Firdausy Seafood Corner, Ikan Celup Tepung (ICT) Tepi Pagar Airport | ICT ni dah sinonim sangat dah kan dengan negeri pantai timur ni. Kalau di Terengganu, salah satu warung ICT yang menjadi tumpuan ramai semestinya
Warung ICT Pok Nong di Mengabang Telipot. Tapi kali ni Yaya nak share dengan korang satu lagi warung ICT yang best di Terengganu, kena dengan selera Yaya. Warung ICT yang dimaksudkan adalah Firdausy Seafood Corner.
Firdausy Seafood Corner, Ikan Celup Tepung (ICT Terengganu) Best Bertempat Di Tepi Pagar Airport, Tok Jembal
Sebelum ni memang agak jarang Yaya berjalan-jalan bawa keluarga ke kawasan sekitar Teluk Ketapang atau Tok Jembal ni. Rasa macam jauh je nak pergi. Tapi sebenarnya tak jauh mana pun dari pusat bandar Kuala Terengganu. Bila dah ada drawbridge aka jambatan angkat memang perjalanan jadi makin dekat. Traffic light pun tak banyak kena tempuh. Dapat tengok laut di sepanjang jalan memang best. Yaya orang Terengganu pun tak pernah jemu tengok laut, orang luar berkunjung ke Terengganu lagi lah teruja kan.
Ada macam-macam makanan goreng-goreng di Firdausy Seafood Corner ni ni. Ada ikan, udang, sotong, bayam. Semuanya bercelup tepung. Kalau bernasib baik ada telur sotong celup tepung. Semua fresh-fresh. Keropok lekor dan mee goreng pun ada.
Disebabkan jarang berkunjung ke ICT area Tok Jembal ni kami order semua yang bercelup tepung tu serba satu.
Maaf lah ye korang, hujan-hujan ni Yaya bagi korang tengok gambar makanan. Yaya sendiri tengok pun dah terbau-bau hidangan ICT ni. Ikan celup tepung Terengganu sape je yang tak terliur. Lagi lah hujan-hujan ni, lapar sokmo.
|
Ikan Selayang Celup Tepung RM 2 Seekor |
|
Udang Celup Tepung RM 10 Sebekas |
|
Sotong Celup Tepung RM 7 Sebekas |
|
Telur Sotong Celup Tepung RM 7 Sebekas |
|
Tuke Celup Tepung RM 5 Sebekas |
|
Bayam Celup Tepung RM 2 Sebekas |
|
Cendawan Celup Tepung RM 2 Sebekas |
Kalau tak nak makan celup tepung..pilihan makanan bersup pun ada. Laksa Penang dan ABC pun ada..
Setakat 2 kali Yaya pergi dalam masa terdekat ni alhamdulillah senang dapat tempat duduk. Warung luas dan banyak meja. Makanan pun cepat dapat. Tak perlu beratur panjang-panjang. Mungkin Yaya pergi time hujan kut..orang malas keluar rumah, jadi tak sesak mana keadaannya.
So far Yaya memang rekemen lah Warung Firdausy kalau ada yang nak merasa ICT Terengganu ni. Sesiapa yang berhajat nak pergi boleh lah refer maps bawah ni.
lama dulu saya pernah ke kuala trengganu, era ibu_suri kuat ajak berjalan jauh ( walaupun sebenarnya poket kering ). trengganu memang banyak masakan celup tepung terutama di tepi pantai...
ردحذفSedapnya. Cendawan celup tepung tu favourite saya.
ردحذفmemang sedap kan yaya :) terliur lak aihh :)
ردحذف