Hari Arafah | 32 Contoh Doa Dan Amalan Sunnah

Hari Arafah | 32 Contoh Doa Dan Amalan Sunnah | Bulan Zulhijjah adalah bulan terakhir dalam kalendar umat Islam. Hari Arafah pula ialah pada setiap 9 Zulhijjah. Bagi jemaah haji mereka akan berwukuf pada hari tersebut. Para jemaah haji akan ke Gunung Arafah dari Mina untuk berwukuf. Berwukuf di Arafah adalah sebahagian dari rukun haji. 

Sempena kemasukan hari yang mulia ini, disunatkan bagi orang yang tidak menunaikan haji untuk berpuasa kerana fadhilatnya cukup besar yang mana ia akan menghapuskan dosa setahun sebelum dan selepas bagi orang yang berpuasa padanya. 

Hari Wukuf atau Hari Arafah 2023 di Malaysia adalah pada 28 Jun 2023 bersamaan 9 Zulhijjah 1444 Hijrah (Rabu). Ianya merupakan Hari Kelepasan Am Negeri bagi negeri Terengganu dan Kelantan.


Pengenalan Hari Arafah


Doa dan amalan sunnah Hari Arafah




Hari Arafah yang disambut pada 9 Zulhijjah setiap tahun dan ketika ini Kota Mekah sedang padat dengan bakal-bakal haji yang bakal berhimpun di Padang Arafah bagi melakukan ibadah wukuf.
Ibadah wukuf di padang Arafah simbolik dengan peristiwa di mana Nabi Adam dan Hawa telah diturunkan ke bumi dari syurga setelah terpedaya dengan tipu daya Iblis.

Disebabkan peristiwa itu, mereka berdua memohon ampun daripada Allah selama bertahun-tahun dan akhirnya berjumpa semula di Jabal Rahmah selepas 40 tahun terpisah.

Hari Arafah dikenali sebagai masa berdoa paling mustajab kerana pada ketika itulah Nabi Muhammad SAW mengambil masa yang sangat lama untuk berdoa.

Doa Di Hari Arafah


Ambillah peluang untuk bertaubat dan memohon ampun sebanyak-banyaknya kerana Hari Arafah adalah hari pelepasan dari api neraka. Pada hari ini, keampunan dari Allah terbuka luas.

Daripada Aisyah R.A, bahawa Nabi S.A.W bersabda:


مَا مِنْ يَوْمٍ أَكْثَرَ مِنْ أَنْ يُعْتِقَ اللهُ فِيهِ عَبْدًا مِنَ النَّارِ، مِنْ يَوْمِ عَرَفَةَ

Tidak ada satu hari yang lebih banyak dibebaskan hamba-Nya daripada api neraka melainkan pada Hari Arafah.”

[Riwayat Muslim (2402)]


Sudahkah anda membuat senarai doa yang mahu anda pohon kepada Allah? Berikut adalah beberapa doa yang anda boleh masukkan dalam senarai anda, Insya Allah.


32 Contoh doa di Hari Arafah


1. Ya Allah kurniakanlah padaku Kejayaan terbesar iaitu selamat dari api neraka dan masuk ke Syurga Firdaus

2. Ya Allah masukkanlah aku dan keluargaku dalam golongan yg beriman, yang menerima kitab amal di tangan kanan kami.

3. Ya Allah, Kurniakanlah padaku kematian yang diberkati. Izinkan aku mengucapkan syahadah sebelum aku menghembuskan nafas terakhir. Kurniakanlah padaku syafaat Rasulullah (saw).

4. Ya Allah masukkanlah aku dalam kalangan Rasulullah (saw), keluarganya dan para sahabat di Syurga Firdaus.

5. Ya Allah selamatkanlah saudara-saudaraku dan sahaba-sahabatku dari neraka. Kurniakan mereka hidayahmu.

6. Ya Allah, satukan aku dalam Syurga Firdaus dengan orang-orang yang aku sayangi semata-mata kerana Mu.

7 Ya Rabb, sempurnakan agamaku dan ibadatku. Selamatkan aku daripada kejahatan dan izinkan aku menyempurnakan sebahagian daripada agamaku.

