Adik Wazif Darjah 1, Cepat Sesuaikan Diri Di Sekolah

Assalammualaikum,

Adik Wazif Darjah 1, Cepat Sesuaikan Diri Di Sekolah | Dah sebulan lebih berlalu persekolahan sesi 2020. Adik Wazif tahun ni darjah 1. Pada mulanya Yaya dan suami agak risau. Memikirkan fizikal adik Wazif yang agak kecil nak dibandingkan ketinggian rakan-rakan seusia. Mesti agak sukar nak membeli di kantin sekolah, dengan nak menggalas beg sekolah yang berat lagi.



Rupa-rupanya risau kami tak bertempat. Pada hari pertama persekolahan Yaya tengok ramai je budak darjah 1 yang bertubuh kecil. Yang terlajak tinggi pun ada. Hihi. Dari segi pergaulan kami tak risau. Adik bukan seorang yang pendiam ataupun pemalu. Dia mudah bergaul dan mudah bawa diri. Sekejap je dapat kawan.

Hari pertama kami hantar sampai ke kelas. Kemudian waktu rehat datang sekejap. Tengok macam mana dia di kantin. Nampaknya tak ada masalah di kantin sekolah. Tahu membeli makanan dan minuman. Dah bawa bekal air masak tapi teringin nak milo ais. Bawa makanan ke meja pun nampak adik berhati-hati. Lepas tu balik sekolah Yaya datang sekolah lagi sekali. Ajar adik laluan dari kelas ke tempat menunggu van. Dalam sekolah pun sibuk dengan kenderaan guru.



Hari kedua sama macam hari pertama. Bezanya, hari kedua Yaya intai dari jauh. Bagi adik buat semua sendiri. Alhamdulillah..nampak mudah je bagi adik. Kawan masa rehat pun ada. Berjaya naik van. Tak lengah-lengahkan masa..kan tak pasal-pasal pakcik van tunggu lama.

Hari ketiga persekolahan jatuh hari Ahad. Walaupun selepas bercuti hujung minggu 2 hari Yaya tak jenguk dah. Sedapkan hati dan percayakan adik. Alhamdulillah semuanya dipermudahkan.

Namun, ada satu hari tu hujan. Yaya terdetik nak jenguk adik. Waktu tu dah habis waktu persekolahan.  Sepatutnya adik ada di pondok tunggu van. Pakcik van ambil pelajar kat sekolah lain dulu. Jarak pun tak jauh mana. Dalam bandar ni juga. Sampai je Yaya kat sekolah terkejut Yaya tengok adik. Berlari dalam hujan bersama seorang lagi kawan. Fuh..seronok betul nampak gayanya.



Nampak je Yaya dia tak terkejut pun. Takut pun tak. Yaya pun tak rasa nak marah. Nak gelak je masa tu. Yaya cuma kata 'Nape adik mandi hujan..habis basah. Ibu nak ambil gambar bagi tahu ayah.' Saje nak bagi dia takut. Tapi lain pula respon dia.  'Ok ibu, jom!' sambil sambung berlari dalam hujan rintik-rintik, siap berposing lagi dengan kawan. Alahai adik...

Membeli di luar pagar sekolah, belanja kawan-kawan

Excited dapat pegang duit sendiri. Bagi RM 3 habis, bgi RM 4 pun habis. Bawa bekal, bekal habis, duit pun habis. Bawa air masak, beli milo ais, tapi air masak tetap habis. Haha.

Padahal sebelum ni tak pernah pergi kedai sendiri. Ni dah dapat pegang duit sendiri seronok betul dia berbelanja.

Luar pagar sekolah tu macam-macam jajan ada. Menjaja tanpa kebenaran. Adik tak keluar pagar pun. Hulur tangan je celah pagar je. Dibelinya macam-macam. Siap belanja kawan-kawan. Kalau belanja di kantin sekolah tak apa lah, ini beli kad mainan tak berfaedah.

Bukan tu je. Pandai dah dia pergi koperasi sekolah. Sempat lah beli 2 pengasah pensel walaupun dah ada dalam bekas pensel dia.

Minggu pertama persekolahan je jadi macam tu. Selepas Yaya sediakan tabung khas duit baki sekolah, tak ada dah beli mengarut. Setiap hari simpan duit dalam tabung. Suka dia tengok duit dia bertambah dari sehari ke sehari.


Beg sekolah dalam gambar tu dah masuk stor. Hihi. Saiznya besar sedikit..tak padan dengan adik. Dah gantikan dengan beg yang lebih kecil, lebih ringan. Buku pun tak banyak..setiap hari bawa buku teks je. Pastu kalau ada kerja rumah ada lah bawa balik buku latihan kecil tu.

Adik Wazif dah keluar dari program DLP. Entri seterusnya Yaya cerita ye..

Terima kasih sudi baca.

1 تعليقات

Terima kasih sudi baca. Komen membina sangat dihargai. Komen yang mengandungi 'link', menggunakan unknown profile tidak akan disiarkan. Harap maklum.

إرسال تعليق
أحدث أقدم