Lembaga Zakat Selangor Lancarkan Zakat@Family

Assalamualaikum,

Lembaga Zakat Selangor Lancarkan Zakat@Family | Yaya nak share kempen terkini yang dilancarkan oleh Lembaga Zakat Selangor (LZS). Kita sebagai seorang muslim, semestinya kehidupan kita berlandaskan rukun Islam dan rukun iman. Mengeluarkan zakat pula adalah salah satu daripada rukun Islam. 

Manusia ni adakalanya bila berduit akan jadi bakhil. Ini adalah dugaan hidup. Tetapi, sekiranya kita berpegang teguh pada rukun Islam, orang yang mengeluarkan zakat akan dapat membantu orang miskin. Dan, kita semestinya harus percaya, tidak akan miskin seseorang itu apabila mengeluarkan zakat. Harta tak akan surut kawan-kawan, malah Allah akan gandakan lagi rezeki kita.

Malah, untuk mendapatkan keberkatan dalam hidup kita disarankan mengeluarkan zakat. InsyaAllah, dengan rezeki yang halal dan berkat serta mengeluarkan zakat, kita dapat menjalani kehidupan seharian dalam ketenangan. Aamin.



Tujuan Pelaksanaan Zakat@Family

“Zakat@FAMILY” adalah satu kempen dakwah taksiran dan bayaran zakat bagi melengkapkan tanggungjawab di dalam sesebuah keluarga. 

Bayaran zakat boleh ditunaikan oleh ketua keluarga, penjaga atau wali untuk diri sendiri dan setiap individu yang masih di bawah tanggungan atau jagaannya dalam sebuah institusi kekeluargaan muslim di Selangor.

Pensyariatan zakat adalah satu daripada ciri – ciri yang disyariatkan oleh Allah SWT untuk membentuk peribadi manusia sesuai dengan pra-syarat kebahagiaan sesebuah keluarga dan masyarakat yang harmoni mahupun sebagai individu yang menyanjungi kebahagiaan dalam kehidupan ini. 

Zakat adalah salah satu fardhu dalam rukun islam yang lima. Sesiapa yang mengingkari akan kefardhuan zakat adalah kafir dengan ijma’ sebagaimana pendapat Ibn al Sobagh. Menegah daripada keluar menunaikan zakat boleh diperangi dengan ittifaq para sahabat sehingga mereka menunaikan hak Allah SWT kepadanya. 

LZS cuba mengorak langkah dengan mengadakan kempen taksiran dan bayaran zakat oleh ketua keluarga, penjaga atau wali yang masih di bawah tanggungan mereka. 

Perkara ini adalah merupakan salah satu inisiatif Divisyen Kutipan di dalam meningkatkan lagi kutipan zakat serta dakwah dan hebahan maklumat zakat di Selangor.

Objektif Zakat@Family

  • Memupuk kesedaran ke atas setiap ketua keluarga, penjaga atau wali agar dapat melaksanakan tanggungjawab memastikan taksiran dan pembayaran zakat ke atas setiap individu yang berada di bawah tanggungan dan jagaan mereka. 
  • Menyebar luas dakwah zakat kepada umat islam di kawasan sekitar dan di seluruh Selangor.
  • Memastikan setiap individu dalam sebuah keluarga Muslim di Selangor dapat menunaikan kewajipan zakat ke atas harta yang mereka miliki selaras dengan kewajipan zakat yang bergantung kepada harta yang dimiliki dan bukannya kepada status umur atau kewarasan pemilik harta (akil baligh atau mukallaf). 

Kaedah Dan Tanggungjawab Zakat@Family

Ketua keluarga memastikan setiap individu di bawah tanggungannya mengisi dan melengkapkan borang taksiran zakat individu (i-Touch) untuk : 

- Diri Sendiri 
- Pasangan 
- Tanggungan 
- Individu di bawah jagaan 

Setelah membuat taksiran zakat untuk diri, pasangan, tanggungan atau jagaan, ketua keluarga atau penjaga akan mengisi borang “Zakat@FAMILY”. 

Setelah mengetahui kelayakan kewajipan zakat dan jumlah zakat bagi setiap ahli keluarga atau penjaga, pelanggan perlu memastikan pembayaran zakat diselesaikan untuk diri sendiri, pasangan, tanggungan atau individu di bawah jagaannya. 

