Sarapan Ala Roti Titab, Cara Rebus Telur Untuk Roti Titab

Assalamualaikum,

Sarapan Ala Roti Titab, Cara Rebus Telur Untuk Roti Titab | Salam pagi Sabtu, tapi Yaya nak share gambar sarapan pada hari Khamis. Tak throwback bukan Yaya lah. Haha. Biasalah kan, ada masa bertenang baru dapat up post. Ni anak-anak dah habis exam baru rasa macam dah boleh bernafas dengan tenangnya. Yaya biar je anak-anak menonton televisyen. Bagi mereka rasa enjoy sikit lepas exam ni. Exam akhir tahun je pun tapi mak dah stress. Ni baru senang hati nak menghadap blog. Hari Isnin depan abang Wafiq kena hantar buku teks. Mati-mati ingat Khamis depan hari terakhir persekolahan. Yaya siap bagi tahu abang Wafiq tak perlu basuh kasut sekolah, dah dekat nak cuti sekolah, last day baru basuh. Rupa-rupanya ada seminggu lagi sekolah. Haha..



Teringat Roti Titab Kopitiam Kita yang popular di Kota Bharu. Sedapnya. Sempatlah merakam pengalaman dalam memori pertama kali berkunjung ke Kopitiam Kita. Banyak pilihan makanan dan sedap-sedap. Tapi kedai viral macam tu lah, sesak dengan pengunjung. Nak dapat tempat duduk pun susah. Dapat merasa sekali rasa puas hati dah.

Nak makan sarapan roti titab di Kopitiam Kita, jauh sangat tu nak meredah negeri jiran. Kita buat sendiri jer lah roti titab versi sendiri. Guna roti Gardenia Wholemeal bread je pun. Kalau dapat cari loaf bread yang tebal pun sedap ni. Nak buat loaf bread tak rajin.

Asasya, roti titab adalah roti yang dibakar dengan mentega. Kemudian dihiasi dengan jem kaya di setiap penjuru roti. Akhir sekali diletakkan telur separuh masak yang menggedik di atasnya. 


Roti Titab, Titab tu apa maksudnya?

Untuk makluman korang, nama Titab ni tak ada sebarang maksud khusus. Pemilik Kopitiam Kita  memilih nama 'Roti Titab' kerana jenama ini mudah dan senang untuk diingati.

Jangan sewenang-wenangnya nak guna nama roti Titab ni untuk tujuan komersial sebab Pengarah Urusan Kopitiam Kita, disahkan sebagai pemegang cap dagangan itu untuk tempoh 10 tahun sehingga Januari 2026.


Cara merebus telur untuk Roti Titab 

Untuk dapatkan telur separuh masak yang tak keras dan tak cair sangat ada caranya. Rebus air sehingga mendidih, padamkan api,  kemudian baru masukkan telur an rendam sehingga 7 minit.

Atau kalau korang rasa 7 minit tu macam lama sangat nak tunggu, boleh masukkan telur ke dalam air mendidih, letak dalam 3 minit je. Lepas tu cepat-cepat keluarkan telur. Ingat ye, masukkan ke dalam air yang tengah mendidih, bukan masuk awal-awal sebelum buka api dapur gas. Hihi.


Bahan-bahan dan cara-cara membuat Roti Titab


> Roti, kalau guna roti biasa seeloknya 2 keping, biar tebal
> Mentega
> Kaya
> Telur

Cara-cara :

1) Sapu mentega pada roti dan bakar
2) Letak kaya di 4 penjuru roti
3) Pecahkan telur separuh masak ke atas roti

Sedia dimakan. Nak makan macam tu je pun boleh, Atau nak tambah serbuk lada putih dan kicap pun sedap. 



Ni rupa roti titab yang Yaya sediakan. Nampak telur sedikit keras sebab ralit cuci pinggan. Haha. Tapi Yaya ok jer. Lebih baik terlajak keras sedikit dari terlajak cair. Kalau telur putih tu masih nampak lendir-lendir tu Yaya tak lalu nak telan. 

Sarapan ringkas dan mudah dibuat. Cepat dimakan dan cepat pula laparnya. Tak pasal-pasal makan nasi goreng pula lepas makan roti titab satu set. Hihi. 

Hmm.. pagi ni pula sarapan di kafe perpustakaan. Makan roti bakar je. Rakan-rakan sarapan apa pula pagi ni?


2 تعليقات

Terima kasih sudi baca. Komen membina sangat dihargai. Komen yang mengandungi 'link', menggunakan unknown profile tidak akan disiarkan. Harap maklum.

  1. 1st time dgr roti titap...roti arab pernahlah hehe

    ردحذف
  2. Terus teringin nak makan Roti Titab esok pagi hihi....
    Walau nampak senang nak buat Roti Titab ni Yaya tapi hakak belum pernah cuba buat sendiri .... dasar pemalas sangat ni hahaha ...

    ردحذف
إرسال تعليق
أحدث أقدم