Assalamualaikum,
Blogger Terengganu yang dapat turut serta. Dari kiri tuan tanah, Fatin Diana, Shada, Husni, Huda, Gee dan Wan Najihah.
Surau yang selesa di sediakan. Ruangan solat untuk lelaki dan wanita berasingan. Jadi korang tak perlu terkejar-kejar sekiranya kesuntukan masa. Boleh terus solat di surau. Ruangan parkir kereta pun luas. Boleh parkir kereta di bahu jalan mahupun di kawasan sebelah dalam kedai makan.
Repeat Again?
Semestinya Yaya akan berkunjung lagi ke D'Rumoh Pata. Mana nak cari kedai makan yang ada banyak pilihan makanan sedap-sedap dan betul betul berhampiran pantai.
Rate: 4.5/5
Sekiranya berkunjung ke Terengganu, jangan lupa masukkan D'Rumoh Pata sebagai salah satu tempat yang wajib dikunjungi. Boleh membuat tempahan awal dengan menghubungi nombor telefon di bawah. Kunjungi juga laman facebook dan instagram mereka untuk pelbagai info.
Selamat bercuti untuk semua pembaca. Cuti sempena sambutan kemerdekaan yang ke 62 tahun dan juga sempena tahun baru Islam. Yaya, hari Selasa akan mula bekerja seperti biasa. Cuti 4 hari tak berjalan jauh, cuma memenuhi beberapa jemputan perkahwinan. Pagi Sabtu, 31 Ogos, sempat family kecil Yaya sama-sama menyambut sambutan Hari Kemerdekaan di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah. Seingat Yaya, dalam 5 tahun kebelakangan ini, atau mungkin lebih, tak pernah kami 4 beranak tak turun padang menyaksikan perarakan kemerdekaan. Setiap tahun bertukar lokasi menunggu, tahun ini di stadium, tahun sebelumnya di dataran di Pantai Batu Buruk. Kalau nak berasa pengalaman di lokasi berlainan dalam satu hari memang tak dapat lah. Dengan jalan dah tutup, problem parking lagi.
Sebelah petang 31 Ogos, Yaya bersama-sama beberapa orang blogger Terengganu dah merancang untuk gathering. Sekaligus meraikan 4 orang di kalangan kami menyambut hari lahir di bulan Ogos. Seronoknya dapat berkumpul ramai-ramai. Ini kali kedua kami berkumpul santai-santai. Kali pertama semasa Gathering Raya blogger Ganu 2019. Kali ini, kami memilih untuk meraikan majlis kami di kedai makan D'Rumoh Pata.
D'Rumoh Pata bertempat di Kampung Tanjung Gelam, Mengabang Telipot, Terengganu. Merupakan kedai makan dengan konsep terbuka dengan pelbagai menu disediakan terutamanya masakan Thai. Bonus persekitaran yang selesa dan cantik. Makan-makan sambil mendengar bunyi ombak menghempas pantai pasti menenangkan. Perjalanan dengan kereta dari pusat bandar Kuala Terengganu memakan masa lebih kurang 30 minit.
Blogger Terengganu yang dapat turut serta. Dari kiri tuan tanah, Fatin Diana, Shada, Husni, Huda, Gee dan Wan Najihah.
Birthday girl yang diraikan! Happy Birthday!!! |
Sambil menunggu kawan-kawan lain sampai, anak-anak Yaya ambil peluang bermain di pantai. Tak jauh ye..memang betul-betul di belakang kedai makan je. Kiranya aktiviti 2 dalam 1. Bermain di pantai dan boleh menikmati makanan di tepian pantai.
Ruangan makan dalam kedai sangat luas dan selesa. Tapi kami memilih untuk menikmati hidangan di luar kedai, sangat hampir dengan pantai. Memang seronok dapat makan di meja paling hujung ni..dapat tangkap gambar cantik-cantik dan makan sambil menikmati pemandangan indah. Cantik betul pemandangan sewaktu senja.
Serious Yaya bagi tahu ni.. memang banyak betul pilihan makanan. Korang boleh juga order makanan dari kiosk. Ada kiosk makanan Western, boleh dapatkan dessert and snacks di kiosk Waffle Ice Cream. Ada kiosk kambing bakar, kiosk sate dan nasi impit. Hari kami pergi tu kiosk ikan celup tepung (ICT) tutup. Kalau tak best juga ni dapat makan ikan, sotong, udang celup tepung. Hihi.
Hidangan tulang goreng adalah salah satu menu signature. Korang wajib cuba hidangan ni. Bukannya goreng tulang semata-mata tau..pastilah tulang yang ada isi. Hihi. Isi daging yang sangat lembut, sesuai di makan dengan nasi putih, nasi goreng atau bubur.
Di bawah ni menu-menu lain yang Yaya dan rakan-rakan blogger dah cuba. Keongsom Siakap kena betul dengan selera Yaya dan suami. Siakap 3 rasa pun sedap. Ikan siakap tidak digoreng terlalu garing, dapat rasa isi ikan yang fresh dan juicy. Hidangan ayam bawang putih pun sedap. Belum pernah yaya makan hidangan simple seperti ayam bawang puth ni tapi semestinya rasanya tak mengecewakan. Maklum lah..Yaya memang suka rasa bawang putih goreng yang crunchy.
Di bawah ni menu-menu lain yang Yaya dan rakan-rakan blogger dah cuba. Keongsom Siakap kena betul dengan selera Yaya dan suami. Siakap 3 rasa pun sedap. Ikan siakap tidak digoreng terlalu garing, dapat rasa isi ikan yang fresh dan juicy. Hidangan ayam bawang putih pun sedap. Belum pernah yaya makan hidangan simple seperti ayam bawang puth ni tapi semestinya rasanya tak mengecewakan. Maklum lah..Yaya memang suka rasa bawang putih goreng yang crunchy.
