Selamat Hari Lahir Yang Ke 10 Untuk Abang Wafiq

Assalamualaikum,

Alhamdulillah, diberi kesempatan untuk berkongsi cerita pagi ni. Hari ni Yaya cuti..anak-anak ke sekolah.. kalau nak rehat sampai ke petang, yaya ambil Abang Wafiq dan adik Wazif jam 5 petang nanti. Abang Wafiq balik sekolah terus naik van transit ke tadika, tempat yang sama dengan adik Wazif. Tapi masalahnya sekarang ibu dah mula teringat anakanda berdua..Kut nanti ibu jemput awal anakanda berdua..hihi

Ulang Tahun Kelahiran Abang Wafiq Ke 10.


16hb. Julai 2019 genap abang Wafiq 10 tahun. Anak-anak zaman sekarang ni memang alert betul ye tarikh hari lahir dorang? Adik Wazif pun sama. Birthday bulan 10 tapi dah berbulan-bulan lepas dia ingatkan ibu nak kek birthday dan nak celebrate di sekolah. 

Abang Wafiq memang ingat birthday dia. Tahun ni nak makan kek dirumah je katanya..tak nak dah celebrate time transit di tadika..Hadiah pun ibu ayah tak sempat fikir nak bagi apa. Sebabnya ibu ayah baru je bagi hadiah untuk puasa penuh dan hadiah terawikh penuh..hihi..nanti2 lah ibu fikir nak bagi apa untuk birthday. 

Malamnya ayah bawa makan kat luar. Kami ke Dinie Cafe di Jalan Sulatan Sulaiman, Ladang. On the way sempat singgah beli kek. Ayah sorang je masuk kedai kek. Ibu dah nebes dah bila abg Wafiq kata 'harap- harap abang suka kek tu'. Grrrr...

Kek Bithday Red Velvet Cream Cheese dari Harold's Bakery.


Kek Red Velvet Cream Cheese dari Harold's bakery. Harganya RM 49.00 bersaiz 7 inci. Kena betul kek ni dengan selera Yaya..Kek dilapisi dengan  cream cheese yogurt, sedap betul!

Alhamdullillah, abang Wafiq pun puji kek sedap! tiba-tiba dia kata ' Kek red velvet...kek kegemaran abang!' sejak bila jadi feveret dia ntah..makan kek pun jarang-jarang. haha. Kebiasaan kalau beli kek mesti ambil kek coklat.




Malam tu dinner kami simple je. Ibu dah kenyang siang hari makan banyak, haha..ibu dah full tank jadi ibu order Maggi Telur Sotong..biasa-biasa je rasa..makan pun tak habis. Ayah order nasi goreng seafood. Si Ayah ni makan apa pun licinnn..hhihi..anakanda berdua tu makan jarang benar bersungguh-sungguh. Adik mesti nak mushroom soup dengan garlic bread..abang Wafiq kalau tempat makan tu ada pilihan burger..mesti dia order burger.
        




Hadiah untuk birthday yang ke 10.

Kena ada juga hadiah walaupun lambat..biar supprise gittew. Tapi susah juga nak fikir hadiah untuk abang Wafiq ni..complicated budak ni .haha..kawan-kawan ibu ada cadangan? umur dah 10 tahun ni minat dia ke arah toys yang biasa-biasa tak ada dah..nak toys luar biasa, canggih manggih,,kopak lerr.. 

Abang wafiq suka membaca..Kalau bagi komik sekali hadap je ni, hadiah puasa penuh ayah dia dah belikan buku Gravity Falls: Journal 3..ngadap betul dia membaca..kalau baca buku sekolah se fokus itu..sejuk perut ibu ni..hihi.. Hadiah terawih pula ibu dah belikan wallet theme Gravity Falls juga.

Jam tangan baru dah dapat 2 minggu lepas..ibu paksa pakai jam kali ni sebab selalu sangat kena tinggal dengan van sekolah..dia saja buat-buat lambat sebab tak nak pergi transit..pastu call ibu bagi tahu kena tinggal van. Huhu.. So lepas wajib pakai jam ni belum ada kes tertinggal van.

Allahu..baru menaip pasal dia..Wafiq baru  call guna public sekolah..bagi tahu kena tinggal van..perut tak selesa ke tandas sekejap katanya. Pak Cik van pun call ni bagi tahu dia tak naik van..pakcik cakap dari jauh nampak dia tapi dia patah balik. Awat lerr abang Wafiq tak bagi tahu nak ke tandas sekejap..mesti pakcik tunggu..

Berbalik kisah hadiah untuk hadiah hari jadi untuk seorang kanak-kanak lelaki berusia 10 tahun.

Apa yang sesuai? Untuk umur 10 tahun ni kebiasaan dah ada minat yang tersendiri. Sekali sekala kita layankan saja minat dia tu walaupun suka membaca komik. Haha..selama ni ibunya menyinga je bila anak baca bahan bacaan bukan-bukan.

Kemungkinan besar ibu belikan beg sekolah baru..sebab yang tahun ni pakai tahun lepas punya. So dah jimat, tahun depan tak perlu beli dah. Hihi.


Untuk abang Wafiq,

Ibu dan ayah doakan abang Wafiq jadi anak soleh, jadi abang yang baik, sayangkan adik Wazif. Semoga sentiasa sihat. Sentiasa dipermudahkan dalam segala hal. Semoga diberi hati yang terang dalam menuntut ilmu. Semoga kejayaan sentiasa menjadi milik abang Wafiq. Aamiin..


Terima kasih sudi baca.

3 تعليقات

Terima kasih sudi baca. Komen membina sangat dihargai. Komen yang mengandungi 'link', menggunakan unknown profile tidak akan disiarkan. Harap maklum.

  1. Sanah helwah Wafiq.Moga sentiasa diberi kesihatan oleh Allah SWT.Menjadi anak yang soleh dan memberi manfaat kepada orang sekeliling.Aamiin.

    ردحذف
  2. Happy Birthday, Wafiq🎂. Semoga terus menjadi anak yang taat dan menghormati ibu bapa serta berjaya dalam apa2 bidang yang diceburi.

    ردحذف
  3. Selamat hari lahir Ahmad Wafiq, seornoknya ibu dia raikan dia...semoga selalu jaga ibu, sayang ibu dan doakan ibu tau.

    ردحذف
إرسال تعليق
أحدث أقدم