Panduan Pemilik Harta, Tanggungjawab Taksiran dan Tanggungjawab Pembayaran “Zakat@FAMILY” adalah seperti berikut :



Jenis-jenis harta yang terlibat bagi pentaksiran dan pembayaran “Zakat@FAMILY” adalah seperti berikut :


Syarat Berzakat

  • Islam - difardhukan ke atas pemilik harta yang beragama Islam sahaja. Orang kafir tidak difardhukan menunai zakat, bahkan zakat mereka tidak sah jika ditunaikan kerana zakat mempunyai ciri-ciri ibadat.
  • Merdeka - Bebas daripada cengkaman penghambaan. Isu hamba tidak timbul pada masa kini, tetapi syarat merdeka masih lagi dikekalkan oleh para ulama sebagai salah satu syarat wajib berzakat.
  • Sempurna Milik - bermaksud “Pemilikan seseorang terhadap harta secara sah sepanjang haul dan mempunyai kuasa secara bebas ( إخْتِيَارُ ) untuk mengurus ( حَقُّ التَصَرُّفِ ) dan memperolehi manfaat dari harta tersebut tanpa sekatan / kawalan undang-undang dan peraturan.”
  • Cukup Nisab - Nisab ialah kadar minimum pemilikan sesuatu harta yang mewajibkan zakat ke atas harta itu.
  • Cukup Haul -Haul ialah tempoh setahun (12 bulan) qomariah pemilikan kekal harta zakat oleh seseorang selain dari harta zakat biji-bijian, buah-buahan, galian dan harta karun
  • Harta Yang Berkembang - Harta yang berkembang adalah harta pemilikan yang boleh berkembang secara hakiki ( حَقِيْقِي ) atau boleh diusahakan ( تَقْدِيْرِي ).

Semoga dengan pelaksanaan kempen dan promosi yang dirancang dan dijalankan nanti akan dapat mendidik umat Islam di Selangor dengan lebih baik dalam menunaikan ibadah zakat sekaligus memberi kemudahan dan kefahaman serta dapat mengoptimumkan kutipan zakat di Lembaga Zakat Selangor. 

Melalui pendekatan ini juga diharapkan agar ianya menjadi contoh kepada institusi-institusi zakat yang lain dalam gerak kerja taksiran zakat ke atas setiap individu muslim secara menyeluruh tanpa mengira usia dan sebagainya. In shaa Allah.

Untuk makluman juga, untuk tahun 2019 nisab harta adalah sebanyak RM 13,950 dan dikenakan zakat dengan kadar 2.5%. Sekiranya kita ada simpanan ataupun simpanan anak-anak cukup nisab wajiblah mengeluarkan zakat.

Untuk lebih pencerahan, Yaya syorkan kawan-kawan semua untuk tonton video dari Facebook Zakat Selangor. Video : KEBERKATAN DALAM HIDUP BERKELUARGA bersama Ustaz Khairul Azhan Ahmat

Kunjungi laman web Zakat Selangor di www.zakatselangor.com.my untuk lebih info.

14 تعليقات

Terima kasih sudi baca. Komen membina sangat dihargai. Komen yang mengandungi 'link', menggunakan unknown profile tidak akan disiarkan. Harap maklum.

  1. Sebelum kawin yang bayr zakat ayah, lepas kawin suami yang bayar zakat..ni baru dilancarkan ye..bgus juga inisiatif lembaga zakat ni..mana yang berkemampuan boleh buat

    ردحذف
  2. insyaAllah semoga bermanfaat dan berkat setiap yang disalurkan. semoga juga menjadi teduhan untuk kita di akhirat sana.

    ردحذف
  3. Bagus inisiatif yang dilakukan oleh Lembaga Zakat Selangor ni. Macam macam usaha mereka lakukan untuk memastikan masyarakat menunaikan zakat.

    ردحذف
  4. Puni sangat dengan pendekatan dan kempen yang dibuat oleh mereka. Nak bagi kesedaran kat org ramai bukan mudah. Jadi usaha berkempen secara berterusan tu penting. Syabas zakat selangor

    ردحذف
  5. Terbaiklah kempen terbaru ni. Sememangnya zakat sangat penting sebab dengan wang tersebutlah pelbagai jenis pertolongan akan diberikan oleh pihak zakat.

    ردحذف
  6. Bagus sebenanrnya kalau dapat tau lebih lanjut mengenai zakat ni kan... Mari tunaikan kewajipan zakat bagi yg berkemampuan dan berkelayakkan..

    ردحذف
  7. Bagus ada zakat@family nie. Harapnya ketua keluarga tidak lupa menjalankan tanggungjawab beliau. Dah makin senang nie, insyaAllah makin ramai yang akan melaksanakan zakat kelak. TQ atas info.

    ردحذف
  8. Zakat itu wajib ditunaikan tapi kadangkala ada juga individu muslim yang terlepas pandang dengan hukumnya. Bagus sangat diwujudkan Zakat@family ni.

    ردحذف
  9. Alhamdulillah, kadang2 kita terlepas pandang pasal zakat ni so bagus website ni shareinfo bermanfaat utk kita esp yang tinggal di selangor

    ردحذف
  10. ramai yng lupa akan zakat. masing masing cuma alert bila masuk bulan puasa sahaja. semoga kita semua lebih peka untuk bantu mereka yg memerlukan

    ردحذف
  11. A great tool to ease us to ibadah. Thank you for sharing!

    ردحذف
  12. Bagus bila ada kempen macam ni. Boleh menggalakkan lebih ramai utk turut berzakat

    ردحذف
إرسال تعليق
أحدث أقدم