8 TIPS MENANGANI ANAK KERAS KEPALA

8 TIPS MENANGANI ANAK KERAS KEPALA | Jadi, anda mempunyai anak yang keras kepala dan sukar mendengar kata? Jangan risau, anda tidak keseorangan. Ramai ibu bapa menghadapi anak yang keras kepala dan mendisiplinkan mereka merupakan satu cabaran, tetapi tidak mustahil. 

Walaupun rutin harian anda boleh menjadi sangat meletihkan kerana tingkah laku anak anda, tip-tip ini dapat membantu apabila mengasuh anak yang keras kepala.





8 TIPS MENANGANI ANAK KERAS KEPALA

1. Beri mereka pilihan yang banyak


Anda boleh mengajarkan anak anda bertanggungjawab dengan cara tersirat. Daripada menyuruh anak anda untuk melakukan tugasan A, bagi mereka pilihan untuk melakukan tugasan A atau B. Contohnya, suruh anak anda memilih sama ada hendak bersarapan terlebih dahulu atau memakai baju dahulu. Dengan ini anak anda akan berasa seperti merekalah yang menentukan apa yang mereka mahu, dan bukannya kerana anda yang suruh. Tetapi jangan pula tersalah memberi pilihan seperti memilih untuk menonton televisyen atau melakukan kerja sekolah. Mereka tetap perlu melaksanakan tanggungjawab mereka cuma dengan urutan yang mereka sukai.

2. Cipta permainan untuk mereka


Cara lain untuk membentuk tanggungjawab dalam anak anda adalah dengan memberikan tugasan mereka dalam bentuk permainan. Contohnya, jika anda mahukan anak anda mengemas bilik mereka, cipta permainan mengemas kawasan dengan tempoh waktu tertentu. Anak anda akan berasa seperti dia sedang menyertai suatu pertandingan. Apabila anda menjerit ‘satu, dua, mula!’ dan menekan jam randik, anak anda akan berkobar-kobar ingin membersihkan biliknya dengan segera.

3. Laksanakan peraturan dan hukuman


Anak anda perlu tahu apa yang diharapkan daripada mereka. Tiada guna anda ingin menanamkan disiplin dalam rumah jika anda tidak pernah menyatakan peraturan dan hukuman yang akan dilaksanakan. Anda boleh mengadakan mesyuarat keluarga dan berbincang mengenai peraturan rumah. Anda boleh berbincang dengan anak anda tentang apa hukuman yang sesuai jika dia melakukan kesalahan tertentu. Bagi mereka pilihan seperti tidak boleh bermain gajet seharian, tidak boleh bermain permainan seharian atau perlu melakukan tugasan rumah tertentu. Ini membuatkan anak anda berasa lebih bersemangat ingin mematuhi peraturan rumah. Buat senarai peraturan dan hukuman serta letakkan di tempat yang boleh dilihat.


4. Bekerjasama dengan mereka


Mengubah pendekatan anda dengan anak anda yang degil dapat mengubah tindak balas mereka. Daripada memberitahu mereka apa yang perlu dilakukan, cuba untuk bekerjasama dengan mereka. Gunakan pernyataan seperti “mari kita lakukan ini …”, “apa kata kita cuba untuk …” bukannya “Saya mahu kamu lakukan …”. Anda juga boleh membuat anak anda berasa berbangga melakukan sesuatu tugasan. Sebagai contoh, jika anda mahu anak anda yang keras kepala menyimpan mainannya, anda boleh melakukannya sendiri dan minta dia menjadi “pembantu khas” anda.

5. Jadi pendengar yang baik


Kadangkala sebagai ibu bapa, kita cepat menghukum anak atau hanya mendengar daripada satu sisi. Ini akan membuatkan anak anda lebih keras kepala di masa akan datang. Anda perlu menjadi pendengar yang baik dan membuatkan mereka berasa bahawa mereka berharga di sisi anda. Biarkan mereka bercakap dan dengarkan pandangan mereka. Tanya soalan yang bermakna kepada mereka dan bukan sekadar ‘bagaimana sekolah hari ini?’ Tetapi perkara yang lebih spesifik seperti ‘ada perkara yang menyedihkan berlaku hari ini?’