Anak-anak Yaya pantang betul nampak mushroom soup dan garlic bread. Memang dihadapnya lah. Tak makan hidangan lain pun tak apa. Tapi petang tu ada juga hidangan meraikan anak-anak. Tak kena lah kan ikut selera orang dewasa je..hihi. Dorang ada menu goreng-goreng suka sangatlah. Ada nugget, fries, sosej, sate, bihun goreng dan nasi goreng. Tunggu anak-anak pilih je nak makan apa. Semua ada.
Senarai Harga Makanan dan Minuman D'Rumoh Pata
Kemudahan Lain D'Rumoh Pata
Surau yang selesa di sediakan. Ruangan solat untuk lelaki dan wanita berasingan. Jadi korang tak perlu terkejar-kejar sekiranya kesuntukan masa. Boleh terus solat di surau. Ruangan parkir kereta pun luas. Boleh parkir kereta di bahu jalan mahupun di kawasan sebelah dalam kedai makan.
Repeat Again?
Semestinya Yaya akan berkunjung lagi ke D'Rumoh Pata. Mana nak cari kedai makan yang ada banyak pilihan makanan sedap-sedap dan betul betul berhampiran pantai.
Rate: 4.5/5
Sekiranya berkunjung ke Terengganu, jangan lupa masukkan D'Rumoh Pata sebagai salah satu tempat yang wajib dikunjungi. Boleh membuat tempahan awal dengan menghubungi nombor telefon di bawah. Kunjungi juga laman facebook dan instagram mereka untuk pelbagai info.
Facebook : DRUMOHPATA83
Instagram : drumoh_pata
No. Tel : 0169206940 / 0129848844
Waktu Operasi: Setiap hari. 5.00 Petang - 1.00 Pagi
Lokasi : Lot 8163 Kampung Tanjung Gelam, Mengabang Telipot, 21030 Kuala Terengganu, Terengganu.
Nampak macam best je tempat ni tapi jauh sikit dari Besut haih XD
ReplyDeleteAlaaaaa kenapa kita tak tau ni ada. Kita that day pegi area situ bermain dipesisiran pantai. Ke kita pegi tak sedar ada Drumoh Pata ni?
ReplyDeleteBestnya dia punya viewww makan semua. Sayangnyaaa kenapa kita tak perasan!Luar dia cantik gilaaa time malam dgn lamou gitu. Alaa sayangnyaaa tak perasan!
Alamak..nampak sedapnya tulang goreng tu! Aritu gu ganu tak tau la tentang kedai makan ni kalo tak leh serbu!
ReplyDeleteSeronoknya leh gathering macam ni. Makan pulak tepi pantai. View yang menarik. Seronok leh hang out together.
ReplyDeletepasni nak repeat lagi!
ReplyDeletecantik sangat suasananya...shada pun hadoooo! hahaha
ReplyDeleteseronoknya korang gathering and port cantik sekali ! september ni pun masih lagi visit terengganu. boleh lah ajak kak yaya jumpa kat sini.
ReplyDeleteWow banyaknya makanan rumah Pata memang menarik lokasi dan juga makanan kat sini sangat sedap harga boleh tahan juga terbaik.... nak pergi lah hehehehe...
ReplyDeleteNampak sedap menu2nya. Baru je lepas pgi trip ke terengganu. Best bila makan and dengar bunyi ombak. Haha. In shaa Allah kalau berpeluang ke terengganu nak singgah di sini.
ReplyDeleteSeronoknye makan tepi pantai. Lawa tempatnye. Makanan pon harga ok.
ReplyDeleteTengok dalam gambar pun nampk selesa je tempat makan d'rumah pata. Bestnya dapat celebrate dgn geng blogger. Mengeratkan ukhwah
ReplyDeletebest jugak tempat makan nie...tepi laut lagi..makanan pun nampak sedap dan banyak pilihan. Harga nampak berpatutan
ReplyDeleteSeronoknya lahai makan tepi pantai. Tenang je rasa nak makan tuu. Lagi best bila makanan pun sedap2 belaka.
ReplyDeleteBtw nak tanya, pata tu pantai ya? Hehe saje tanya. Tp seronok laaa d'rumoh pata ni. Surau ada. Senang tak risau klu nak dtg time senja atau waktu2 lain yg dekat dgn waktu solat. Blh tinggal makan jap, utk solat
Wow banyak juga menu masakan yg ada kat d'rumah pata ni eak.. Ingatkan nama rumah ke apa.. Rupanya nama restoran .. Hehhehe... Best dpt hayati sambil makan sambil dgr deruan ombak..
ReplyDeleteSeronok oohh makan sambil layan angin pantai. Siap boleh dengar deruan ombak tuu~
ReplyDeleteBtw hally birthday august baby
Paling seru kalau makan bareng terus bisa liat pemandangan yang indah. The best makanan the best juga pemandangan. Makin komplit kalo sama keluarga. jadi ga sabar liburan ..
ReplyDeleteBagus ada tempat solat khas berasingan. Bukan semua tempat ada sediakan. Cantik view teringin pula nak kesana. macam2 ada di terengganu
ReplyDeleteWah meriah you all.. Syok bila ade geng terengganu ni. Happy birthday baby august.. Tengok tempat you all sambut mmg best.. Siap tepi laut bagai.. Alahai. Menarik.. Bilalah dpt pergi Terengganu ni.
ReplyDeleteFirst time dgr Rumoh PATA, nama dia sgt unik abd tgk mcm2 menu hidangan yv npk menarij
ReplyDelete