8. Ya Allah terimalah amalan baikku dan tingkatkan pahala dan rahmat untukku. Padamkan dosa-dosaku dan ampunkan aku sepenuhnya. Limpahi rahmatMu untukku dan selamatkanlah aku dari kehinaan pada hari hitungan amal.

9. Ya Allah, apabila aku mati, biarlah jiwaku dan rekod amalanku menjadi amalan tertinggi

10. Ya Allah kurniakan aku, ibu bapaku, keluarga dan anak-anakku bimbingan, ketabahan dan peningkatan Iman.



11 Ya Allah, masukkan aku dalam golongan yang Engkau lindungi, mendapat pengampunan Mu dan mendapat naungan pada hari ketika tidak ada naungan selain dari Arash Mu.

12. Oh Tuhanku, tingkatkan keyakinan dan tawakkalku kepadaMu. Janganlah ada keraguan dalam kepercayaanku kepada keesaan Mu, kehebatan Mu dan kekuasaan Mu.

13. Ya Allah tingkatkanlah kecintaanku untuk Mu dan Nabi Mu (saw).

14. Ya Allah ampunilah aku dan tingkatkanlah kurnian Rahmat dan Rezeki Mu

15. Ya Allah berilah aku lebih banyak peluang untuk berbuat baik dan mendapat keredhaanmu.

16. Ya Allah ya Rabb, sucikan niatku hanya untuk Mu semata dan lindungi aku dari menunjuk-nunjuk atau kebanggaan palsu. Selamatkan aku dari sifat angkuh, sombong, menunjuk nunjuk dan mengungkit ungkit nikmat.

17. Oh Penciptaku dan Tuhanku, jangan biarkan aku sendirian. Berkati aku dengan pasangan yang sesuai dan anak-anak yang akan menjadi penyejuk mataku.

18. Oh Tuhanku, jadikanlah aku dari orang-orang yang sabar dan patuh kepada Mu dan kepada ibu bapaku.

19. Selamatkanlah aku dari Fitnah Dajjal.

20. Selamatkanlah aku dari azab kubur dan azab api neraka.

21. Ya Allah, tingkatkanlah usahaku dalam kerja-kerja Sadakatul Jariah.

22. Ya Allah, berkati hidupku dengan kesihatan yang baik, agar aku dapat bersujud padamu dengan mudah sehingga akhir hayatku.

23. Ya Allah, lindungi aku dan seluruh umat Islam dalam menentang penindas-penindas yang zalim. Selamatkan kami dari fitnah dan permudahkanlah bagi kami mengharungi zaman yang sukar ini.

24. Tuhanku, berkati hidupku dengan yang terbaik di dunia ini, yang terbaik di akhirat nanti dan selamatkanlah aku dari api neraka. Sesungguhnya aku memang memerlukan kurniaan dari Mu Ya Allah.

25. Ya Allah tingkatkanlah kesyukuranku semata-mata kepada Mu.

26. Ya Rabb, selamatkan aku dari kemunafikan.

27. Ya Allah, izinkan aku dan isteriku menjadi antara jemaah menunaikan Haji sebelum kami dijemput olehMu..

28 Ya Allah lindungi kami dari iblis, syaitan dan jin. Lindungi kami dari perbuatan jahat dan niat mereka.

29. Ya Allah ampuni dan berilah rahmat kepada ibu bapa kami, kerana mereka menjaga kami ketika kami masih kecil sehingga kami dewasa.

30. Ya Allah, aku berdoa dan memohon daripadamu untuk mengurniakan bimbingan kepada pemuda dan umat Islam. Selamatkan kami semua dari kequfuran, putus asa, salah laku dan syirik.

31. Ya Allah berikan aku kekuatan untuk melawan kemalasan dan tidur, semoga aku dapat bangun untuk tahajjud dan solat subuh setiap hari.

