Cerita Orang Bersalah, Jarang Dapat Dengar Lagu Macam Ni

Assalamualaikum,

Cerita Orang Bersalah, Jarang Dapat Dengar Lagu Macam Ni | Yaya boleh dikategori ketinggalan bab lagu-lagu terkini. Dah menjadi siulan, dah hit, dah masuk pertandingan, silap-silap dah juara baru tau kewujudan lagu tu.

Terkini, Yaya baru tahu juga AJL dah berlangsung ke peringkat separuh akhir. Itu pun tak sengaja dengar di youtube. Yaya dengar semua lagu-lagu yang bertanding. Banyak lagu yang tak tahu dari tahu..Haha..

Salah satunya lagu Sumpah dari Ainal Abdul. Kali pertama juga dengar nama dia. Best sangat lagu Sumpah Aina Abdul ni..dengar sekali nak dengar berkali-kali. Tak puas. Nyanyian dia betul-betul menusuk jiwa.

Bila dengar betul-betul, tengok lirik..owh .. ceritanya mengenai kekesalan seorang perempuan yang melukai hati pasangan. Biasa kita dengar lagu jalan ceritanya pasangan buat hal kan? Lain dengan lagu Aina ni..dia sendiri yang mempermainkan cinta..pastu rasa sesal..gitu...hihi



Lirik Lagu Sumpah - Aina Abdul

Sumpah tiada niat
Untuk aku mendustakan kita
Berat hatiku sepi jauh
Engkau pergi

Bodohnya aku melepaskanmu
Sesal yang ku rasa menghantui diriku
Sampainya hatiku
Lukakan cintamu
Pedih kau rasa dulu
Kini dekatku

Sumpah aku berdosa
Permain ragamu
Menghina dirimu
Berat hatiku sepi jauh
Engkau pergi

Bodohnya aku melepaskanmu
Sesal yang ku rasa menghantui diriku
Sampainya hatiku
Lukakan cintamu
Pedih kau rasa dulu
Kini dekatku

Bodohnya aku melepaskanmu
Sesal yang ku rasa menghantui diriku
Sampainya hatiku
Lukakan cintamu
Pedih kau rasa dulu
Kini dekatku

Bodohnya aku melepaskanmu
Sesal yang ku rasa menghantui diriku
Sampainya hatiku
Lukakan cintamu
Pedih kau rasa dulu
Kini dekatku
Pedih kau rasa dulu
Kini dekatku


Setakat yang terlintas dalam fikiran Yaya, lagu yang membawa penceritaan sama, lagu mohon maaf senang cerita, teringat lagu Mungkir Bahagia dari Hazami. Siapa ingat lagu Wanita Biasa nyanyian Kris Dayanti? Lagu orang sesal juga ni..pernah terbaca lagu ni sebab dia rasa sesal sebab curang dengan bekas suami dia. Entahlah. Wallahuaklam.

Apa lagi lagu 'mohon maaf' yang terlintas di fikiran korang?
Kongsilah dengan Yaya di ruangan komen.

1 تعليقات

Terima kasih sudi baca. Komen membina sangat dihargai. Komen yang mengandungi 'link', menggunakan unknown profile tidak akan disiarkan. Harap maklum.

إرسال تعليق
أحدث أقدم