Masak Steamboat Mudah, Resepi Campak-Campak Je..

Assalamualaikum,

Alhamdulillah..berkesempatan untuk update blog. Ini pun di awal pagi. Sementara ada idea ni Yaya nak taip laju-laju. Haha. Suka Yaya nak share aktiviti memasak di office. Ada ketika malas nak keluar cari lunch. Ada ketika malas nak makan pun ada. Tapi 3 minggu lepas on juga projek masak-masak. Resepi pilihan adalah steamboat! Resepi steamboat mudah..main campak-campak je..kita manfaatkan lunch hour..masakan ringkas tapi sedap!

Kami yang gegirl ni pakat duit beli bahan-bahan. Bahan-bahan macam bawang, serai tu bawak je dari dapur rumah..dah ada yang volunteer nak bawakan. Yaya kena bawa minyak masak..study balik resepi tak guna minyak pun..eh korang ni..lepuk kang..lenguh akak kelek botol minyak..tapi tersadai sampai hari ni sebotol minyak kat pantry tu. Hahaha. 

Tapi usaha Yaya setakat bawa minyak tu apalah sangat..hahahaa.. tak setanding dengan daya usaha adik2 di ofis..redah 2 3 supermarket cari bahan-bahan..tanpa korang tak jalan projek steamboat kita ni. 

Jom semak resepi steamboat mudah dan sedap!



Bahan-Bahan:

2 labu bawang besar dihiris
5 ulas bawang putih dihiris
2 pohon akar ketumbar
10-15 helai daun limau purut
Sepohon kecil daun sup
3 batang serai
2 peket perencah tomyam
2 peket perencah asam pedas
2 peket perencah sup siam 
1 kiub pati ayam
Tauhu kering
Sosej
Seafood steamboat combo brand Fusipim
Pak choi
Bunga kobis
Putik jagung
Salad romaine
Kacang peas
Tomato
Mee kering @ Mee segera 
Cendawan enoki
Gula dan garam secukup rasa

Cara-cara memasak:

1) Renehkan air..masukkan bawang besar dan bawang putih serta akar ketumbar.
2) Masukkan semua perencah, daun limau purut, daun sup serai dan kiub pati ayam.
3) Masukkan tauhu, sosej, seafood steamboat..
4) Masukkan semua sayur-sayuran..sayuran jenis cepat masak macam salad, tomato, sawi tu masuk paling akhir..
5) Masukkan mee kering atau nak guna mee dari peket mee segera pun boleh..
6) Perasakan dengan garam dan gula..dalam video awal sikit letak garam dengan gula ni..mana2 pun boleh..kita main campak2 je..hahaha.










Memang campak-campak betul masak steamboat ni..Ikut kita nak isi dalam tu banyak mana. Macam kami masak ni..terlebih-lebih segala jenis seafood. Sampaikan kena keluarkan dulu letak dalam bekas lain..pastu masukkan lagi mana yang belum masak..Almaklumlah..periuk dah besar tapi besar lagi jumlah rakyat jelata ramai kat ofis ni. Haha. Jadi kreatif tu perlu biar semua dapat merasa.

Alhamdulillah..laku keras stemboat kami. Licinnn. Seronok juga sekali sekala dapat masak macam ni di office. Lupakan sekejap hal kerja. Bergelak ketawa, berkongsi cerita..hilang stress kerja.

Korang ..tu minyak masak tak luak lagi tu.. boleh sangat dah ni setakat nak goreng cekodok pisang sepinggan dua..Haha.



5 Comments

Terima kasih sudi baca. Komen membina sangat dihargai. Komen yang mengandungi 'link', menggunakan unknown profile tidak akan disiarkan. Harap maklum.

  1. Bila masak ni kan..yang campak- campak tu la yang sedap tu kan....SA tgok pun terliur dah...

    ReplyDelete
  2. assalamualaikum
    selamat pagi
    singgah pagi selasa

    ReplyDelete
  3. Meriah betul bahan-bahannya. Rasa nak makan steamboat pulak.😋

    ReplyDelete
  4. Wahh sedapnyaaaa

    Salam perkenalan dari www.mamajue.com

    ReplyDelete
  5. Allahuu nampak sedap pulak steamboat tu. boleh cuba buat di rumah. heheh

    ReplyDelete
Post a Comment
Previous Post Next Post