32. Ya Allah tamatkanlah segera wabak Coronavirus Covid 19 ini agar kami dapat kembali hidup seperti sedia kala bekerja, beribadah di masjid, menyambut hari raya, berjumpa ibu bapa dan keluarga.

Amalan Sunnah Pada Hari Arafah

Umat Islam disarankan untuk menggandakan amalan sunnah sepanjang bulan Zulhijjah khususnya pada Hari Arafah. Ambil peluang kerana hari Arafah bukannya satu hari yang rahsia yang tidak diketahui tarikhnya. Sedangkan begitu banyak pahala menanti. 




1) Berpuasa Pada Hari Arafah


Daripada Abi Qatadah RA, bahawa Rasulullah SAW bersabda apabila ditanya tentang puasa pada hari Arafah:

 يُكَفِّرُ السَّنَةَ الْمَاضِيَةَ وَالْبَاقِيَةَ 

Maksudnya: “Puasa pada hari tersebut akan menghapuskan dosa setahun yang lalu dan akan datang”. [Riwayat Muslim (1977)] 

Lafaz Niat Puasa Arafah


Pasa Sunat Hari Arafah




Sekiranya seseorang itu terlupa untuk berniat pada malam hari atau sebelum daripada Subuh, maka mereka masih lagi dibenarkan untuk berniat selagi mana belum memasuki waktu Zuhur dengan syarat mereka tidak makan atau minum sepanjang tempoh tersebut. Ini kerana, tempoh niat bagi puasa yang sunat adalah berbeza dengan puasa yang wajib. 

2) Banyakkan Berdoa Pada Hari Arafah


Doa Hari Arafah



Banyakkan berdoa kerana pada hari Arafah Allah turun mendengar doa orang beriman.

Daripada Abdullah bin ‘Amr, bahawa Nabi SAW bersabda:

 خَيْرُ الدُّعَاءِ دُعَاءُ يَوْمِ عَرَفَةَ 

Maksudnya: “Sebaik-baik doa adalah doa pada hari Arafah”. [Riwayat al-Tirmizi (3509)] 

3) Bertakbir Selepas Solat Fardhu


Selain itu juga, disunatkan untuk bertakbir selepas menunaikan setiap solat fardhu atau dinamakan sebagai Takbir Muqayyad iaitu bermula selepas solat Subuh pada hari Arafah (9 Zulhijjah) dan berakhir selepas waktu Asar pada 13 Zulhijjah iaitu hari Tasyriq yang terakhir. 

Daripada Ali dan Ammar R.Anhuma berkata: 

كَانَ يُكَبِّرُ مِنْ يَوْمِ عَرَفَةَ صَلَاةَ الْغَدَاةِ وَيَقْطَعُهَا صَلَاةَ الْعَصْرِ آخِرَ أَيَّامِ التَّشْرِيقِ 

Maksudnya: “Adapun Baginda SAW bertakbir pada Hari Arafah selepas solat al-Ghadah (Subuh) dan menghentikannya selepas solat Asar hari terakhir dari hari-hari Tasyriq.” [Riwayat al-Hakim (no. 1111) dengan sanad yang sahih] 

Takbir Muqayyad 9 Zulhijjah

Hari Arafah Takbir Raya



4) Lain-lain Amalan Sunnah Hari Arafah

  1. Bertadarrus Al-Quran secara sendiri atau berjemaah
  2. Bersedekah pada keluarga dan golongan fakir miskin
  3. Menghadirkan diri dalam majlis ilmu dan majlis zikir
  4. Menganjurkan rumah terbuka atau menghadiri rumah terbuka bertujuan merapatkan silaturrahim

Akhir kata, semoga kita menghidupkan sunnah-sunnah ini agar kita digolongkan dalam kalangan hamba-hamba Allah SWT yang diberi keampunan serta pelepasan dari api neraka.




Terima kasih sudi baca. Komen membina sangat dihargai. Komen yang mengandungi 'link', menggunakan unknown profile tidak akan disiarkan. Harap maklum.

إرسال تعليق (0)
أحدث أقدم