

Cara penyediaan ketupat sotong Terengganu

  1. Rendam beras pulut dengan santan dalam 40 minit. Sekadar terendam je. Santan kotak tu pekat, masukkan sedikit je, boleh tambah air biasa. 
  2. Bersihkan sotong. Masukkan beras pulut yang dah direndam tu ke dalam sotong. Jangan letak banyak sangat. Lebih kurang 3/4 dari badan sotong tu. Lekatkan dengan lidi atau pencungkil gigi.
  3. Susun sotong ke dalam periuk. Letakkan sedikit air sehingga paras sotong. Masak sekejap dengan api sederhana. Kacau dan masak sampai air hampir kering. Tujuannya supaya nanti santan tak berminyak. 
  4. Dalam periuk yang sama, masukkan baki santan pekat. Tambahkan air, sesuaikan dengan kepekatan kuah.
  5. Masukkan bawang, halia dan halba.
  6. Akhir sekali, perasakan dengan garam dan gula.
  7. Masak lebih kurang 20 minit dengan api sederhana. Nak pastikan sotong dah masak, pulut kat dalam tu pun dah masak elok atau tak, ambil seekor dan makan. Tak ada cara lain dah. Hihi.

Ketupat Sotong Versi Terengganu



Mudah kan membuat ketupat sotong versi Terengganu ni kan? Putih bersih je kuahnya. Sebabnya Yaya sejenis tak boleh tengok kulit sotong tu. Kulit sotong tu lah penyebab kuah ketupat sotong jadi warna merah. Yaya akan bersihkan sotong sebersih-bersihnya. Kepala sotong pun Yaya tak letak. Kalau nak letak kepala sotong tu masukkan je dalam badan sotong sebelum cucuk lidi. 

Yaya tak boleh makan sotong ada kulit. Tak boleh makan sirip sotong. Tak boleh makan kepala sotong. Haishh..banyak pulak songehnya. Haha..tapi itu lah kenyataannya. Siapa banyak cekadak bab sotong macam Yaya? Nak cari geng. Haha. 


4 تعليقات

Terima kasih sudi baca. Komen membina sangat dihargai. Komen yang mengandungi 'link', menggunakan unknown profile tidak akan disiarkan. Harap maklum.

  1. Yaya ni macam tahu tahu je kita teringin nak makan ketupat sotong… sotong dah beli.. boleh laa buat esok….lama sangat tak makan niii

    ردحذف
  2. Kite pun tak suka ada kulit dgn kepala sotong.. Suka makan badan dia yg putih bersih.. Hihi..

    Kite pinjam resepi tau kak yaya.. Malam ni buat ketupat sotong.. Pakwe request..

    ردحذف
  3. Sedapnyam...menjawab soalan yg pasal resepi pahang, saya orang pahang,biasa mak saya buat yg mcm terengganu, and kalau dekt pasar tani @ pasar malam, ad peniaga jual versi kelantan, ada yg jual versi terengganu, tapi terengganu punya sedap!!!!

    ردحذف
  4. Nice Info
    Singgah
    Salam kenal
    Saya baru belajar blog
    ini blog baru saya : https://www.templateppt.eu.org/

    ردحذف
إرسال تعليق
أحدث أقدم