Assalamualaikum,
Saat mahu melangkah masuk ke dalam kedai, sudah siap sedia staff menyambut kedatangan pelanggan di hadapan kedai. Disambut dengan ucapan selamat datang. Yaya ditanya keperluan apa yang dicari. Yaya bagi tau lah nak cari baju sekolah. Ada staff lain datang terus layan Yaya. Staff yang jaga bahagian seragam sekolah lah ni. Tip top sungguh layanan staff Hari-Hari.
Jimat Berbelanja Kelengkapan Sekolah Di Pusat Pakaian Hari-Hari | Lega rasanya dapat sediakan awal kelengkapan sekolah anak-anak. Kalau tunggu hujung bulan nanti bersesak pula. Dah dekat-dekat nak buka sekolah pasti ramai yang nak selesaikan persiapan terakhir. Dengan musim hujan ni, cuaca tak menentu tak berani nak Yaya ank tunggu saat akhir. Nampak cuaca cerah je terus Yaya ajak anak-anak cari kelangkapan sekolah. Tahun ni Yaya pilih Pusat Pakaian Hari-Hari untuk beli uniform sekolah untuk adik Wazif dan abang Wafiq.
Bila ada dua orang anak bersekolah rendah ni semuanya nak kena fikir. Bajet kewangan lah terutamanya. Adik Wazif akan melangkah ke Tahun 1 pada tahun hadapan, sah-sah la serba-serbi kena beli baru. Yaya nak share pengalaman beli kelengkapan sekolah anak-anak di Pusat Pakaian Hari-Hari di cawangan Jalan Masjid Abidin, Kuala Terengganu.
Marilah Pergi Hari-Hari |
Pusat Pakaian Hari-Hari cawangan Jalan Masjid Abidin |
Saat mahu melangkah masuk ke dalam kedai, sudah siap sedia staff menyambut kedatangan pelanggan di hadapan kedai. Disambut dengan ucapan selamat datang. Yaya ditanya keperluan apa yang dicari. Yaya bagi tau lah nak cari baju sekolah. Ada staff lain datang terus layan Yaya. Staff yang jaga bahagian seragam sekolah lah ni. Tip top sungguh layanan staff Hari-Hari.
Baju Sekolah Murah Dan Berkualiti Jenama Jony & Jeny dan No Problem
Ada 2 jenama seragam sekolah di Hari-Hari. Baju sekolah jenama Jony & Jeny dan No Problem sangat berkualiti tau. Jahitan kemas. Menggunakan material kain berkualiti Ada pilihan kain cotton dan juga kain licin. Warna pun cantik..warna putih nila.
Dah la kualiti pakaian seragam Hari-Hari setanding dengan jenama lain dengan ketebalan kain cottonnya. Tapi bayar dengan harga lebih murah. Korang boleh dapat dengan harga kurang dari RM65 untuk full set baju, seluar, kasut dan stokin untuk size paling kecil. Jadi, buat apa berbelanja lebih kalau boleh jimat. Hihi. Jadi akauntan keluarga ni kena bijak berbelanja. Kena pandai buat pilihan. Banyak lagi peruntukan nak kena fikir. Nanti nak daftar sekolah, beli buku. Mana boleh jimat, Yaya jimat.
Suka Yaya tengok anak-anak mencuba pakaian seragam sekolah. Adik Wazif lah terutamanya. Dia sangat teruja. Nampaknya adik dah bersedia nak masuk sekolah rendah.
Untuk adik Wazif Yaya peruntukan 3 pasang seragam sekolah dan sepasang kasut hitam. Abang Wafiq pula Yaya belikan sepasang seragam sekolah. Tahun lepas baju baru dah 3 pasang. Jadi tahun ni sepasang cukuplah, ganti mana yang nampak lusuh. Kasut sekolah abang Wafiq dah pakai kasut baru sebelum berakhir sesi persekolahan baru ni.
Kasut sekolah jenama Jony & Jeny untuk adik. Yaya pilih kasut material PVC. Tampak elegan dan ringan bila dipakai. Tak perlu dibasuh dengan kerap. Nanti kita sembur dengan pembasmi kuman dan pewangi je. Hihi. Harga sepasang RM (42.90). Ada banyak lagi pilihan kasut sekolah dengan pelbagai range harga.
