Assalamualaikum,
Penghadang diletakkan, beteng pasir dibina dan pasir di ratakan. Ini untuk mengelakkan terjadi alunan air. Siput-siput kecil juga dikutip dan dialihkan. Nanti barulah air nampak tenang.
SKY MIRROR KUALA SELANGOR, TARIKAN MENARIK DI MALAYSIA HARUS DIKUNJUNGI | Yaya masih belum boleh move on dengan pengalaman manis mengikuti famtrip oleh Tourism Malaysia. Sangat banyak tempat menarik untuk dikunjungi di Malaysia.
Kali ini Yaya nak berkongsi tarikan pelancongan terkini di Selangor iaitu Sky Mirror. Sky Mirror bertempat di Kampung Sasaran, Kuala Selangor. Perjalanan menaiki bas dari Hotel Red By Sirocco, Kuala Lumpur ke Kuala Selangor memakan masa lebih kurang 2 jam.

Apa itu Fenomena Salar De Uyuni?
Fenomena alam Salar De Uyuni yang sebelum ini sangat terkenal di negara Bolivia kini boleh dialami sendiri di Malaysia.
'Salar' bermaksud dataran garam dalam bahasa Sepanyol. Manakala 'Uyuni' berasal dari bahasa Aymara dan bermaksud pena (kandang)
Uyuni adalah nama keluarga dan nama bandar yang berfungsi sebagai pintu masuk bagi pelancong yang melawat Salar.

Fenomena Salar de Uyuni di Kampung Sasaran ini tidak selalu berlaku kerana ia sebenarnya sebuah kawasan pantai. Ianya hanya terjadi 6 hari pada setiap bulan mengikut kalendar lunar masyarakat Cina iaitu pada pertama, ke-2, 14, 15, 16 dan 30. Kalau anda tak pasti berapa haribulan mengikut kalendar Masihi, boleh buat rujukan di Google. Waktu berlaku air surut ini antara pukul 10.30 - 11.00 pagi
Perjalanan dari jeti Kg Sasaran mengambil masa kira-kira 30 minit. Sky Mirror Kuala Selangor sangat istimewa kerana keunikan beting pasir yang wujud di tengah-tengah perairan Selat Melaka. Keluasannya pula bersamaan dengan 50 padang bola!
Semasa kami tiba dianggarkan seramai 500 orang berada di permukaan Sky Mirror ketika itu. Agak gerun juga pada mulanya membayangkan diri ini sedang berada di tengah-tengah lautan! Apabila air laut kembali pasang kawasan tersebut akan ditenggelami air kembali menjadi lautan.
Siap sedia berposing di Sky Mirror Kuala Selangor!
Jangan bimbang sekiranya tak kreatif untuk berposing. Pakej yang diambil siap dengan jurugambar. Jurugambar akan memberi tips untuk mendapatkan gambar yang cantik. Props juga disediakan. Disyorkan untuk memakai baju bewarna terang. Barulah nampak menyerlah cerminan di dalam gambar nanti.
Yaya kongsikan di sini gambar-gambar menarik di Sky Mirror. Banyak sangat gambar. Rasa macam nak letak semua. Haha.
Tak sangka pula boleh melompat. Biasa ambil gambar melompat ni susah benar nak jadi elok macam ni.
Tak nak pergi Paris dah. No more Eiffel Tower. Bergambar di Sky Mirror pun cantik apa. hihi.
Wakil media pantai timur.
Wakil media dari selruh Malaysia berkumpul di Sky Mirror.
Bersama blogger Sis Lin & Sunah
Ditengah-tengah lautan
Bersama blogger Huda Halid, Che Nor dan wartawan Nor Khalilah dari Sinar Harian
Bukan mudah sebenarnya untuk mendapatkan hasil gambar yang menarik. Perlu ada kreativiti. Tour guide merangkap juga photographer yang membawa kami akan menyiapkan tempat untuk bergambar terlebih dahulu.
Semasa kami tiba dianggarkan seramai 500 orang berada di permukaan Sky Mirror ketika itu. Agak gerun juga pada mulanya membayangkan diri ini sedang berada di tengah-tengah lautan! Apabila air laut kembali pasang kawasan tersebut akan ditenggelami air kembali menjadi lautan.
Siap sedia berposing di Sky Mirror Kuala Selangor!
Jangan bimbang sekiranya tak kreatif untuk berposing. Pakej yang diambil siap dengan jurugambar. Jurugambar akan memberi tips untuk mendapatkan gambar yang cantik. Props juga disediakan. Disyorkan untuk memakai baju bewarna terang. Barulah nampak menyerlah cerminan di dalam gambar nanti.
Yaya kongsikan di sini gambar-gambar menarik di Sky Mirror. Banyak sangat gambar. Rasa macam nak letak semua. Haha.
Tak sangka pula boleh melompat. Biasa ambil gambar melompat ni susah benar nak jadi elok macam ni.
Tak nak pergi Paris dah. No more Eiffel Tower. Bergambar di Sky Mirror pun cantik apa. hihi.
Wakil media pantai timur.
Wakil media dari selruh Malaysia berkumpul di Sky Mirror.
Bersama blogger Sis Lin & Sunah
Ditengah-tengah lautan
Bersama blogger Huda Halid, Che Nor dan wartawan Nor Khalilah dari Sinar Harian
Bukan mudah sebenarnya untuk mendapatkan hasil gambar yang menarik. Perlu ada kreativiti. Tour guide merangkap juga photographer yang membawa kami akan menyiapkan tempat untuk bergambar terlebih dahulu.
Penghadang diletakkan, beteng pasir dibina dan pasir di ratakan. Ini untuk mengelakkan terjadi alunan air. Siput-siput kecil juga dikutip dan dialihkan. Nanti barulah air nampak tenang.
Bersama wakil media pantai timur Kredit gambar : Amazing Terengganu (Instagram) |
Macam ni lah keadaaan di sebalik tabir. Untuk dapatkan gambar yang cantik, struggle is real guys. Haha.
Jadi korang jangan pening-pening, ambil pakej dengan tour agent. Semuanya disediakan.
Harga Sky Mirror Tour
Untuk warganegara Malaysia:
- Dewasa RM 80.00
- Kanak-Kanak RM 60-00
Bukan Warganegara:
- Dewasa RM 120.00
- Kanak-Kanak RM 100.00
Berhajat juga untuk bergambar di bawah cerminan langit? Boleh hubungi maklumat di bawah untuk mengetahui tarikh trip yang tepat berlakunya fenomena salar de uyuni.
Jeti Sky Mirror Kuala Selangor,
Jalan Sultan Mahmud,
45000 Kuala Selangor, Selangor Darul Ehsan,
Malaysia
Telephone : +60107785555 / +60193809722 / +60105091007
xpuas la g hari tu..rasa nak g lagi jer..:)
ReplyDelete