6. Letakkan diri anda dalam situasinya


Kadangkala anda hanya perlu berhenti dan berfikir tentang apa sebenarnya yang dirasai anak anda. Adakah dia tertekan, takut atau sedih? Walaupun anda ingin mengajarkan mereka disiplin dan tanggungjawab, jangan mengharapkan mereka menjadi si kecil yang dewasa. Mereka masih kanak-kanak, mahu melakukan perkara kanak-kanak, belajar, bermain dan meneroka dunia. Biarkan mereka mejadi anak kecil!

7. Jadi contoh teladan yang baik


Walaupun sukar, anda sepatutnya kekal tenang pada setiap masa. Jika anda menjerit pada anak anda, mereka akan berasa seperti mereka juga mempunyai hak untuk menjerit. Anda mungkin berkata ‘jangan menjerit!’ sedangkan anda sedang melakukan perkara yang sama. Anda mungkin mengatakan kepada mereka jangan menipu, tetapi bila ada tetamu yang tak anda senangi di pintu, anda menyuruh mereka menipu dengan mengatakan ’emak tiada di rumah’. Anak anda mencontohi peribadi anda tanpa anda sedari. Jika anda ingin membentuk anak dengan peribadi baik, mulakan dengan keperibadian anda sendiri.

8. Lihat yang positif dalam anak anda


Apabila anda berasa begitu lemah semangat dengan anak anda, cuba untuk mencari yang positif dalam diri mereka. Ia mungkin akan mengambil masa. Fikirkan kekuatan anak anda. Cuba untuk menyenaraikan kekuatan dan kebaikan anak anda, pasti ada yang akan anda temui. Tumpukan perhatian anda untuk mengembangkan kebaikan mereka itu. Dan selalu ingatkan diri anda tentang kebaikan mereka.

Mungkin sangat sukar berhadapan dengan anak anda yang degil ini. Tetapi sayangilah mereka. Luangkan masa dengan mereka. Tarik nafas dalam-dalam dan yakinlah bahawa anda pasti boleh menangani anak anda dan membentuk mereka menjadi seseorang yang hebat!


Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.


Oleh Helma Hassan
Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor




12 تعليقات

Terima kasih sudi baca. Komen membina sangat dihargai. Komen yang mengandungi 'link', menggunakan unknown profile tidak akan disiarkan. Harap maklum.

  1. bagi kasih sayang yang cukup...in shaa Allah anak akan jadi lebih baik dan mendengar arahan

    ردحذف
  2. 9. Sentiasa memohon doa untuk kelembutan hati mereka.

    ردحذف
  3. i wonder how my mom manage to take care of me since i'm a bit keras kepala too ;(
    i miss my mom now

    ردحذف
  4. Good sharing kak, takda la susah nanti cikgu nak handle dekat sekolah hehe.
    Singgah and follow blog ni ya. Jemput melawat blog saya jika berkelapangan :)

    ردحذف
  5. Kakak sangat well behaved tapi adik suka boss around, haha..takpela kecik lagi, nanti dah besar umi ajar jangan nak bossy2 sangatlah. Btw salam Ramadhan kak..

    ردحذف
  6. yang penting kena letakkan kaki kita dalam kasut diorang kan...berfikir dengan cara diorang berfikir...perghhh boleh ambik kursus pendidikan awal kanak2...haha

    ردحذف
  7. anak2 sy semakin degil bila remaja. asyik main gajet je. kena rotan ni!

    ردحذف
  8. Bagus tips niii... normal laa ibu jadi singa kejap kalau anak tak nak dengar kata.. tapi pelik betul sepanjang PKP ni banyak pulak sabar nih...ahahaha

    ردحذف
  9. dengan anak ni kena try and error..kalau dengan cara yang ni tak jalan, guna cara yang lain..Yanng penting kena berlembut dengan diorang selalu

    ردحذف
  10. Bila berdepan dengan budak2 yang keras kepala silap2 saya yang keras kat situ. Speechless 😂😂

    ردحذف
إرسال تعليق
أحدث أقدم