Makan Buah Manggis Dan Rambutan Serentak Punca Batuk. Betul Ke ?

Assalamualaikum,

Salam hari Isnin. Empat hari bercuti bermula Khamis termasuk cuti hujung minggu. Hari ni mula bekerja. Anak-anak pundah mula bersekolah semalam. Wafiq dan Wazif ni tak macam ibu dia kecil-kecil dulu. Yaya dulu, kalau hari pertama sekolah setelah bercuti panjang memang malas, lemau bagai la. Budak berdua ni Yaya perhati semangat sentiasa. Seronok jumpa kawan-kawan lah tu. Yaya dulu, dekat sekolah berkawan dan bermain, balik dari sekolah sambung lagi bermain. Haha.Tapi anak-anak berkawan hanya di sekolah. Balik dari sekolah pun sekali dengan ibu balik kerja. Balik dah nak petang, memang tak keluar rumah dah. 

Abang Wafiq semalam bagi tahu kawan-kawan sekelas dia ada yang dah pergi menonton Boboiboy The Movie 2. Kami sekeluarga menonton pada hari ke dua tayangan. Oh, pergi sekolah sembang pasal movie ye..hihi..itu yang seronok nak ke sekolah tu kan. 

Yaya pula bermula petang semalam rasa tak sedap badan. Selsema mula menyerang. Badan tak berapa panas. Batuk pula dah ada petanda beberapa hari sebelum ni. Tapi macam tak lepas. Nak batuk tapi tak jadi, macam batuk tak lepas. Petang semalam baru betul-betul batuk. Pagi ni nak bersiap pergi kerja pun bercinta.



Yaya perasaan, Yaya mula rasa nak batuk selepas makan buah rambutan dan manggis serentak. Ada kawan-kawan pejabat bawa dan letak di pantry office. Lepas makan dua biji manggis dan beberapa biji rambutan terus rasa nak batuk tau. Batuk tu datang memang on the spot..memang tak ada jarak masa. Huish..seram bila diingat kembali.

Makan buah rambutan dan manggis serentak punca batuk


Betul ke? Yaya belum cari info akan kebarangkaliannya. Nanti kalau dah google jadi melarat. Kang tak wujud pula entri ni. Jadi Yaya menulis santai dulu berkongsi cerita. Mana tahu ada ada di kalangan pembaca Yaya pernah alami pengalaman yang sama. Cuba kenang kembali masa korang makan rambutan dan manggis tu. Ada batuk-batuk tak? Hihi

Semalam dah makan ubat batuk dan ubat selsema. Sekarang rasa dah ok sikit. Tapi tetap bersin 3 kali setiap kali bersin. Haha..sakit urat perut weh setiap kali bersin.




Sebelum demam pula yang melarat, Yaya ambil 2 biji Vitamin C, minum air masak banyak-banyak. Cemerlang minum air masak pagi ni..sebelum jam 11 dah habiskan 1 liter.

Ok la, nak pergi top up air masak. Berulang-alik ke tandas lah nampak nya..hihi.





4 Comments

Terima kasih sudi baca. Komen membina sangat dihargai. Komen yang mengandungi 'link', menggunakan unknown profile tidak akan disiarkan. Harap maklum.

  1. Biasanya makan rambutan kita gigit kulitnya, itu yang sebabkan batuk.
    kalau takut batuk, buka guna pisau.

    ReplyDelete
  2. Zumal kalau makan rambutan je batuk, tambah lagi kalau isi buah tu keluar bersama kulit bijinya

    ReplyDelete
  3. yang pasti makan rambutan je dah boleh buat batuk

    ReplyDelete
  4. salam sis, kalau dah musim buah, haruslah nak rasa semua buah tu kann..tapi tulah, klau tak tahan, rambutan memang boleh buat batuk..nice post! salam perkenalan dari saya, done follow sini:)

    ReplyDelete
Post a Comment
Previous Post Next Post