Baju sekolah jenama Jony & Jeny (RM 19.90) dan seluar sekolah jenama No Problem (RM 29.90). Yang ni untuk abang Wafiq. Total RM 49.80 untuk sepasang uniform sekolah.
Untuk sepasang baju sekolah jenama No Problem cuma RM 41.80 untuk saiz adik Wazif. Baju RM 16.90 dan seluar RM 24.90. Yaya beli 3 helai seluar.
Kalau tadi jenama No Problem untuk saiz 13 RM 16.90. Tapi untuk jenama Jony & Jeny untuk adik Wazif saiz 12 dah ok dan harga RM 15.90 sehelai. Yang ni Yaya beli 2 helai.
Tengok lah jahitan tu. Kemas je kan. Yaya memang puas hati sangat-sangat berbelanja keperluan sekolah anak-anak di Hari-Hari.
Pelbagai Keperluan Sekolah Di Hari-Hari, Bukan Hanya Baju Sekolah
Memudahkan! Tak perlu pergi banyak kedai. Pendek kata semua kerperluan sekolah ada. Hari-hari memang meraikan Back to School lah!
Antara keperluan kembali ke sekolah di Hari-Hari :
- uniform
- vest
- kasut sekolah
- stokin
- alat tulis
- botol air
- pelbagai jenis beg sekolah
- songkok / kopiah / serkup
- tudung
- tali pinggang
- sapu tangan
- singlet / pakaian dalam
- tali pinggang
- pakaian sukan
- dan pelbagai lagi..hehe
Pelbagai Jenis Keperluan Sekolah di Hari-Hari |
Alat tulis dan botol air pun ada di Hari-Hari |
Free Gift Dan Tawaran Menarik di Pusat Pakaian Hari-Hari
Dah berbelanja pastu dapat pula hadiah. Sekarang ni sedang berjalan kempen “Kembali ke Sekolah“ sehingga 31 Disember 2019. Jadi Pusat Pakaian Hari-Hari meraikan pelanggan yang berbelanja di Hari-Hari.
- Setiap pembelian RM30 ke atas - 1 kalender tahun 2020.
- Setiap pembelian RM120 ke atas - 1 pasang stokin putih
- Setiap pembelian RM150 ke atas - 2 pasang stokin putih @ sepasang kasut putih
- Pembayaran melaui CIMB debit / kredit kad layak untuk menerima tambahan diskaun sebanyak 15%
Ni Yaya dah share ni, korang alert ye..nak diskaun tambahan 15% buat pembayaran guna debit / kredit card CIMB. Jimat..jimat..
Banyaknya Cawangan Pusat Pakaian Hari-Hari !
Hah..jangan tak tau. Pusat Pakaian Hari-Hari ada 86 cawangan seluruh Malaysia. Boleh check cawangan mana yang berdekatan dengan kediaman korang di www.hari.com.my
Boleh Beli Pakaian Sekolah Online lah ! Ada DISKAUN 15%, FREE SHIPPING!
Bagi yang tak suka bersesak-sesak di kedai dengan anak-anak kecil yang macam-macam ragam, korang jangan bimbang. Boleh beli online je. Semua hanya di hujung jari. Tak perlu berdepan dengan traffic jem, parking, bazir masa, bazir duit dan bazir tenaga macam tu je kan. Kalau Yaya dah tension dah ni. Silap-silap satu apa tak beli. Balik rumah tangan kosong. Penat je dapat. Haha.
Hari-Hari dah lancarkan
pembelian atas talian di www.ehari.com Semua barangan sekolah diskaun 15% untuk pembelian atas talian. FREE SHIPPING
untuk pembelian minima RM50.
Mengenai saiz pula, korang tak perlu bimbang. Ada panduan saiz baju di website. Andai kata korang tersalah beli saiz boleh je buat pertukaran di cawangan Hari-Hari yang berdekatan dengan korang. Nak tukar guna perkhidmatan kurier pun boleh. Mudah kan.
Alhamdulillah..dah selesai keperluan sekolah anak-anak ibu. Korang dah ke belum?
Untuk maklumat lanjut layari:
Facebook :
Instagram :
Pembelian atas talian di:
Pusat Pakaian Hari Hari memang sesuai untuk membeli belah barang barang ‘back to school’. Semua ada dalam satu bumbung dan harga pun murah!
ReplyDeleteanak-anak saya pun dah shopping pakaian seragam sekolah.. biar awal takut nanti orang terlalu ramai atau tiada size pula..
ReplyDeleteWah. Menariknya harga kelengkapan sekolah kat Hari-Hari nie.
ReplyDeleteKalau la kat SIbu, Sarawak ada kedai Hari-Hari, bahagia kehidupan Rawlins membelikan kelengkapan anak2 saudara Rawlins
musim nak bukak sekolah ni banyak betul nak pakai duit T_T
ReplyDeleteKak nina suka beli kelengkapan sekolah kat Hari-Hari sebab one stop center. Semua ada setempat. Lagipun kualiti superb dan harga mampu beli. Nak nak macam kak nina ni punya 4 orang anam yang bersekolah. Hari-Hari terbaik laaaa
ReplyDeleteIngat masa zaman sekolah dulu, Mama auni memang akan shopping dekat Hari-Hari, memang berbaloi sangat ! Auni pun suka beli baju kat Hari-Hari..
ReplyDeleteWah, baguslah Hari-Hari ni. Jadi, tak perlulah nak risau kalau beli online tapi saiz tak berapa nak sesuai, sebab boleh tukar di cawangan terhampir. Servis macam ni sangat user friendly. Terbaik!
ReplyDeletesamalah saya pun shopping di hari2 juga. insyaAllah tahun ni pun sama
ReplyDeletefew years back, pernah melawat hari hari di mitc.
ReplyDeletedpt vocer dari sekolah. tapi tu la, aida kurang minat. material nya kurang sesuai bagi aida.
harga nya so so jer lah. standard price di mana-mana.
but ok la. shopping everything under one roof kan.
and mostly dpt vocer masuk hari hari ni. tu menjimatkan.
AM pun kalu nak beli barangan keperluan sekolah anak2 mesti beli kat Hari2.. Mmg berbaloi, berkualiti n harga berpatutan
ReplyDeletePusat pakaian Hari Hari memang jual pakaian sekolah yang berpatutan. Semua ada kat sini kan. Saya dah siap beli baju anak anak tinggal nak beli baju sekolah yang sulung je sebab baju dia warna purple.
ReplyDeleteSenang shopping awal-awal bajus ekolah anak.. Lagi shopping dekat pakaian hari-hari.. Murah, semua ada serba lengkap
ReplyDeleteHari Hari memang kedai favourite, harganya murah dan pakaian sekolah berkualiti.
ReplyDeleteZaman kita sekolah tak ada Hari-hari ni jadi memang susah nak cari baju sekolah yang murah sekarang banyak berkualiti dan juga sangat bagus. Kita kalau pergi Hari-Hari ni beli baju tshirt jer sebab banyak saiz besar hehehehe..
ReplyDeleteBoleh consider beli baju dekat sini nnti. Harga berpatutan dan nmpk macam ada banyak pilihan. Hehe. Mana la nk cari kedai ni dekat area PJ
ReplyDeleteMemang berbaloi berbelanja pusat pakaian hari-hari. Terutana pakaian sekolah. Kain juga sgt berkualiti
ReplyDeleteKedai Hari-Hari ni memang jimat. Tiap tahun memang mak selalu bawa adik-adik datang beli baju sekolah kat sini. Seronoknya dah shopping baju sekolah baru
ReplyDeleteSoping sakan ni .. hari2 mmg kedai feberet utk beli kelengkapan sekolah anak2.
ReplyDeletealhamdulillah masih ada tempat untuk kita berjimat cermat. sekurang kurangnya kita boleh spend kepada keperluan lain pula. yang penting kualiti di hari hari sama dengan yang berjenama.
ReplyDeleteDekat Hari-Hari memang harganya jimat dan berbaloi-baloi. Macam emi sendiri belum ada anak, so tak tahu sangat bab baju sekolah ni. Tapi ada terbaca dalam group whatsapp family, kakak-kakak emi duk sembang sesama dorang pasal beli baju sekolah kat Hari-hari ni jimat. Dah la kualiti kainnya elok.
ReplyDeletesama la kita..selalu shopping kat hari2 je tiap kali nak buka sekolah :-)
ReplyDelete